Assalamualaikum..selamat sejahtera..
Kali ni nak share pengalaman baru ... kalau kita tengok wayang , setakat 3D atau 4D je kan. Tapi ini sampai 6D.. wah wah wahh!!! Tapi tolong jangan tanya kenapa dia 6D, kalau nak tahu pergi tanya owner 6D tu kan. haha
LOKASI -
6D Motion Adventure, Wangsa walk, Wangsa Maju
**bersebelahan dengan TGIF...
HARGA
RM15 per person (10- 15 minit).
Actually, harga dia RM15 . Tapi jangan risau ada package. Macam nanie, kami ambil package 3 person free 1 person..
Maybe ada pendapat yang cakap RM15 untuk 10 - 15 minit macam tak berbaloi kan? Maybe korang rasa better pergi tengok movie yg 1-2 jam tu lagi berbaloi kan? kan?
Tapi.... takdenyelaa nak kedekut melampau sangat.. haha... sebab apa ia PENGALAMAN SEUMUR HIDUP.
Ingat kat tempat shopping mall lain ada ke yg buat macam tu. tak de okay? Experience nanie yg ada macam ni kat USS je. Waktu tu nanie pergi Shrek Adventures kat USS. Ni entry nanie pergi USS masatu. {entry Universal Studio Singapore} wahh gituu!!!
***************************
BEBERAPA GAMBAR YG ADA DALAM 6D MOTION ADVENTURE
![]() |
Setiap seat ade seat belt and u have to fasten the belt. Kerusi adalah bergoyang goyang dan khuatir korang akan tercampak ke hadapan..
Tiupan angin pun ada dan water splash pun ade.. Tapi xde tahap lencun baju.. percik cam nak spray gosok baju gitu je. best weiii..
|
![]() |
| Ini suasana dalam teater.. Kat luar pun ada screen, tp boleh tengok org kat dalam punye reaction la.. Jadi peringatan!! sila control sebab orang luar gelakan kita. kihkih |
![]() |
| Time ni try Horror movie. Tak berapa best :( |
![]() |
| Tapi yg ni kami try Roller Coaster Its recommended. Best giler. |
KESIMPULAN
Jom la mencuba aktiviti baru dengan keluarga atau kawan2. Asyik tengok movie biasa je, apa kata cuba benda baru. Baru la rasa adventure sikit hidup tu. Bukan mudah nak kutip pengalaman kan?
Jom ramai-ramai serbu Wangsa Walk. Siapa takde geng jom ajak nanie, Boleh buat gathering sekali. wink2.
Selamat mencuba semua.
Jom la mencuba aktiviti baru dengan keluarga atau kawan2. Asyik tengok movie biasa je, apa kata cuba benda baru. Baru la rasa adventure sikit hidup tu. Bukan mudah nak kutip pengalaman kan?
Jom ramai-ramai serbu Wangsa Walk. Siapa takde geng jom ajak nanie, Boleh buat gathering sekali. wink2.
Selamat mencuba semua.




