As salam sahabat tersayang.
Selamat Pengantin Baru utk semua yg jadi Raja Sehari.
Nanie ada dapat beberapa persoalan dari email yg bertanyakan bagaimana nak atasi masalah dgn MERTUA.. Macam best pulak, sebab Dulu nanie banyak dapat email tentang kahwin2 ala2 wedding planner, sekarang dah macam kaunselor tentang rumahtangga. hehe
Nota : ini hanya pembacaan dan pengalaman nanie sahaja. Harap jangan fikir bukan2.. hehe
REALITI -
Hidup berumahtangga membawa erti hidup berdikari yang dikongsi bersama pasangan tanpa bantuan secara langsung daripada mana-mana pihak.Selain itu, hidup berasingan akan membantu mengeratkan lagi pasangan kerana membawa kepada sifat berterus-terang sesama sendiri demi kebahagiaan rumah tangga.
********************************
PENDAPAT -
Secara logiknya, Nanie akui duduk dengan mertua sangatlah mencabar. Benarlah kata orang, bila da kahwin, kita bukan berkahwin dengan suami sahaja. Malah dengan seluruh keluarganya terutama ibu bapa mertua. Jadi, banyak perkara perlu diambil terutama dari segi perasaan dan tanggungjawab.
Banyak faktor yg mempengaruhi dalam duduk sebumbung dengan mertua ni, walaubagaimana pun, nanie percaya dengan komunikasi dan sikap tolak ansur yg baik, insyaallah dapat membantu serba sedikit masalah ini..
*****************************
BEBERAPA TIPS YG NANIE DAPAT KONGSIKAN BERDASARKAN PENGALAMAN DAN PEMBACAAN NANIE DALAM BUKU, INTERNET DAN NASIHAT ORANG TUA :
TIPS # 1
Anggap mereka sebagai ibubapa sendiri. Jika sygkan pasangan, wajib syg mertua. Bagaimana? Dengan belajar daripada pasangan tentang karenah mertua di rumah dalam menjalankan tugas seharian.
** Situasi nanie agak berbeza, nanie banyak belajar sendiri dari pemerhatian nanie tentang karenah mertua.. Dalam rumah mertua, nanie perhatikan mereka amat menitik beratkan kebersihan. Jadi, disebabkan nanie bekerja, nanie hanya dapat luangkan masa menyapu / membasuh baju / memasak dalam 3-4 kali seminggu saja. Bukan nak kata mengelat tak buat kerja rumah, tapi korang kena faham dengan situasi nanie yg bekerja dari Shah - Alam ke Keramat. Banyak masa dan tenaga terbazir di atas jalan raya. Faham?
TIPS # 2
Bawa buah tangan/ makanan kegemaran mertua bila ziarah. Peluk atau bantu urut mertua bila bertemu.
** Macam kes nanie, selalu berjumpa, jadi nanie hanya praktikan, kalau pergi jalan2, belikan ole2 / cenderahati untuk pikat hati mereka.
TIPS # 3
Elak ceritakan masalah rumahtangga kpd mertua, kecuali darurat. Kes seperti ni akan berlaku jika masalah kesihatan atau masalah yg boleh menyebabkan perpisahan seperti orang ketiga dalam perhubungan.
** Untuk masalah rumahtanggam jika ia melibatkan kesedihan yg melampau & membuatkan kesihatan yg kurang memuaskan, bagi nanie, ia perlu bercerita untuk mengelakkan di masa hadapan.
TIPS # 4
Sebarkan kebaikan mertua dan rajin minta nasihat mertua. Pupuk kasih sayang antara mertua dengan selalu bertanya dan mendengar luahan hati mereka.
** Bagi nanie, untuk tips ini perlu masa dan ruang yg luas, sebab ia melibatkan hati dan perasaan. Kadan2 kena korbankan perasaan sendiri untuk memenuhi kehendak mertua dan suami.
TIPS # 5
Suami mainkan peranan dalam membentuk keluarga yg harmoni. Jangan ambill mudah dan jangan sesekali anggap pada kesilapan sahaja. tetapi cubalah cari jalan penyelesaian dalam memperbaiki persepsi mertua kepada menantu. Kasihan isteri korang!!
**Ini adalah adat dalam menjadi seorang isteri, so suami perlu tegur yg membina bukannya marah @ perli isteri jika ada kekurangan dari segi buat kerja.Contoh : masak, basuh baju, kemas rumah. Jangan sebab kita tak serajin masak atau membasuh, perlu dibanding2kan dgn mertua. Bukan apa, bagi nanie ianya perlu masa untuk adapt dengan suasana persekitaran yg baru. Anggap ini sebagai dugaan hidup sebumbung. Manusia tak perfect. simple! masing2 ada buat silap. chill~
TIPS # 6
Rapatkan diri dgn Allah, mertua akan syg.. Doa agar jadi menantu terbaik, doakan & maafkan mertua. Allah adalah segala2nya. Adukan masalah dan keresahan hati, insyaallah, Allah bantu hambanya.
**Nanie baru cuba, alhamdulillah berkesan. Doa dan terus berdoa..*
KESIMPULAN
Hmm..as long as you can accept it all then it's ok. Yes, we are human and we have things we want to do too, well, I still think it won't hurt just to help around, right?
SUMBER
Dr Fadzillah Kamsah FB
review Blog - Serumah dengan mertua, bahagia atau derita?
Pengalaman nanie - yg bertanda **
Jom baca entry nanie dan keluarga mertua bercuti di Langkawi & lunch di Bagan Lalang..
NOTA KAKI :
Peribahasa tak rasmi, hehe ''Bila mertua baling tahi, kita baling bunga''.. Sabar dan terus bersabar dengan dugaan duduk sebumbung dengan mertua..
Senyum tak perlu kata apa-apa ^_^
hai nanie.. br tau nanie stay ngn family ryn skrg.. so glad to see ur happy face.. n tips kt atas ni, it's really d good one..
ReplyDeletehehe.. anyway welcome to blog.. da semakin aktif ye.. rajin2 la jenguk blog nanie ek. hehe
ReplyDeletemesti sangat mencabar bukan..
ReplyDelete