KISAH BENAR : BILA AKU INGAT PERISTIWA ITU
Nukilan : Nurul Harnani Kasmari
Bila aku ingat peristiwa itu.. Aku rasa sedih..
Bila aku ingat peristiwa itu..Aku rasa pedih..
Bila aku ingat peristiwa itu..Aku rasa kecewa..
Bila aku ingat peristiwa itu..hilang gelak tawa..
Bila aku ingat peristiwa itu.. Aku menyendiri..
Bila aku ingat peristiwa itu..Aku gagahkan diri..
Bila aku ingat peristiwa itu..Aku peluk mak
Mak akan belai setiap helaian rambutku..
Bila aku ingat peristiwa itu..Aku baring di peha mak
Mak akan ucapkan kata-kata nasihat utk diriku..
Bila aku ingat peristiwa itu..Aku sandar kepalaku dibahu mak
Mak akan turut menangis bersamaku..
Bila aku ingat peristiwa itu.Aku akan renung mata mak
Mak akan usapkan air matanya dan mataku..
***************************************
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..."
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 12
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
************************************
P/s Semoga menjadi motivasi kepada mereka yang selalu rasa dilupakan.. Allah x lupakan kita...
Jika anda telah memiliki sepinggan nasi.. yang pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu lengah, coba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..Yg kamu yakini pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu dan mengasihimu. Mengapa kamu lengah, Cuba membandingkannya dgn yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan merasa kehilangan apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
Sesuatu yg perlu diingatkan berkali2, kerna manusia lemah, mudah hanyut.. :)
ReplyDeleteStopping here.
terima kasih for your comment.. sy hargai~
ReplyDeletekenapa syg?
ReplyDeleteazila : ermm susah nak explain.. but ape yg nanie boleh katakan ia pedih.. terima kasih like my entry..
ReplyDeletesmoga suatu ari nnt, nanie dpt kegembiraan selepas dugaan ini.. allah pasti ade hikmah dgn sgala yg dberikan kpd hambanya.. kan? kan?