SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, March 20, 2017

#TRAVEL VIETNAM - TEMPAT WAJIB DILAWATI DAN AKTIVITI MENARIK DAN SELAIN SHOPPING DI HO CHI MINH..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Nanie memang dah lama nak review trip ke Vietnam ni, tapi sebabkan kekangan masa nanie. Starting last year, nanie dah ditukarkan ke department, jadi jadual memang pack and takde masa nak melawat blog. Kalau nanie blogwalking pun, guna HP dan kalau ada masa baru nanie drop komen. Maaf ye.


Entry 1 - Tips Percutian Budget versi Family ke Ho Chi Minh
Entry 2 - Tips Shopping Murah di Ho Chi Minh

#1 - TEMPAT MENARIK DI VIETNAM - SUNGAI MEKONG 

Sungai Mekong

Perjalanan ke Sungai Mekong dari Ho Chi Minh adalah dalam 2 jam. Korang akan lalu sawah padi. Lepas sampai di Sungai Mekong,akan naik boat besar. Lepas naik boat besar, korang akan sampai ke pulau. Di pulau ni, anda akan berjalan ke anak sungai. Anda akan naik sampan kecil lalu ke kawasan paya penuh dengan pokok nipah. Sampan ni muat 4 orang je. Sampan akan lalu selama 15 minit sampai ke sungai besar. Dan akan naik semula boat.



Tour guide di Mekong river - fasih berbahasa Inggeris dan sedikit cakap bahasa melayu

Lepas dah naik boat, akan ada penunggu yg setia iaitu kereta kuda.
First time naik kuda dan duduk depan. heh
Kemudian, tour guide akan bawa ke ladang lebah di satu pulau. Di sini, mereka sediakan teh yang dicampur madu, pati bunga dan limau. Sedap oi. Disamping teh, ada pisang sira gula. 


Lepas ladang lebah,tour guide bawa berjalan ke kawasan kampung. Di sini, mereka hidang buah-buahan tempatan macam dragon fruit, nangka madu, longan dan nenas sambil dengar lagu lenggang kangkong dan rasa sayang versi bahasa Vietnam.


Kemudian, sebelum balik, kita akan dibawa ke gula-gula kelapa di buat. Di situ mereka tunjuk cari buat gula-gula kelapa. Bau sebiji macam dodol tapi bukan. 

NASIHAT Lepas dah habis tengok demo, selalunya mereka bawa ke tempat makan. Pelancong bukan Islam semua pergi makan hidang. Makanan yang disediakan adalah pork dan ikan. Jadi sila berhati2 ye semua. HALAL adalah keutamaan.


#2 - TEMPAT MENARIK DI VIETNAM - CHU CHI TUNNEL

Kali ni kami pergi ke Chu Chi Tunnel. Jarak perjalanan pula sama macam Sungai Mekong iaitu 2 jam. 



Sampai di sana, tour guide terang satu persatu sejarah Vietnam perang dengan Amerika Syarikat. Di sini terdapat terowong bawah tanah yang digunakan oleh tentera vietnam. 


Best tour guide di sini. sempoi dan kelakar.

Banyak ilmu boleh kita belajar dekat sana. Macam cara buat perangkap. Cara survive di hutanTaktik yang digunakan tentera Vietnam bila menentang US.


Contoh perangkap yang ada
Kemudian di sana ada shooting range. Anda boleh try guna senapang bermacam jenis. Dan anda akan masuk ke terowong sepanjang 100 meter. Terowong tak kecik pon cuma kena jalan-jalan itik la. 


Pengalaman berhargda yang dirasai dalam terowong, gelap, sempit dan berpasir. Takut dan sakit kaki sebab jalan macam itik. kwek kwek kwek
Lepas tu, mereka akan sediakan ubi kayu rebus cicah dengan gula dan kacang tanah sambil minum teh pandan. Habis half day tour dan balik ke hotel.




NASIHAT -Kalau nak ambil tour dekat Sungai Mekong atau Chu Chi Tunnel, anda kena jamak takhir. Pengalaman nanie, memang sempat untuk solat jamak takhir untuk solat zohor dan asar sekali. 



ALHAMDULILLAH PENGALAMAN BERHARGA BUAT KAMI SEKELUARGA


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

10 comments:

  1. Seronok tgk satu family adik nani ke Vietnam...alhamdulilah suka sis baca pasal trip ni, mudah sis nak ikut kalau ada rezeki ke sana...kena kuat menabung ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah percutian keluarga yg amat dinantikan. ada rezeki bole dtg sana kak. best!

      Delete
    2. Salam perkenalan
      Nk tanya. Adik nani pakai pekej apa yea. Ada no phone dia x.

      Rozie

      Delete
    3. salam perkenalan. untuk contact number tour guide terhebat ni bole refer entry ini

      https://nurulharnanikasmari.blogspot.my/2017/03/travel-vietnam-itinerary-ke-ho-chi-minh.html

      Delete
  2. syoknya... taka sabar nak ke saigon lagi

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... Sy nk ke ho chi minh city ael bln dpn.. Nk tnye, tour guide utk sg mekong tu amk dekat mane ye? Atau dkt sane mmg dh ade tour guide?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy memang amek tour guide. bole refer blog sy untk ontact number

      Delete
  4. Berapa kos ke sungsi mekong utk sorang sis

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails