Assalamualaikum...
Allah berfirman : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Surah Ar-Rum: 21)
.................................................
Pelbagai ayat orang lama yang kita dengar
“Jodoh pertemuan di tangan Tuhan”
"Kalaulah jodoh tak ke mana”
"Takkan lari gunung dikejar”
^
^
^
Ini semua ayat-ayat yang menjadi pegangan masyarakat kita. Semuanya ayat subsidi. Kita tak leh menafikan memang jodoh Tuhan dah tentukan. Namun begitu adakah ia akan datang tanpa berusaha? Adakah memang Tuhan nak kita ni jadi masyarakat subsidi hinggakan kita hanya perlu menunggu sahaja semua Tuhan bagi. Ini yang tidak betul!
********************************
Beberapa pendapat tentang jodoh :
1- JODOH SEBAGAI TAKDIR
“Jodoh di tangan Tuhan, kt mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk.” Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat.
Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu seringkali kita dengar, “Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang.” Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya. renung2kan lah ye..
2- MENCARI JODOH
Jodoh tidak akan datang tanpa berusaha. Kita perlu menjadi orang yang mencari jodoh. Baik lelaki baik perempuan. Bagaimana nak mencari? Itu kena guna kepandaian dan strategi sendiri. Pada masa dahulu, kita tak banyak masalah ANDALUSIA (anak dara lewat usia) sebab ibu bapa banyak berperanan dalam menentukan jodoh anak-anaknya. Dalam zaman terkini, ibu bapa sudah melepaskan tanggungjawab mencari jodoh ini kepada anak-anaknya. Dan ini yang anak-anak kurang sedar ataupun tak sedar bahawa mereka bertanggungjawab menentukan jodohnya. so ape lagi??
3- BERIKHTIAR DAN BERTAWAKAL
“Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus beriktiar mencari dan memilihnya.” Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.
Jadi kawan-kawanku, mari kita cari joran dan mata kail terbaik untuk mencari jodoh. Mari kita cari lubuk dan ikannya. Namun begitu satu persoalan.
ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENDAPAT JODOH?
ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENERIMA CINTA?
Fikirkanlah sendiri
********************************************
p/s Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayat menanggung penyesalan sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia.
Wallahu A’lam.
kalau kita pilih utk bersama dengan dia, maka, kita akan bersama dengan dia..
ReplyDeletekalau kita pilih untuk main-main sahaja, maka, kita tidak akan lama dengan dia..
begitu juga dengan dia..
sama sahaja :)
ya allah.. tersentuh & terharu..
ReplyDeletesemoga allah berkati hubungan sy dan dia..
amin~
apa maksud kita kna cari jodoh tu ? btw, xkan nak couple kot. tu dah terang2 haram. any relationship b4 ada ikatan yg sah dilarang dlm Islam. so, bole explain x maksud cari jodoh tu ? dah byk dgr actually tp still xdapat good explanation. tQ :)
ReplyDelete@mawar berduri - cari jodoh yg baek2 mksudnye.. kena taw ape yg ade sesuai dgn jiwa kt..
ReplyDeleteape kata awk baca entry ini -
http://nurulharnanikasmari.blogspot.com/2011/03/apakah-yang-kamu-kejar.html
http://nurulharnanikasmari.blogspot.com/2011/03/bagaimana-menentukan-halatuju-cinta.html