SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Tuesday, June 25, 2013

INFORMASI DAN FAKTA TENTANG JEREBU OH JEREBU..

As salam, selamat sejahtera..

Kali ini blog nanie lebih serius dengan masalah jerebu kali ini. Ini fakta dan perlu disampaikan untuk perkongsian bersama.
Subhanallah, pemandangan semakin terhad hingga menyebabkan kebanyakan pemandu menghidupkan lampu kereta sebagai langkah keselamatan. Sehinggakan sekolah diarahkan menutup sementara untuk pencegahan awal terhadap kesihatan.

Kalau keadaan ini semakin berlarutan, tidak mustahil Kuala Lumpur juga bakal mengikut jejak langkah Muar dan Ledang hingga terpaksa diisytiharkan darurat. oh tidakkk!!!!
Jom kita kaji, apa itu JEREBU?
JEREBU


Jerubu yang kelihatan di ruang udara adalah disebabkan zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar, terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi.
Zarah-zarah ini menyerap dan menyerakkan cahaya matahari sehingga mengurangkan jarak atau batas penglihatan.
Udara akan kelihatan samar kerana zarah kecil yang terampai.

*****************************
PUNCA PENCEMARAN UDARA



a) PUNCA SEMULAJADI
Punca semulajadi pencemaran udara adalah seperti habuk tanah, letupan dan luahan gunung berapi dan tiupan angin laut yang mengandungi garam.

b) PUNCA BUATAN MANUSIA
Pencemaran buatan manusia terdiri daripada pelepasan pencemar dari kenderaan bermotor, pembakaran bahan api, pemprosesan industri, pembakaran terbuka, pembangunan tanah dan pembinaan serta penebangan dan pembakaran hutan.
Pelepasan dari kenderaan bermotor adalah akibat pertambahan jumlah kenderaan bermotor, penggunaan enjin kenderaan yang tidak mengikut piawai pelepasan asap, penggunaan petrol berplumbum dan penggunaan enjin motosikal 2 lejang.
Pelepasan daripada stesen janakuasa pula adalah apabila arang batu digunakan sebagai bahanapi. Manakala pelepasan daripada industri adalah pelepasan bendasing ke udara daripada proses-proses industri melalui cerobong dan pelepasan sebatian organik meruap daripada kilang-kilang penapis dan stesen minyak.
Pencemaran daripada pembakaran terbuka pula berlaku apabila terdapat kegiatan pembakaran sampah-sarap di tapak-tapak pelupusan, pembakaran buangan industri secara besar-besaran, hasil pembersihan tanah dan pembakaran sisa-sisa pertanian secara terbuka dan penebangan dan pembakaran hasil hutan tanpa kawalan.

**********************************
SIAPA YANG BERISIKO?


Kepada orang ramai yang berisiko tinggi kepada penyakit seperti sesak nafas, asma, penyakit paru-paru hendaklah mengelakkan semua aktiviti-aktiviti luar rumah atau tidak berada di kawasan-kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara(IPU) yang tinggi.

Jerebu juga boleh mengakibatkan radang mata, gangguan kepada hidung(hingus), gangguan sistem pernafasan (lendir yang menyumbat sistem), menyebabkan peradangan dan meninggalkan parut pada tisu paru-paru.
*********************************
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN


*******************************
KESIMPULAN 

Apapun, marilah kita mengambil iktibar atas masalah ini. Tuhan sedang menguji kita. Sesungguhnya alam dan bumi sungguh berharga untuk dimusnahkan begitu saja.
Jawapan ada pada kita!




Fakta dan informasi adalah sumber dari google ^_^
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails