SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Thursday, June 16, 2011

WANITA PENUH TINDIK BERKAHWIN


JODOH~ TIADA SIAPA YG TAHU~



Bagi seseorang yg dipenuhi dgn hampir 7,000 aksesori tindikan, satu lagi cincin tambahan mungkin tidak begitu istimewa. Namun, bagi Elaine Davidson, tambahan koleksi itu mungkin yang akan kekal di hatinya.

Elaine, wanita yang paling banyak bertindik di dunia melangsungkan perkahwinannya, semalam. Dia yang mempunyai 6,925 tindikan berkahwin di Edinburgh, tempat dia tinggal dan menguruskan kedai.

Wanita berusia 42 tahun itu ditemani dua pengapitnya untuk ke pejabat pendaftaran perkahwinan dengan memakai gaun putih dan membawa bunga merah jambu.

Bakal suaminya, Douglas Watson yang tidak mempunyai walau satu pun tindikan mengenakan sut biru untuk acara selama 35 minit itu.Bekas jururawat kelahiran Brazil itu kali pertama memecahkan rekod pada Mei 2000 sebagai wanita paling banyak bertindik, apabila pegawai Rekod Dunia Guiness memeriksanya dan mendapati terdapat 462 tindikan di tubuhnya termasuk 192 pada wajahnya.

Elaine sebelum ini berkata, dia tidak pernah menanggalkan cincin dan anting-anting yang dipakainya yang semuanya dianggarkan seberat kira-kira tiga kilogram.

Dia juga berkata tidak mengalami kesakitan ketika bertindik dan tidur dengan aksesori tindikan setiap malam. Bagaimanapun, pada 2009 dia mendedahkan bahawa dia tidak suka ditindik dan mengalami kesakitan.

Elaine berkata pada Februari 2009 ketika mempunyai 6,005 tindikan termasuk 1,500 di bahagian sulit tubuhnya: “Saya rasa tidak seronok ditindik tetapi untuk memecahkan rekod anda perlu bertindak di luar jangkauan. Dan saya melakukannya kerana mahu memecahkan rekod.

Di laman webnya, Elaine yang turut tidur di atas papan dipenuhi paku dan berjalan di atas api serta kaca, berkata, dia gemarkan sukan ekstrim tetapi tidak minum arak ataupun merokok. - Agensi

p/s Macam2 hal kan kat dunia ni.. Tapi bagi lelaki islam, jgn sesekali bertindik ya.. Utk keterangan lanjut sila rujuk link ini - hukum lelaki bertindik


korang sanggup ke bertindik begitu banyak seperti gambar di atas??
cer jawab cer jawab.. huhu
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. mak aih!!
    dah takde rupa orang dah..
    ish..menakutkan..

    ReplyDelete
  2. seeramnyer....payah nk berinaikan pengantin cenggini..huhuhu

    ReplyDelete
  3. @fadwa daud - hehe grrrrr, sgt menyeramkan? nk tk pon xsggup.. minat die.. xpela..

    ReplyDelete
  4. @nadia - alamak nnt inai kat rambut die la.. susah nk buat tmpt anggota tdedah.. huhu

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails