SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, March 14, 2011

SURATAN ATAU KEBETULAN


As Salam..

Nanie baru lepas dengar lagu Suratan atau Kebetulan.. Lirik dia mmg tangkap feel, mudah difahami dan dekat dgn jiwa..


Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Kemudian nanie post ‘lirik’ lagu ini ke dalam muka buka.. Kdg2 lirik yg bagus dpt member impak yg baik dlm diri nanie.. Apa yg nanie fikirkan adalah utk sama2 kt hayati setiap bait / lirik dari setiap lagu ade maknanya..

*********************************

Sambil nanie dgr lagu, nanie ade terfikir sejenak

Ada ke istilah kebetulan ke dalam kamus kehidupan? bukankah itu suratan? suratan atau kebetulan?”


******************************


Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Al Baqarah(2):255 - Ayat Kursi)



Lalu perhatikan juga ayat berikut,“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang gaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz). (Al An’aam(6):59



********************************


Kita akan merasakan ianya satu kebetulan yang tidak di rancang dan di rencanakan. tetapi sebenarnya ia adalah satu suratan yang telah tertulis sejak azali lagi. cuma kita tidak pernah tahu apa2 pun yang di tetapkan untuk hidup kita. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yg berlaku di muka bumi ini.. Semoga Allah S.W.T melindungi dan merahmati kt semua. Allahuakbar~

.

.

.

p/s: di sebalik setiap perkataan ada maksud tersirat. cuba fahami setiap ayat dan kata-kata yang mahu di sampaikan oleh orang lain. Apa yg terlintas di fikiran boleh disampaikan utk dijadikan iktibar kepada rakan2 yg lain. Sebab apa? Sebab penulisan itu seni.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. :)

    hanya mampu tersenyum bila terbaca entry nie..

    ReplyDelete
  2. senyum tak perlu kata apa2.. hehe

    salam ukhuwah awk..

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails