SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label travelling. Show all posts
Showing posts with label travelling. Show all posts

Friday, August 31, 2018

PENCAPAIAN TERBAIK UNTUK BLOG NURUL HARNANI KASMARI..

Assalamualaikum. selamat sejahtera.

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Tujuan blog nanie dibina awalnya memang lah nak kumpul follower, tapi bila da matang, bukan itu yg dicari tu, nanie lebih suka share ilmu untuk semua.

Sharing is caring





Tak pernah tercapai akal nanie bile blog picisan NURUL HARNANI KASMARI  mencecah 1176 follower..



Bagai nak gugur mata, jantung, hati dan limpa bila tengok blog, kejap je da naik ke angka 1000++ follower.

Blog nanie tidaklah naik dengan sendiri nya. tapi dengan bantuan blogger lain jugaAwal2 nanie melibatkan aktif dalam berblog, tambah kenalan dan selalu melawat blog kawan2 lain. Tapi sekarang, memang nanie akui da jarang melawat. Baca bila ada kelapangan masa sahaja.


Nanie rasa bersyukur, dari hari ke sehari follower bertambah.. 

ENTRY KEGEMARAN FOLLOWER BLOG NANIE



PENCAPAIAN TERBAIK UNTUK BLOG NURUL HARNANI KASMARI





2) Search engine Google - Blog ini dikenali dalam 0.48 saat je


3) Mendapat tempat dalam senarai ke-41 untuk blog travel





Alhamdulillah, blog nanie semakin dikenali dengan travel blog. Takpe, janji ilmu yg nanie sampaikan buatkan follower dan pembaca mudah faham dan hadam. 

Terima kasih semua. Tanpa pembaca takdelah blog nanie ni wujud.

Maaf sebab sudah bersawang blog ini. 

Jom kita mulakan yang baru.

Salam perkenalan,
Nanie.




U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, March 16, 2018

KONGSI ILMU 'TRAVEL' SEDEKAH TERBAIK..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Nanie minta maaf dengan kelewatan update blog. Buat masa ni, nanie sangat sibuk dengan urusan kerja di pejabat sehingga kan blog kesayangan nanie semakin berhabuk. Ya Allah, rindu padamu hanya tuhan je tahu.

Tapi sesibuk macam mana pun, EMAIL DAN KOMEN BLOG dari pembaca tetap nanie layan seperti biasa. Sebab bila kita ikhlas beri ilmu travel pada orang, insyaallah ada 'saham' kita di akhirat kelak.

Ilmu ini pelik sikit. Bukan macam harta. 

Kalau harta, katakan kita ada RM 1 dan kawan kita tak ada duit. Kemudian kita bagi duit kita RM 1 tu kat kawan kita. Jadi sekarang kawan kita ada RM 1 tapi kita takde duit. Tapi tu kalau harta atau duit. 

Kalau ilmu pula, katakan kita ada 1 ilmu dan kawan kita takde ilmu tu. Kita ajarkan kat dia ilmu yang kita ada. Jadi sekarang, kita ada 1 ilmu dan kawan kita pun ada 1 ilmu. Adakah kita akan rugi?

Setiap hari ada je reply email masuk bertanyakan itinerary. Alhamdulillah
Walaupun jarang update blog, komen masuk tanpa di duga. Alhamdulillah
******************************************

KESIMPULAN
Bila kita ajar orang lain apa yang kita ada, percayalah yang kita sebenarnya bukan mengurangkan ilmu yang kita ada tetapi menambahkan ilmu yang kita ada. Jadi mulai sekarang jangan kita kedekut ilmu, sebarkanlah ilmu yang kita ada walaupun sedikit.

Terima kasih sudi singgah blog picisan nanie. Alhamdulillah
DALAM NEGARA 


LUAR NEGARA

(Tips Travel ke Bali)
(Itinerary Mudah ke Japan)
(Tips Jimat dan Itinerary ke Vietnam)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, December 22, 2017

TIPS PERGI SINGAPORE NAIK KERETA..


Assalamualaikum.. selamat sejahtera..


Last week nanie balik kampung.. yeayyyyyyyy...


Jadi ada beberapa follower yg tanya nanie macam mana nak pergi Singapore bukan guna public transport macam bas atau keretapi..Actually, ini entry lama nanie refresh and update untuk latest info untuk Dec 2017

Hari ini, Jumaat yg indah. Nanie nak update dan share beberapa TIPS PERGI / MASUK SINGAPORE NAIK KERETA (via kereta persendirian).. 


Apa yang perlu ada?

Apa yg perlu bawa?

Apa yg perlu di buat ketika di Imigresen?

*********************************




Dokumen / Barang WAJIB sebelum masuk Singapore

1) Kereta yang sah di sisi undang-undang - mempunyai road tax dan insurans yang sah dan belum tamat tempoh. Jangan lupa bawa lesen memandu yang sah dan belum tamat tempoh dan salinan pendaftaran kenderaan (geran) .Kadang2 mereka minta, just sediakan aje :)

2) Passport Antarabangsa (tolong check expired ye kurang dari 6 bulan expired).

3) Borang kemasukan pelawat / pelancong atau dikenali sebagai "Disembarkation/Embarkation Form For Visitors" (white card). Jaga bebaik keratan white card tu kalau tak nak ada masalah masa keluar dari Singapura nanti.




4) Sebelum sampai checkpoint Kastam Malaysia. Sila pastikan minyak petrol isi penuh-penuh. Kalau masuk ikut Tuas, ada petrol pam di R&R Gelang Patah iaitu sejurus sebelum masuk tambak. Tapi Kalau masuk ikut Woodlands, JB, isi minyak di mana-mana stesen minyak JB.

5) Sila activatekan GPS untuk memudahkan perjalanan.. Nanti sesat, sendiri menyesal. Sebab Singapore kurang sign board dan kebanyakan semua English. hihi

6) Kalau takde GPS dan internet mobile data, korang download map dari SYGIC application. Mudah dan yang paling penting map tak perlu roaming dan internet. yeayyyyy!



7) Untuk first timer yang pergi Singapore, jangan lupa berhenti dan membuat pembelian kad Autopass.

Maksud Autopass - Autopass ni adalah untuk satu kereta saja jadi tidak boleh digunakan untuk kereta lain. Nombor pendaftaran keta (nombor plat keta) dah ada dalam kad tu.
Di mana nak dapatkan Autopass - Bangunan B, Immigration Singapore untuk isi borang
Harga - = SGD $10 (SGD $6 harga kad + SGD $4 balance)
Topup kad AutoPass - Dapatkan di kedai 7 Eleven atau stesen MRT di Singapore. Kita Kena top-up Autopass ni sebelum masuk balik ke check-point imigresen bila time nak balik ke Malaysia nanti. Kenapa kena top-up siap-siap? Sebab top-up (tambah nilai) tidak boleh dibuat di checkpoint imigresen. So top-up siap-siap. Jangan cari nahas
ValiditySetiap autopass terikat pada nombor pendaftaran kenderaan. Ia tidak boleh tukar milik/kenderaan dan kad ini expired dalam 5 tahun.

Autopass jenis lama.


Tujuan Kad AutoPass ini diperlukan -

  • Bayar VEP Fee (charge masuk Singapore untuk orang Malaysia),
  • Bayar parking 
  • Bayar ERP (Electronic Road Pricing). ERP ni macam toll la… tapi bayaran toll diorang berubah-ubah ikut waktu… tol kat Singapore ni automatik sebab dia kat tengah-tengah jalan raya

**Secara ringkasnya autopass ni mcm kad Touch n Go kat Malaysia, boleh bayar parking dan  bayar tol yg dilalui. 




*****************************


TIPS JIMAT DAN PANDU KERETA DI SINGAPORE

1) Jika nak memandu kereta anda ke Singapura pastikan masuk hari Sabtu dan Ahad sebab bebas cukai ERP. hihi Jimat kan?

2) Tolong drive dengan kelajuan yang dibenarkan kerana undang2 jalan raya mereka sangat ketat di Singapore. 

  • 40 km/h @ 50 km/h - speed limits untuk kawasan sekoalah, private road, kawasan licin dan sebagainya.
  • 90 km/h. speed limit di Highway atau expressway. Ingat ye, bukan boleh pecut macam fast and furious. Karang nak balik di imeresen, tup2 dapat saman je. 

3) Bila drive kereta, tiba di cross line, kalau nampak orang berjalan kaki. Korang yg drive wajib stop. Sebab memang undang2 di Singapore utamakan pejalan kaki. Jangan sesekali pecut traffic light, tak pasal2 kena saman nanti.

4) Nak parking tapi tak tahu? Jangan risau Korang guna je Autopass. kad untuk bayar parkir, di mana-mana parkir yang terima Autopass. Tapi kalau rasa was-was better korang standby beli Cash Card.  CashCard ni macam kad parkir dan diterima di semua parkir di Singapura. Kad ni boleh dibeli di 7-Eleven, Cheers, FairPrice Xpress dan di mana-mana pusat servis NETS. Tapi tak semua kawasan parkir terima Autopass. So kena ada standby CashCard jugaklah.



p/s TIPS CARA NAK KELUAR DARI SINGAPORE NAIK KERETA. Apa yg perlu ada dan buat di imigresen Singapura nanti.. Korang boleh refer link tu. 

Segala pertanyaan - boleh tanya email / post comment.. Ini entry nanie bercuti di Universal Studio Singapore.. Terbaikkkkkk!! Rindu nak naik roller coaster.. 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, December 18, 2017

WEEKEND GETAWAY - TADOM HILL RESORT (BANTING) - PERCUTIAN JARAK DEKAT DARI KUALA LUMPUR

Assalamaualaikum. selamat sejahtera..


Maaf atas kelewatan update blog. Siapa yg follow Instagram nanie tahu la nanie ada pergi travel. Tapi sebab kekangan masa, nanie tak dapat nak update lebih kerap dalam blog. 



DATE : 11 NOV 2017 (2D1N)
LOKASI : TADOM HILL RESORT
ALAMAT Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, 
42700 Banting, Selangor


TIPS DAN PANDUAN KE TADOM HILL RESORT

1. Kalau nak datang sini, ada 2 option samada bermaalam atau nak stay mandi2 pastu balik. Tapi kalau korang plan tak nak bermalam sini, pastikan kena pergi waktu pagi. Dalam pukul 8.30 pagi orang dah ramai beratur dekat kaunter main entrance. So first come first served. Muatan masuk ke Tadom Hill untuk walk in - day pass adalah seramai 150 Orang. 


OPERATION HOUR : 
Buka 8:00pagi hingga tasik ditutup iaitu 6:30petang.

TAG GELANG  TANGAN WAJIB PAKAI KETIKA DI TADOM HILL RESORT.

  • 2. Kalau korang yang datang sini, nak bermalam, lagi menarik. Sebab Resort yang bertema Eco-Pelancongan ini memberi korang pilihan sama ada nak bermalam di chalet yang di perbuat oleh buloh, ataupun didalam kemah. Bayangkan resort ini dikelilingi 40 ekar bukit batu kapur dan tasik 

3. Apa yang menarik di Tadom Hill Resort?
  • Tadom Groove adalah aktiviti utama jika korang datang sini. Aktivitinya berendam dalam tasik yang biru kehijauan. Walaupun ianya sebuah tasik, air nya bersih dan selamat untuk aktiviti mandi-manda.
  • Tadom Splash iaitu diving platform dan tali tarzan swing untuk korang nak terjun terus.


4. Apa fasiliti yang diberikan di Tadom Hill Resort?

  • Fasiliti di sini memang terbaik. Mereka menyediakan kemudahan seperti Cafe, tandas yang bersih , pastu selepas berendam nak tukar pakaian pun disediakan bilik mandi. Untuk muslim, mereka juga ada sediakan surau
  • Jaket keselamatan WAJIB pakai. Kenapa kena pakai jaket, sebab tasik ni agak dalam. So memang diwajibkan untuk pakai life jacket. 
  • Kat tasik ni juga disediakan Rakit buluh. FREE. Nak main rakit buluh ni pun kene amik cepat-cepat. Biasalah kalau dah pergi hari minggu memang ramai orang, semua berebut nak main rakit nih. haha
  • Tadom Trrehouse - Tempat unik untuk melihat keindahan tasik dari paras tinggi. 

5. Nanie stay di Gendui Chalet iaitu tempat penginapan terbaru yang dibina di Tadom Hill. Ada 2 pilihan anda di Gendui Chalet, samada 1 katil Queen atau 2 katil single. Bagi korang yang nak privacy seperti honeymoon atau trip dengan kawan2 atau keluarga, chalet ini adalah pilihan sesuai.

Notes : Gendui Chalet dinamakan sempena “Gendui Tadom” amat disayangi , seorang pemimpin lagenda Bukit Tadom yang mengetuai penduduk kampung terhadap pencerobohan oleh orang yang tidak bertamadun (binatang-binatang buas di hutan).


Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:
  • Katil 9”gred hotel + 2 Bantal + 1 duvet
  • Tuala mandi
  • Hanger dan tempat menggantung pakaian
  • Soket kuasa (wall power socket)
  • Cermin
  • Kipas siling
  • Toilet privacy, cantik dan bersih



*******************************

KESIMPULAN

Tadom Hill adalah satu tempat yang sangat sesuai bagi yang meminati aktiviti luar ataupun ingin bersantai bersama rakan dan keluarga. Tempat ni memang best untuk relaks, berehat, tenangkan diri dan jiwa dari kemelut kerja atau pun kehidupan bandar. 

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai pakej pemginapan dan aktiviti menarik yang lain, boleh la tengok kat website ni :

Korang boleh juga menghubungi Tadom Hill Resort ini seperti di bawah:
Telefon: 017-522 5908 / 013-816 1175


P/S Kalau bercadang nak bermalam kat sini, better la korang tempah awal-awal coz selalunya memang fully book, lagi-lagi kalau hujung minggu ataupun musim cuti sekolah.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, October 9, 2017

#CUTI2MALAYSIA - TIPS PERCUTIAN BUDGET KE LANGKAWI BERSAMA KAWAN2 (2D1N)

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera.

Mungkin ramai dalam kalangan kita menganggap travel atau melancong itu satu hobi yang mahal. Saya pun termasuk dalam golongan itu jugalah sebelum ini hinggalah nanie menemui istilah ‘PERCUTIAN BUDGET ala2 BACKPACKERS Cewaahhh. Hakikatnya, segalanya bergantung kepada kita untuk melancong secara murah/bajet atau mewah.

DATE : 1-2 APRIL 2017
LANGKAWI


***************************

So, kali ini nanie nak share TIPS PERCUTIAN BUDGET dengan kawan2. Budget minima tak sampai RM400 pun.


#1 PENGANGKUTAN - FLIGHT TICKET
Selalu nanie survey Air Asia dan Malindo. Tapi nak buat cerita MALINDO ada buat promotion dengan 30kg luggage apa lagi terus cepat2 booking. Travel untuk seorang dua boleh tahan lagi. Kalau travel in group mah garu-garu kepala cari kutu. Alhamdulillah 

#2 PENGANGKUTAN - KERETA SEWA DI LANGKAWI
Boleh guna Waze atau Google Maps. Jalan kat sini agak mengelirukan untuk yang kurang mahir. Ini contact person untuk 10 orang.

Jenis Kereta – Van 
Contact person – Izwan (017-258 8336)
Collect dan hantar di mana – Airport

#3 PENGINAPAN
Boleh cari hotel / motel yang murah-murah di laman web Booking.com / Agoda. Korang carilah motel sangat strategik, bersih, dan selesa, sebab dekat area Pantai Cenang, kalau bosan boleh je bersantai tepi pantai, kalau lapar ada banyak kedai makan, senang nak carisouvenir, dan paling best kalau lenguh2 kaki boleh je terjah kedai urut. Jalan kaki je. Ala-ala Jonker Walk dekat Melaka. Ini pilihan kami

DHANIA MOTEL
Lot 55, Jalan Pantai Cenang, 
07000 Langkawi, 
Kedah, Malaysia


#4 AKTIVITI DI LANGKAWI

Berkelah di Pantai Tanjung RhuPantai Tanjung Rhu di Langkawi ni kawasan pantai yg lebih tenang dan aman berbanding Pantai Cenang. Ia dikatakan pantai tercantik di Pulau Langkawi dan disenaraikan di antara 100 pantai tercantik di dunia oleh media CNN. Agak jauh tapi berbaloi dengan keindahannya.



Langkawi GeoPart - 
Ada macam2 benda boleh buat kat dalam ni, Kalau nak rasa naik cable car pun bole, naik simulator utk F1 lah, ade 3D gambar lah. Semuanya kene bayar. 

Kalau rasa nak santai dan budget, korang boleh memilih untuk ke tepi tasik untuk aktiviti memberi ikan makan. Ade dijual makanan ikan dengan harga RM1 sepeket. Seronok betul diorang ni dapat bagi ikan makan. Ikannya pun jinak belaka. Sebab dah bese kot orang asyik bagi makan


#5 SHOPPING TERAPI MINDA 

Misi yang amat ditakuti. Borong chocolate 🍫 Secara jujurnya, memang harga  makanan atau barang dah tak macam dulu. Ada 🍫 atau 🍭yg dah naik harga. Tapi borong tetap borong.

Antara tempat lokasi shopping yang boleh diterjah.
  1. Langkawi Fair Shopping Mall - FF8, Jalan Persiaran Putra, Kuah
  2. Langkawi Saga Shopping Centre - Jalan Penarak, Kuah
  3. Coco Valley
  4. Haji Ismail Group
  5. the Zone
  6. Teow Soon Huat Duty Free Shopping
Nak beli ke tak nak? Kalu tak beli karang menyesal
Nak beli tapi senang tak nak angkut naik kapal terbang. ermm renung2 kan



****************************

KESIMPULAN

Langkawi memang tempat menarik untuk dilawati. Jangan risau, ambil masa sekejap, rancang dan bercuti lah. Yang pasti kualiti masa dengan keluarga atau kawan2 itu mesti ada.  Percutian 2D1N ini walaupun singkat tapi kenangan kekal abadi.






U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails