Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
OHH lalalala, mood nanie nak berblogging tentang Singapore da mencanak2 *haippp bahasa kurang sopan di situ*. Tak kisahlah labu, nanie anggap perkongsian tips kali ini khas untuk kalian.
PERSOALAN 1 : Perlu geran kereta original ke?
JAWAPAN
Nak apply autopass, tak perlu bawa geran yang original, copy photostat pun boleh. Sila pastikan roadtax korang hidup dan sama dengan no plat ye.
Jangan risau dan cuak bila di kastam, dorang tak makan orang pun. Maniskan bibir dengan senyuman. Tak faham jangan berat mulut nak bertanya. Tak pasal2 sesat atau tak masuk ke Singapura pulak. sobss.
******************************
PERSOALAN 2 : Currency converter
JAWAPAN
Nanie nasihat better tukar duit siap2 dari Malaysia. Sebab rate SGD Dollar cepat naik dan turun.Tapi kalau da terlupa nak tukar, nanie nasihatkan tukar area Arab Street or berdekatan Mustafa Centre.
Siapa yang nak currency converter macam (link ni), rajin2 lah hantar email ke nanie. Klau boleh, nanti buatlah tajuk email : currency converter untuk mudah penapisan email. ngee
***************************
PERSOALAN 3 - Operation hour MRT & bus di Singapore
JAWAPAN
Alamak, soalan ini agak mencabar, Tapi demi pembaca ini, nanie bersungguh-sungguh dapatkan jawapan dari cousin dan google.
MRT dan Bas - Dibuka seawal 7 pagi dan tutup selewat2nya pada 12malam.
Untuk maklumat lanjut tentang MRT - boleh click website ini
Untuk maklumat lanjut tentang SBS Bas - boleh click website ini
Semua informasi ada dalm website itu, seperti harga, lokasi, jadual perjalanan dan peta.
**************************
p/s nanie tengah bertungkus lumus nak siapkan entry tentang tips shopping gadget di Singapore. ada email yg request soalan itu. Tungguuuuuuuuu~
Semua cerita tentang tips travel ke Singapore ada dalam link ini..
No comments:
Post a Comment
komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..