SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Sunday, June 10, 2012

SUAMI HARUS MENGHARGAI PENGORBANAN ISTERI..

As salam.. selamat sejahtera..

Hari ni nak buat entry tentang Lelaki. Just nak cakap salute and tabik spring kat blogger yg famos amos ni.. Nanie tak sangka dia memang boleh menguruskan anak dia Qhaliff. Bayangkan sampaikan isteri dia siap boleh cakap dari Subuh sampai 3 pagi baru dia berhenti buat kerja rumah. Dengan senang cakap House Hubby yg cemerlang, gemilang dan terbilang..

Jom baca entry abg Ben.{entry ini}.. Tahniah Abang Ben, nanie ucapkan.. Terkejut tengok abg ben dalam Nona @ TV3 tadi.. Sapa yg ketinggalan, nanti cuba search dalam tonton.com ya..


***************************

Ehhh Kenapa nanie rasa terpanggil nak buat entry tentang LELAKI sebab nanie nak share beberapa nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isteri.


01.

Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.

Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.

Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.

Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.

Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. *insyaallah suatu hari nanti*

06.

Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, & membasuh.Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.

Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.

Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.

Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.

Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.

Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.

Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.

Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.

Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.

Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.

Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.

Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? *REMINDER*

18.

Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.

Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.

Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.

Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.

Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23.

Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.



P/S sharing is caring.. semoga usaha semua suami dalam menghargai jasa isteri menjadi satu langkah yg terbaik dalam membentuk satu keluarga yg harmoni dan bahagia.. Amin~

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

5 comments:

  1. wawawaaaaa...bagus ni..thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. saje nak share sementara tgk mr mama kat nona tv3 tadi.. hehe

    ReplyDelete
  3. sama2.. alhamdulillah ada lelaki yg sudi mmenjaga anak dan menguruskan rumah tangga..

    congrats~

    ReplyDelete
  4. seandainya suamiku mau seperti itu....

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails