SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, October 19, 2011

TEGURAN & TERIMA KASIH

As salam.. Selamat sejahtera..

~sekadar perkongsian bersama~

Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

... I’m so confused...

Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?

************************************

DIALOG - AYAH & ANAK




Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu?

Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Jadi sebenarnya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... Okay...

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya.

Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili
.
.
.
.
.
.
.

KESIMPULAN -

Kalau dpt teguran patut berterima kasih..




Jangan mudah terasa hati... Maknanya kita tak redha dengan Allah... Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah..


P/S Tips hebat utk B2B.. Belajar untuk masa depan dalam melayari bahtera rumah tangga.. Simpan segala masalah dengan rapi, jangan share story pada kawan2.. Sebab bila suami dapat tahu, & terasa hati, tak redhalah hidup.. Kan selepas kahwin, syurga di bawah telapak kaki suami?

Tak gitu??? Tepuk dada tanya hati..

SMILE is the way to solve many problem and SILENCE is the way to avoid many problem..
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. nanie..i like this entry very much..huhu..walaupun perih tp kene harungi jugak...kan...=)

    ReplyDelete
  2. @natrah jaafar.. what to do.. ermm..

    sabar separuh drpd iman,,

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails