SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Thursday, July 14, 2011

MAAF & TERIMA KASIH


ANDA SEDANG KECEWA?

SEDANG BERDUKA?

SEDIH HAJAT TAK KESAMPAIAN?

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi korang perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dgn ikhlas dapat membantu memanjangkan usianya.

Kata Maaf & Terima kasih, kata yang memang kedengaran begitu biasa & tampak sederhana.



Meminta maaf adalah perbuatan sulit yang memerlukan kerendahan hati.
Tetapi memberikan maaf juga tidaklah mudah. Ia adalah usaha luar biasa untuk dapat memberikan maaf dengan tulus, tanpa syarat, tanpa keraguan.
Belajar meminta maaf adalah hal yang paling berat dilakukan oleh siapa pun dan tak memandang batasan usia dan hanya orang yang berjiwa besar mampu melakukannya.


Mengucapkan ‘maaf & terima kasih’ mungkin sangat sukar dilafazkan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf & berterima kasih yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

*************************************
HASIL KAJIAN :

- Dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.





Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi, sayangilah pasangan kalian.

Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.



Sila share jika anda ( blogger ) suka...

Salam Ukhuwah..~




U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails