Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Alhamdulillah, sambung lagi cerita #TRAVEL2016 JEPUN
JEMPUT BACA previous entry
Entry Day 1 : Euno Park dan Hard Rock Cafe Euno
Entry Day 2 : Tokyo SkyTree vs Tokyo Tower
Harini nanie akan share entry berkaitan Gala Yuzawa pula, persekitaran yang sememangnya menjadi igauan nanie dari dulu lagi iaitu NAK MAIN SALJI
**********************
GALA YUZAWA
The best decision we made while in Japan was changing the itinerary from Disney Sea / Disneyland to Gala Yuzawa. Actually untuk ke Gala Yuzawa ni, adalah initiative one of member trip, Alhamdulilah, nanie memang dah deal dengan dia since dari Malaysia lagi untuk follow trip ke Gala Yuzawa.
FAKTA GALA YUZAWA
- Gala Yuzawa terletak 200km ke utara Tokyo
- Dibuka untuk bermain ski seawal 22 Dis sehingga 5 May 2012 bergantung kepada jumlah salji yang turun.
- Gala Yuzawa adalah area resort untuk ski di kota Echigo Yuzawa.
- Tempat ski ini dimulai dari musim salji di bulan Januari sehingga awal Mei.
- Setelah itu, salji akan mencair dan Gala Yuzawa tertutup buat umum.
MACAM MANA NAK PERGI?
Kami menaiki bullet train iaitu 'JoetsuShinkansen' yang mengambil masa 77 minit sahaja . Untuk shikansen kena g platform 23-34. Nanti korang akan nampak train macamni, 'bullet train' Japan.
![]() |
Jangan terkejut, train 2 tingkat. Memang experience terhebat untuk tahun ini.
|
![]() |
| Kenangan abadi, kena snap cepat2 sebab shikansen ni laju bebenau dalam 200km/jam |
HARGA TIKET
- Harga tiket sehala untuk seorang ialah JPY 6500 atau RM240. Harga tiket kena tambah kalau perlu 'seat number'.
- NAK JIMAT????? Beli JR Wide Pass JPY 10000 include free entrance to Gala Yuzawa. Jadi sememangnya MUDAH dan beri kemudahan pada pelancong. Save budget!
FIRST EXPERIENCE NAIK BULLET TRAIN
- Keretapi tiba dan setiap kerusi ada nombor. Macam kitaorg memang tiket tu takde seat number. Jadi, agak blur permulaannya. Rupa-rupanya memang ada 2 koc yg free seating dgn tempat duduk yang cantik, selesa dan bersih. Ruang kaki untuk berlunjur pun luas.
- Untuk perjalanan jauh macam ni, nanti datang la waiter atau waitress tolak troli ala-ala pramugari. Diingatkan harga a bit pricey. Tips : beli siap-siap kat 7-Eleven ke Family Mart ke, Tak pun, buat macam kitaorg bawak maggi simpan dalam tupperware dan bawak nescafe 3 in 1 letak dalam tumbler. fuhh jimat
- Toilet dalam bullet train atau express train ni bersih and boleh tahan luas. Nak masuk guna sensor jer tau. Canggih. Jakun kejap. haha
- Sepanjang perjalanan ke Gala Yuzawa, korang patut pemandangan di luar tingkap. Yang pasti korang akan nampak bukit bukau masih bersalji. Tips Jangan tersilap turun train tau, jangan confuse pula,sila turun di station Gala Yuzawa. menghampiri kawasan perkampungan Echigo Yuzawa.
![]() |
| Posing-posing dengan peralatan ski di stesen Gala Yuzawa. Ambil mood sebelum nak jejak kan kaki di bumi salji. hihi |
![]() |
| Korang akan naik shuttle bus ke Gala Yuzawa. Bus mengikut masa yg ditetapkan. Jangan risau, Jepun memang sangat punctual |
AKTIVITI DI GALA YUZAWA
- Kita boleh meluncur dari ketinggian 1180 meter menuju ketinggian 358 meter.
- Tak perlu mendaki untuk sampai ke puncak peluncuran kerana disediakan Gondola yang menghantar ke puncak tertinggi.
![]() |
| Dari Gondola ini juga kita boleh melihat pemandangan hamparan salju dan lereng gunung yang begitu indah |
![]() |
| Untuk memasuki kawasan bermain ski, pengunjung kena beli tiket mengikut pilihan - separuh hari, satu hari atau tiket tahunan. Kami hanya beli tiket separuh hari dengan harga JPY 2720 seorang dan tiket gondola sebanyak JPY 1200 seorang. |
![]() |
| Sledding area tu taklah besar sangat, tapi cukup luas untuk kami berguling2, baling2 snowball, membina snowman/Olaf, bermain sled, bergamba/merakam video dan juga ‘berenang2’. |
![]() |
| Sejuk dingin dan gigiL. Namun posing dengan snowboard yang berwarna warni tetap ada. hihi |
![]() |
| Kami super duper excited ’cause at last, we can experienced stand our feet at a real snow ground. |
![]() |
| Jangan main2 ye, Kami ada kibarkan The Kuala Lumpur Scarf in Black (by dUCk) atas salji Jepun. Lihatlah dunia!!! hahaha |
![]() |
| CAKKKK!!! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! |
KESIMPULAN
- Walaupun trip ke Gala Yuzawa ni di kategorikan mahal… tetapi kami puas hati Almost 3-4 jam itu lebih dari cukup boleh membuat kita ketawa dan menjadi rapat kerana kita semua boleh buat aktiviti sama2, main sliding sama2, ambil gambar groupie sama2 dan paling tak boleh dilupakan dapat pemandangan super indah di atas salji
- Buat kawan-kawan yang teringin nak merasai kedinginan salji dan menaiki bullet train (JR Pass) boleh la datang ke tempat ini. RECOMMENDED
- Nanie fikir trip nanie ke Jepun kali ini benar2 sangat tepat, selain dapat melihat Sakura berbunga, tapi juga masih boleh menikmati salji
![]() |
| Alhamdulillah, nanie bersyukur kerana akhirnya dapat jugak merasa main salji, Kami pulang ke MALAYSIA dengan seribu kenangan dan cerita untuk diabadikan |
**********************
ENTRY JEPUN - MUSIM BUNGA
Entry Musim Bunga - Jom datang Jepun tengok Bunga Sakura
Entry Tips bagaimana nak faham pengangkutan train di Tokyo
Entry Day 1 : Euno Park dan Hard Rock Cafe Euno
Entry Day 2 : Tokyo SkyTree vs Tokyo Tower
Entry Day 4 : Jom main salji di Gala Yuzawa
Entry Day 3 : Shibuya Crossing
Entry Day 4 : Hitachi Seaside Park
Entry Day 5 : Tengok gunung 'Mount Fuji' di Lake Kawaguchiko
Entry Tempat Menarik Shopping Souvenir Murah di Tokyo Jepun
Entry Makanan Halal yang patut korang cuba di Jepun














