SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Saturday, July 3, 2010

FAKTA BKN AUTA !!

salam.. selamat sejahtera..

ape perasaan korang bile korang dan pasangan menikmati kebahagian di dalam hubungan cinta, tiba-tiba Muncul seseorang yang tidak anda duga. Orang yang anda sangka teman ataupun rakan biasa mula menunjukkan tanda- tanda yang mengancam kesetiaan anda kepada pasangan anda.

Pada mulanya, orang ketiga ini anda anggap kehadirannya di dalam hidup anda sebagai kenalan biasa. Mungkin sebagai rakan sekerja, kwn lama ataupun apa-apa keadaan yang sewaktu dengannya. Di sepanjang proses hubungan kawan ini pada mulanya mungkin hanya biasa.

AWAS! Anda mungkin tidak sedar dengan beberapa petanda di atas. Ini kerana, anda sedang berada di dalam fasa “kurang sedar”. Anda tidak sedar niat sebenar orang ketiga ini adalah untuk merampas cinta dan kesetiaan anda daripada pasangan anda. Anda mungkin katakan saya dan pasangan anda tidak faham.

Percayalah! Saya faham dan pasangan anda faham. Sebagai seorang pasangan yang setia dan sedar betapa tingginya nilai sebuah kesetiaan di dalam hubungan cinta maka, kami faham naluri seorang perampas! (insan ketiga).

Jelas sekali, sebagai manusia kita dikurniakan sebuah hakikat. Apakah hakikat itu?
“Sebagai manusia, kita MUDAH untuk jatuh cinta”

Semua kita mudah untuk jatuh cinta tanpa kita sedari. Untuk jatuh cinta adalah mudah tetapi untuk menjaga cinta tersebut, perlukan tahap KESETIAAN yang tinggi. Tiada manusia yang dijadikan sempurna. Kesilapan adalah proses untuk anda menemui kesempurnaan. Menemui insan ketiga di dalam hidup anda bukan kesilapan TETAPI membenarkan insan ketiga tersebut merampas cinta dan kesetiaan anda daripada pasangan anda itu adalah kesilapan.

Jauhi Orang ketiga. Katakan tidak kepada golongan perampas ini. Jika mereka betul- betul insan yang baik dan murni, mereka sepatutnya sedar status anda yang sudah berpunya. Mereka harus menggalakkan kebahagian hubungan cinta anda dan bukannya merampas kebahagiaan tersebut.

Mesej kepada orang Ketiga:
Anda adalah manusia, dan kami juga manusia. Harapan kami agar anda lebih berperikemanusian terhadap kebahagian insan lain. Cinta adalah untuk dicari dan dibina secara halal dan harmoni dan BUKANNYA dengan merampas dan menganggu kebahagian hubungan cinta insan lain.

Kepada anda yang sedang menjadi mangsa insan ketiga, sedarlah dan bangkit daripada lamunan cinta palsu anda. Sedarlah keadaan diri dan pasangan anda sekarang. Tahulah bahawa pasangan anda sebenarnya lebih sayangkan dan perlukan anda. Ingat kembali detik pertemuan pertama yang indah. Anda bukanlah daripada golongan kaum perampas maka, JANGANLAH memilih mereka yang daripada golongan keturunan perampas!

p/s sharing info yg bole dijadikan teladan.. jgn jadi madu @ racun dlm perhubungan org laen..


i'm watching u!!
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails