As salam.. selamat sejahtera..
Hari ni, confirm ramai la yg post sebab tarikh ini.. Jadi disebabkan mood kahwin melonjak tinggi, nanie akan fokuskan entry ini lebih ke arah perkahwinan.. Kepada yg tak gemar tu, sila klik X kat bahagian kanan tu ye..
Tarikh : 11.11.11
Hari : Jumaat
Mengapa ramai yg berpusu2 nak amek tarikh ini sebagai tarikh pernikahan mereka? Mesti ada keistimewaan atau sebab tersendiri? betul atau tidak?? Dan ini adalah hasil penelitian nanie mengapa pasangan akan ambil tarkh ini..
1) Tarikh unik - angka yg sama semua nombor (tarikh, bulan, tahun)
Fakta 2011, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..! Cth: Seseorang yang lahir pada thn 1990, umurnya sekarang 21 pd tahun ini.
Jadi, 84 + 27= 111..!!! Untuk pengetahuan korang, perkara ini hanya akan terjadi sekali shj pada setiap 823 tahun! Subhanallah! :')
2) Hari Jumaat - hari penghulu hari. (Hari Jumaat hari nikah nanie juga)
Hadith : |
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “
(al-Bukhari)
3) Tarikh yg mudah diingati
Sudah menjadi lumrah lelaki yg mudah lupa (majority). Ada pendapat menyatakan lelaki tak gemar mengingat hal remeh temeh. Selalunya lelaki akan lupa hari jadi, anniversary, dan sebagainya.. Jadi tarikh 11.11.11 akan menjadi satu perubahan drastik kepada lelaki di luar sana untuk ingat tarikh pernikahan / anniversary korang.. Kalau masih ade pasangan yg lupa, ape lagi?? memang nak kena flying kick atau cubitan manja atau gigitan cinta.. opssss~
Akhir sekali, nanie ucapkan TAHNIAH kepada semua yg menamatkan zaman bujang mereka utk 11.11.11 & SEMOGA BERBAHAGIA DENGAN INSAN TERSAYANG.
********************************
p/s Bukan tarikh yg menjadi ukuran, namun komitmen dan tanggungjawab selepas di ijabkabul yg menjadi tawaran. Ya Allah semoga aku dilindungi dan diperkenankan jodoh dengannya. Semoga segala liku hidup selama ini menjadi pengajaran yg berguna dalam hidup.
Counting - beberapa kali Jumaat je lagi. dup dap dup dap..
|
No comments:
Post a Comment
komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..