SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Thursday, November 26, 2015

REVIEW TEATER MUZIKAL MAK CUN DI ISTANA BUDAYA..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera

Alhamdulillah.. rezeki nanie dapat menonton teater lagi. Ya Allah last 2 years nanie pergi menonton Bahayanya Wanita. 

Tak ingat? Jom baca entry INI

Thanks Sheda ajak saya pergi dengan kekasih halal awk tu.. hehe 
Nanie memang recommended kepada penggemar teater yg nak menghiburkan hati. Ya Allah serius, memang best dan memuaskan hati.

*************************

PELAKON

Erma Fatima
Rahim Razali
Datin Seri Umie
Aida, Nora Danish
Balqis Samundur Khan
Betty Rahmad
Penampilan Khas - Ungku Ismail Aziz dan Dafi 

Erma Fatima sebagai Mak Cun sangat cemerlang. Dibantu watak anaknya Aton lakonan Balqish, teater ini penuh gamat dengan keletah dua beranak ini.

Ditambah pula, watak seorang lagi anak Mak Cun iaitu Atul lakonan Nora Danish, Mak Cun hampir sempurna komedinya yang dibantu lagi oleh pesona watak Manisah di tangan Umie Aida.

***********************

MENGAPA PERLU TONTON TEATER MAK CUN?
  • Teater ini bukan sekadar hiburan semata-mata namun ada unsur-unsur yang baik untuk penonton.
  • Sebagai contoh ialah mesej yang sinikal apabila menyindir sikap usahawan kampung yang berada dalam zon selesa dan tidak mahu mengembangkan perniagaan mereka.
  • Ada unsur sedih dan simpati iaitu apabila luahan hatinya yang sedih kerana usahnya mengubah nasib rakan-rakan kampung diperlekehkan.
  • Lagu iringan Hindustan yang menambah warna-warni dan pelengkap rasa dalam teater muzikal itu. 
TABIK SPRING

Teater ini ada unsur nilai bangsa Melayu  dan dia mahu melihat bangsanya boleh bersaing sama tinggi dengan bangsa lain.

KESIMPULAN

Lakonan terbaaik untuk teater ini ialah watak Mak Cun dan Atul. Watak Nora Danish yang bawa mat saleh tu memang lawak, slang Manglish (Malay campur English), watak Umie Aida yang menari hindustan dan  macam2 lagi. Cuma ada certain part yang agak mendatar. Ending yag tak berapa umppp boleh buat hilangkan mood. But overall, nanie kasi 4 bintang.




By the way, Jika korang ingin bergelak dan meredakan tekanan sambil berhibur, teater muzikal Mak Cun adalah jawapan terbaik.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

8 comments:

  1. ramai orng cakap best. tak sempat lagi nak pergi tengok. wiwi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Teater utk kali ni memang bagi nanie mmg ada pengajaran bguna.

      Delete
  2. Replies
    1. memang best. sebab lawak. mcm tgk cerita super spontan je ada pengajaran juga sebanarnya.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ade org ckp gelak dalam dewan 3 jam ketawa tanpa henti henti btol kan mak? hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol betol. Teater ni lawak. Tp gelak ada pengajaran xpe. Dari gelak kosong je kan. Hehe

      Delete
    2. Betol betol. Teater ni lawak. Tp gelak ada pengajaran xpe. Dari gelak kosong je kan. Hehe

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails