SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, June 11, 2012

BIAR JD PEMALU DRPD TAK TAHU MALU


Bingkisan entry kali ni -->

Keseronokan Facebook dan Blog boleh membawa 'mimpi ngeri' kepada penggunanya andai kurang bijak mengawal ayat yang diguna pakai dalam mengeluarkan status di Fb dan entry di blog..

Sbg renungan kt semua especially bila kt meluahkan sesuatu dlm blog @ FB.. Tidak dinafikan Kebebasan utk bersuara tidak pernah dihalang tetapi perlu melihat kepada batasan kerana kebebasan mutlak akan menghancurkan fitrah malu yang ada dalam diri sendiri.

SECARA fitrahnya, manusia mempunyai sifat malu, tetapi fitrah itu terjejas akibat godaan syaitan seperti peristiwa merujuk kepada Nabi Adam dan Hawa yang diceritakan dalam al-Quran.

Firman Allah bermaksud: Maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya sudah merasai buah itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?” (Surah al-‘Araf, ayat 22)

Sabda Rasulullah SAW : Malu itu sebahagian daripada iman. Dan iman tempatnya di syurga, sedangkan ucapan keji termasuk sebahagian tabiat kasar dan tabiat kasar itu tempatnya di neraka”. (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Malu adalah sifat yang mulia, ia perlu wujud dalam setiap individu Muslim kerana adanya sifat malu akan mencegah seseorang melakukan kemungkaran dan perbuatan keji yang dilarang agama. Oleh itu, perasaan malu akan melengkapkan lagi iman seseorang Muslim.

Orang beriman akan ada perasaan malu untuk melakukan dosa tetapi jika keimanan nipis dan dikuasai nafsu serta godaan syaitan, maka dia tidak akan malu melanggar perintah Allah. Malah, tanpa rasa malu itu ada yang sanggup bermegah mencanangkan perbuatan kejinya.

.
.
.

Malu bukan saja boleh mengawal perlakuan, malah emosi dan tingkah laku. Seseorang yang malu mengeluarkan kata-kata kesat apabila marah adalah hasil kemampuan diri mengawal perasaannya.

Masyarakat Melayu dikenali bersopan santun dan berbudi bahasa malangnya nilai itu jauh apabila masyarakat tidak malu melakukan perbuatan menyalahi nilai murni yang menjadi amalan selama ini.

*
*
*

p/s Malu sebagai benteng kepada kekukuhan iman perlu ditanam dalam diri anak kecil, remaja, dewasa malah orang tua supaya hanya contoh terbaik dapat dilihat serta diamal dalam kehidupan.

Biarlah jadi pemalu daripada dikatakan tidak tahu malu dgn mengaibkan seseorg tanpa usul periksa.. wee~

.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

3 comments:

  1. betul..kene behave sket..jgn cm takde otak dah..hee~

    ReplyDelete
  2. BETOL2.. busdi bahasa budaya kite.. wee~

    hope kt blaja dr kesilapan..

    sharing is caring..

    ReplyDelete
  3. sifat pemalu membataskan diri kita mana yang elok & tidak. sifat pemalu juga sifat nabi & rasul. Tidak rugi kita malu pada tmptnya

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails