Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Oleh kerana syawal belum lagi melabuhkan tirainya, jadi belum terlewat untuk nanie berbicara perihal puasa sunat enam syawal. Kali ini tentang dilema antara memenuhi undangan dan puasa sunat syawal.
Puasa Sunat Enam Syawal memang menjanjikan ganjaran pahala yang amat lumayan, dan ini dinyatakan dalam sebuah hadis sahih
Puasa Sunat Enam Syawal memang menjanjikan ganjaran pahala yang amat lumayan, dan ini dinyatakan dalam sebuah hadis sahih
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia
mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal
maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
[Sahih Muslim hadis no: 1164]..
Namun perlu juga diingat bahawa berpuasa itu bukanlah sebagai penghalang untuk tidak menghadiri jemputan. Ibnu Umar r.a. misalnya, tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang berpuasa. Begitu juga hal sebaliknya, jemputan jamuan itu bukan alasan untuk tidak berpuasa. Sebaiknya perkara ini difahami dengan lebih mendalam lagi.
Dalil kepada peringatan ini adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan, maka penuhilah (undangan itu). Jika dia sedang berpuasa, maka doakanlah tuan rumah itu,dan jika dia tidak berpuasa, maka makanlah.”(Hadis riwayat Imam Muslim)
Adapun dalil yang mensabitkan perkara ini adalah satu riwayat daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh seorang yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka dalam majlis jamuan makan. Sabda baginda:
“Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu.” Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya, “Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu.”(Hadis riwayat al-Baihaqi)
***********************
Sekadar gambar hiasan
Gambar nanie dan kawan2 menghadiri open house :)
Semua kaum ada, Melayu, Cina, India.
Kita kan 1 Malaysia
^_^
Kesimpulan
- Tidak salah dan tidak berdosa walaupun anda tidak berbuka puasa sebagaimana dalam keadaan yang dinyatakan di atas. Perhatikanlah keutamaan sebagaimana yang telah diperhalusi oleh Rasulullah.
- Sekiranya jamuan itu adalah jemputan khas di mana sahabat itu sudah bersusah payah menyiapkan hidangan kepada anda, berbukalah kerana ia lebih afdal.
- Tidak perlu memberi tahu sahabat itu bahawa anda berpuasa kerana ini akan membuatkan beliau rasa serba salah. Namun jika sebaliknya, teruskanlah puasa itu. Ia tidak menjadi sebarang masalah.
Sumber : MalaysiaHarmoni
terimakasih untuk entry ini. sangat tepat pada waktunya. hehehe.
ReplyDeletealhamdulillah. sama2 kasih. sharing is caring. hihi
ReplyDelete