SATU KISAH MOTIVASI UNTUK PARA SAHABAT
Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan ribut ini.
Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia merungut:
“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.
Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:
“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.
Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:
“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”
Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:
“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa.
Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”
MORAL OF THE STORY:
Jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita.
Payahnya bila mana atap nak jadi tiang,
tiang pulak nak jadi dinding
& dinding pulak nak jadi tangga.
*
*
dikirim oleh Tok Wan rakan FB)
masing-masing susah sebab nak mendirikan sebuah rumah... tanpa dinding siapalah atap dan tiang.. tanpa atap siapalah dinding dan tiang..tanpa tiang siapalah atap dan dinding.. tak gtu..?? hihihi..
ReplyDeletetapi i like this entry.. ade msj yang tersembunyi...
EYQASARA : Mmg sshkan nak puaskan ati semua org.. tp kan, kt sbg hamba allah kena besukur..
ReplyDeletep/s mmg ade nasihat tersirat di sebalik entry ni.. wink2..
Semua benda ada role masing2.. xyah nak berdebat siapa lebih siapa kurang.. tade maknanya.. Buat kerja snediri senyap2 sudah kan?
ReplyDelete;)
bersyukur dengan apa yang ada and apa kita sekarang. ^.^
ReplyDelete@SOPHIE.. betul2.. mmg masing2 ade tanggungjawab masing2.. sume akan rasa xpuas hati.. janji ape yg kt buat xkaco org sudahla kan.. hehe
ReplyDelete@padie-eila- yupp.. mmg kena syukur ape yg allah kurniakan...
ReplyDeleteALHAMDULILLAH, syukran ya allah~
salam kenal..
ReplyDeletepertama kali baca entry mcm ni..tersangatlah bagus entry ni..menjadikan kita bermotivasi...
jom kita berkawan :-)
http://www.jutawanshaklee.com/