SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, March 28, 2011

APAKAH YANG KAMU KEJAR?


APA ITU KEBAHAGIAAN?

APA ERTI BAHAGIA?

MENGAPA MENGEJAR KEBAHAGIAAN?

.
.



Mencari kebahagiaan adalah bagai menangkap rama-rama. Sukar bagi mereka yang terlalu bernafsu tapi mudah bagi mereka yang tahu apa sebenarnya yang mereka cari. Kita mungkin dapat mencarinya dengan menerpa ke sana-sini, menerjah ke sana-sini. Kita boleh mengejarnya dengan berlari kencang ke seluruh penjuru arah. Kita pun boleh saja mengejarnya dengan bernafsu, bagai menangkap buruan akan akan kita makan setelah mendapatnya. Namun kita perlu belajar. Kita perlu belajar bahawa kebahagiaan tidak bisa di dapati dengan cara-cara seperti itu. Kita perlu belajar bahawa bahagia bukanlah sesuatu yang dapat di genggam atau sesuatu yang dapat disimpan.


*******************************

Bahagia adalah udara, dan kebahagiaan adalah aroma dari udara itu. Kita belajar bahawa bahagia itu memang ada di dalam hati.Semakin kita mengejarnya, maka semakin kebahagiaan itu akan pergi dari kita. Semakin kita berusaha mendapatkannya, semakin pula kebahagiaan itu akan menjauh dari kita. Cubalah temukan kebahagiaan itu dalam hati kita sendiri.

Biarkanlah rasa kebahagiaan itu menetap dan abadi dalam hati kita. Temukanlah kebahagiaan itu dalam setiap langkah yang kita lakukan. Dalam bekerja, dalam belajar, dalam menjalani hidup kita. Dalam sedih, dalam gembira, dalam sunyi dan dalam keriuhan.



Temukanlah bahagia itu dengan perlahan, dalam tenang, dalam ketulusan hati kita. Percayalah, bahagia itu ada dimana-mana. Rasa itu ada di sekitar kita. Mungkin, bahagia itu telah hinggap di hati kita namun kita tak pernah memperdulikannya. Mungkin juga bahagia itu berterbangan di sekeliling kita namun kita terlalu sibuk untuk sempat menikmatinya.

"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!" - Surah Al-Fajr 89:27-30



p/s Bila hati tidak bahagia, ingatlah Allah & org yg sayangi kt..

*
*


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

6 comments:

  1. saya bahagia bila kamoo bahagia...waahhh!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. kt kena selalu doa kt bahagia.. nnt ati kt tenang n sume happy je .. hehe

    ReplyDelete
  3. bahagia jak hidup ni bila kita gembira ari2 kan.. hehe.. nice entry :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. mmg bahagia je bila kt tetiap ari bahagia.. xdela byk kedut kat muka.. hehe sebab xbyk stress..

    ReplyDelete
  5. kalau sering dekat dengan DIA pasti bahagaia...

    ReplyDelete
  6. yupp.. alhamdulillah. DIA maha mengetahu apa yg tersurat dan tersirat utk hambanya.

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails