SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Friday, September 6, 2013

KEBAIKAN RAMBANG #POSITIVELYMALAYSIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

ACT OF KINDNESS - KEBAIKAN RAMBANG

Actually nanie nak up entry ini bila nanie tengok sendiri keburukan masyarakat Malaysia. Ohh mungkin bukan keburukan tapi SIKAP yang dah terbiasa dengan kemudahan.


Nanie nak tanya, kalau korang pergi makan dekat fast food, time habis makan, korang angkat tak tray sampah korang dan buang dalam tong, or just angkat punggung blah gitu je??

ohhhh.. jangan  terasa dan sabar dulu, confirm ada yang tersengih atau terasa dengan entry kali ini.

************************************

Ceritanya bermula bila last week, mak nanie request nak breakfast dekat McDonalds dan nanie perasan ada budak muda yg makan bersepah dan biarkan je atas meja penuh dengan sisa makanan. Lagi menyedihkan tu, diaorang memang dah duduk dekat dengan tong sampah tapi still tak reti-reti nak buang sendiri sisa makanan sendiri. 

Pssttt tak guna make up tebal, badan solid molid tapi sikap perihatin tak de dalam hati. Allahuakbar~


Well..ini la sikap masyarakat  Malaysia. Actually memang tak boleh salahkan 100% semua. Kita sudah dimanjakan dengan adanya tukang cleaner yang akan kemaskan sampah sarap sisa makanan kita kan?  

Nanie tak pernah nak agung-agungkan negara luar ye. Tapi cuba korang lihat pelancong dari luar negara, kalau mereka makan dekat fastfood restoran, selesai saja makan diaorang akan angkat sendiri tray sampah dan buangkannya. SENDIRI okay?

Sebab dekat negara diorang mana ada tukang cleaner yang angkat sampah diorang selepas makan. So diorang memang dah ditanamkan dengan nilai-nilai murni dan kesederan sivik tersebut.Tapi kita?

Yes.. nanie akui, dulu nanie pun macam sebahagian dari korang-korang tuh..Nanie tak nafikan. Tapi bila nanie tengok dan perhati sikap tourist, nanie rasa malu sendiri. Kenapa diorang boleh buat dan nanie tak boleh? Start dari itu, selesai je makan, nanie akan bangun dan buang sendiri sisa makanan sendiri. At least kurang sikit kerja makcik cleaner, kesian gak tengok mereka.

******************************
KESIMPULAN

Marilah kita sama-sama cuba untuk ubah mentaliti kita. Semoga dengan perubahan kita ni, kita boleh dipandang tinggi dimata dunia atas nilai-nilai serba sederhana seperti  nanie memandang tinggi pada tourist yang membuang sisa makanan mereka sendiri.
Jom sama-sama kita buat KEBAIKAN RAMBANG.

#POSITIVELYMALAYSIA

ENTRY HANIS ZALIKHA (blogger)

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

6 comments:

  1. Btul tur kak...klu kte x bt mcm tue..sapa lg kn nk bt...klu dr kecik diterapkn nilai2 murni mcm tur..mmg org malaysia nie disiplin..

    ReplyDelete
  2. haah luar negara kdg2 mmg makan dorg kemas sndiri. i kt kfc mcd xx angkat sndiri pun huhu. ada 1 kedai je kt jusco i dgn husband kemas tp tak ingat nama

    ReplyDelete
  3. @cha - kena try buat slalu nnt ye syg bila mkn fastfood :)

    ReplyDelete
  4. Nurul tak salahkn masyarat tempatan sebab mereka dah didedahkan dgn keadaan "tak perlu" kemas meja lepas makan kt fastfood.. Kalau kuar dgn family, Nurul akan kemas, biar anak tengok jadikan kebiasaan tp bila kuar ngan kawan ofis, klu kita kemas, mmg ade la telinge merah kena giat kene sindir, bole jadi modal setahun.. huhu..bukan senang nk ubah mentaliti masyarakat yg dah 'dewasa'.

    ReplyDelete
  5. @nurulhidayah - alhamdulillah, semoga allah rhmati perbuatan awk.

    mentaliti masyarakat mmang sukar diubah, tpi kt yg da sedar kena amek langkah pertama :)

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails