SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Sunday, August 21, 2011

10 HADIAH WAJIB DALAM PERHUBUNGAN


As salam & selamat sejahtera..

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada perhubungan lelaki-wanita.Korang boleh Pilih je mana2..

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, lipat baju, seterika baju, membantu hantar ke kerja.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

P/S 'dia' berjaya mencuri hati saya & keluarga.. terima kasih Ya Allah~ Alhamdulillah~

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

9 comments:

  1. salam nanie..thnaks for sharing..btw, nanie pernah tempah photobook dgn kedaigambarkami kan? akak nak jmeput joingiveaway..mane tahu kot rezeki leh wat photobook raya ke..;)

    http://kedaigambarkami.blogspot.com/2011/08/jom-photobook-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  2. betul betul.. hadiah nie wajib diberi dan kita nak menerima.. :)

    sis nak jadi pengantin dah eyh.. :)

    ReplyDelete
  3. @hans - hadiah terbaik dalam hidup kan? suke suke!!

    ReplyDelete
  4. @luv hurt aenn - sis da nak kawen da dear.. doakan semuanya dipermudahkan ye..

    anyway pasal hadiah ni, memang sgt WAJIB utk semua.

    ReplyDelete
  5. kak catlina - saya mmg nak masuk.. dalam draft je.. hehe

    ReplyDelete
  6. @Cheqmoomoo - sy pon SUPER LIKE !!

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails