SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, August 17, 2015

PERATURAN PERMOHONAN VISA UMRAH / HAJI..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, kakak nanie dan abg ipar nanie dah selamat menunaikan haji pada 15 Aug 2015, penerbangan pertama KT01. Alhamdulillah, mereka di beri kesempatan dan dijemput Allah untuk singgah ke Makkah dan Madinah melihat sendiri Kaabah dan melakukan ibadat di sana. Allahuakbar

Dalam entry kali ini, nanie nak share tentang syarat permohonan terbaru untuk lelaki / wanita yang nak pergi umrah/haji. Yela, nanie belajar dan dapat ilmu ini hasil dari pembacaan dan interview dengan kakak nanie :)





**************************

SYARAT PERMOHONAN TERBARU VISA UMRAH / HAJI..

Kepada kaum wanita di luar sana yang ingin menunaikan ibadah umrah / haji dari 2013 hingga ke tahun-tahun seterusnya, ada syarat terbaru dari Kedutaan Arab Saudi berkenaan permohonan "Visa Umrah" & "Visa Haji"

PENGUMUMAN

Kerajaan ARAB SAUDI telah membuat PERATURAN BARU dan bukan semua wanita semua jemaah WANITA yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah LELAKI yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan VISA UMRAH TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM TIDAK akan di LULUSKAN Visa Umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.


SIAPA YANG BOLEH PERGI KE ARAB?

KEBENARAN

Wanita yang ingin menunaikan umrah tetapi 

  • Wanita berumur 45 tahun ke bawah harus ditemani oleh MAHRAM (suami atau ayah atau saudara lelaki atau datuk) 
  • Lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan VISA UMRAH perlu ditemani MAHRAM
  • Wanita yang berumur 45 tahun dan ke atas boleh menggunakan perkhidmatan TUMPANG MAHRAM atau Woman Group (In shaA Allah tiada masalah).

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-
  1. Suami - Surat Nikah
  2. Bapa Kandung - Surat Beranak
  3. Adik beradik lelaki kandung - Surat Beranak
  4. Bapa saudara kandung - surat beranak wanita, surat beranak ibu/bapa dan surat beranak bapa saudara
  5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/bapa
SEBAB?

KESELAMATAN 
  • Ini kerana amat merbahaya wanita muda memasuki Makkah seorang diri tanpa mahram


P/S Manusia mencipta peraturan untuk kemudahan dan kesenangan semua pihak. Insyaallah 

Update nanie kongsikan gambar kenduri kesyukuran dan gambar di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. Semoga urusan kakak and abang ipar Nani kat sane nanti diberi kemudahan oleh ALLAH SWT

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih atas doa itu nany :)

      Delete
  2. seronoknya...moga kami juga dapat berpeluang ke sana nanti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen. Mudah mudahkan doa kita permudahkan.

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails