Assalamualaiikum. selamat sejahtera..
Ya Allah maaf sangat atas kelewatan update entry travel ke Jepun pada bulan April 2016. Nanie telah berpindah department di tempat kerja. Jadi kekangan masa nak update blog dan blogwalking.
jom sambung update tentaNG JEPUN. Kali ini nanie nak share tentang tempat pejalan kaki tersibuk di dunia iaitu Shibuya Crossings dan tentang patung anjing yg setia.
******************************
PATUNG HACHIKO
- Untuk yang belum tau, Hachiko ialah anjing yang tunggu tuan dia, seorang pensyarah balik daripada mengajar tiap2 hari. Dia tunggu tuan dia tu kat Stesen Shibuya tu la.
- Satu hari tuan dia meninggal dan tak balik-balik. Hachiko tak putus asa dan tetap tunggu tuan dia tiap2 hari kat tempat yang sama sampai dia pun mati 9 tahun kemudian. Sigh...kisah kesetiaan yang toching..
Nanie tak sempat nak tangkap gambar, tapi rajim lah nanie tampal gambar anjing yg setia ni. Patung ni terletak di Stesen Shibuya.
**************************
SHIBUYA CROSSING
- Shibuya Crossing ini memang menjadi tempat attaction yang paling dinanti selama berada di daerah Shibuya.
- KENAPA? Area ini kerap muncul dalam beberapa film ternama seperti The Fast and the Furious: Tokyo Drift, Lost in Translation, serta Resident Evil: Afterlife
#1 Pergilah
ke tempat dimana korang dapat menikmati Shibuya Crossing dari ketinggian.
Mudah je, korang boleh lepak di Starbucks Coffee yang terletak di seberang Station Shibuya. Kat sini cuba korang perhatikan bagaimana suasana di Shibuya Crossing dapat berubah seketika sesuai dengan perubahan lampu lalu lintas.
Bila lampu hijau, kenderaan akan berlalu lalang seperti biasa. Tapi bila lampu berubah menjadi merah, lautan manusia akan memenuhi Shibuya Crossing, mengisi setiap jalur zebra cross yang bersilangan.
Mudah je, korang boleh lepak di Starbucks Coffee yang terletak di seberang Station Shibuya. Kat sini cuba korang perhatikan bagaimana suasana di Shibuya Crossing dapat berubah seketika sesuai dengan perubahan lampu lalu lintas.
Bila lampu hijau, kenderaan akan berlalu lalang seperti biasa. Tapi bila lampu berubah menjadi merah, lautan manusia akan memenuhi Shibuya Crossing, mengisi setiap jalur zebra cross yang bersilangan.
#2 Pergilah ke Shibuya pada malam hari
untuk menikmati suasana di Shibuya Crossing dan nak dapat view cantik dalam gambar, korang datang lah malam. Takdelah korang panas di siang hari dan rasa dingin je nak melintas jalan. Ingat, kat sini, takde istilah lengang, kat sini SESAK RAMAI ORANG.
Candid, walaupun mlam, gambar tetap cantik sebab kat Shibuya ni memang tempat shopping yg perlu lampu2 menarik perhatian pelancong. |
KESIMPULAN
Kalau datang ke Jepun, jangan lupa singgah sini. Bukan sekadar nak melintas jalan / zebra crossing je, tapi kat Shibuya adalah syurga SHOPPING.. Baca entry blog ini kalau nak lebih lanjut apa yang boleh korang terjah jika Ke shibuya.
Fuyooo memang best ever feeling. Nak capture gambar ni pun guna GOPRO. lagikan berdiri di tengah2 zebra crossing. Subhanallah bila ingat balik, macam kerja gila. hahaha
|
Jom baca entry - travel to Japan
Entry Day 1 : Euno Park dan Hard Rock Cafe Euno
Entry Day 3 : Jom main salji di Gala Yuzawa
Entry Day 4 : Tengok gunung 'Mount Fuji' di Lake Kawaguchiko
Entry Day 5 : Taman Bunga Yang Cantik di Hitashi Seaside Park
Next entry, nanie share ye tempat shopping souvenir yg murah dan berbaloi2 bila nanie travel ke Tokyo Jepun.
Tempat ni femes kan.... Berlaga2 tak? ha ha ha...
ReplyDeleteKena ada skill supaya tak berlaga. Haha
DeleteLampu dia terbalik dgn kita eh...
ReplyDeleteTak la . Sama je mcm kita
Deleteshibunya crossing road ni tak pernah x de org..pas melintas je penuh manusia..dari mana ntah datang nya
ReplyDeleteBetul2. Ramai mcm semut. Tp mmg havoc sbb masing2 kelam kabut nk melintas. Kihkih
Deleteada buat details itinerary tak nani?
ReplyDeletecoming soon
Delete