SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, November 23, 2011

TIPS KAD KAHWIN

As salam.. selamat sejahtera..

Nanie just nak share beberapa TIPS untuk merancang proses tempahan dan pemilihan kad kahwin. Nak tahu apa TIPS pasal kad kahwin, sila baca dengan tenang..


BAGAIMANA MERANCANG UTK TEMPAH KAD KAHWIN?

Perkara yang penting yang anda perlu sedar ialah apakah FUNGSI KAD KAHWIN iaitu Medium menjemput kawan2 dan saudara mara ke majlis perkahwinan dengan mempunyai maklumat yg tepat dan jelas seperti nama pengantin, tarikh, lokasi, & peta jalan.

****************************

BAGAIMANA MERANCANG BILANGAN KAD KAHWIN

Jemputan catering = 1000 orang
Kad kahwin = 450 - 500 kad sahaja

Kenapa kurang dari bilangan jemputan? Kerana perlu dititik beratkan kawan2 atau saudara mara membawa pasangan atau keluarga. Jadi 1 kad bersamaan dengan 2 orang. Jadi makanan dan kad kahwin biar seiring jemputannya. hehe

*************************
TEMPOH MASA & BILA PERLU MENEMPAH KAD KAHWIN



TIPS* Sebaiknya tempah kad kahwin anda 2 bulan atau sekurangya 1 bulan sebelum tarikh mula EDAR kad kahwin bukan tarikh majlis kahwin, okay?

TIPS** Anda juga perlu tahu berapa lama proses yg diambil oleh kedai tersebut utk mmbuat kad kahwin. Biasanya :

- Proses design kad kahwin pelanggan (draft) - 2 minggu brgantung kpd traffic di kedai

- Proses confirmation draft apabila pihak kedai siap buat design, - 2 minggu. Pastikan tarikh, alamat, nama dan peta anda betul selain dari check design kad kawen anda menepati citarasa @ tak.

TIPS*** Jangan berlengah-lengah, sila confirmkan draft kad anda secepat mungkin untuk mengelakkan kad dapat diedarkan pada tarikh yg dirancang. Elakkan dari mendesak pihak kdai utk menyiapkan kad anda lebih awal dr tempoh yg diberi, ini berkemungkinan anda akan dikenakan caj 'rush order' atau kualiti kad tidak seperti yg diharapkan.

- Proses cetakan bermula selepas pelanggan confirm artwork. - 2 minggu.

- Kad kahwin siap dan boleh diedarkan ^_^

*************************************


TIPS MENEMPAH KAD KAHWIN








TIPS* Sebelum dtg ke kedai kad, buat perbandingan harga dengan beberapa kedai dari sudut harga dan design. Apabila dha setuju untuk memilih kedai kad tersebut, korang perlu sediakan dgn lakaran peta, maklumat yg perlu dimasukkan dalam kad supaya masa yg diambil tidak terlalu lama semasa membuat tempahan. elakkan dari baru mahu mula melukis lakaran di kedai, menelefon keluarga ttg jmlah kad, nama siapa yang perlu dimasukkan. Urusan boleh dipermudah dan dipercepatkan jika anda bersedia lagipun anda boleh menjimatkan masa anda utk shopping @ dating. hehe

TIPS** Elakkan buat 2 jenis kad kahwin yg berbeza. ramai yg suka buat 2 jenis kad kahwin, kad biasa dan kad VVIP. Apabila anda menepah kad biasa lebih banyak & kad vip dgn kuantiti yg sedikit,kos keseluruhan tempahan akan bertambah kerana biasanya kad akan dikira berdasarkan kuantiti..

TIPS*** Elakkan juga menempah kad kahwin terlalu sedikit dan dtg kemudian menempah lagi kerana tidak cukup. harga lebih tinggi jika cetak sedikit. Biar tempah lebih sedikit sebagai persediaan,

UNTUNGNYA - lebih murah, tidak bnyk kerja dan selamat.


P/S Semoga entry nanie ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi sedikit panduan kepada bakal pengantin.Sharing is caring. Caring is loving.. huggggsss~
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

10 comments:

  1. tips ni sgt bagus dear..! rasanye blum ada b2b share pasal ni... ;) btw ur card sgt chantek..i pun baru je tempah card last 2weeks..design biase2 je.... hope dpt siap cepat..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. hoyeayyyy.. renee dato' ct dtg singgah blog nanie..

    sharing info to b2b is best feeling la.. dpt bantu rakan2..

    my card sgt simple, anyway thanks ya..

    happy preps darling~

    ReplyDelete
  3. saya akan rujuk tips ni bila dah letak tarik perkahwinan saya tahun depan. terima kasih berkongsi tips.hehe

    ReplyDelete
  4. bagus lah nanie nie.. boleh digunakan nati bler nak kawin.. ;)

    ReplyDelete
  5. bagus lah nanie.. boleh digunakan nati.. ;)

    ReplyDelete
  6. @hot babes - alhamdulillah, sharing is caring.. happy reading dear.

    ReplyDelete
  7. ok,nati nanie join blog kita plak.. hotbabes-cooler.blogspot.com hehehe..

    ReplyDelete
  8. Just nak share kpd semua yang sedang cari kad kahwin, boleh cuba tgk koleksi kad kahwin kat www.dealovakadkahwin.com. Pelbagai koleksi kad kahwin ada di sana seperti kad kahwin moden, kartun dan VIP hardcover. Customer service pun sangat baik :)

    ReplyDelete
  9. sekarang nie terdapat banyak syarikat yang menawarkan harga kad kahwin yang murah..
    so tepuk dada tanye iman, tanye poket dan sebagainya.. :)

    KKO

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails