SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Friday, October 11, 2013

HIDUP TAK SELALU INDAH..

Assalamualaikum.. Salam Jumaat.

Entry sekadar renungan bersama tentang kesempurnaan hidup, ketetapan Ilahi dan kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup.



Jangan mengharapkan kesempurnaan, Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas.

Ketetapan Ilahi - Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah.




Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. 
Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

************************
KESIMPULAN :

Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini.Kehidupan adalah satu perubahan yang berterusan...

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini.

Bila yang dibuat 'serba tidak kena' itulah hakikatnya satu kehidupan. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah.

Hidup tidak selalu indah, justeru di situlah keindahan hidup
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

6 comments:

  1. Ya...kita tidak sempurna, hanya Allah yang sempurna. Bersyukur dgn apa yang telah dimiliki dan dinikmati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, semoga sama2 kita bersyukur dengan nikmat Allah.

      Delete
  2. Setiap insan itu.. ada takdir warna warni kehidupan.. menjadi fitrah insan untuk berasa suka duka dan gembira.. teruskan berdoa pada Allah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah awk, hidup ini memang ada suka suka. smoga nanie sabar dan tawakal dgn segalaya..

      Delete
  3. Tiada yang sempurna kecuali DIA. Sentiasa bersyukur ketika susah dan senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah maha besar. Allah maha mengetahui.. allah sempurna untuk hambaNya ^_^

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails