SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Sunday, July 8, 2012

BALI (TANAH LOT)



As salam.. selamat sejahtera..

Nanie nak minta maaf awal2 ye sebab nanie sangat lambat update entry Bali..

Sebelum tu, jom baca entry Bali :


Jadi, hari ni, nanie nak share tentang satu lokasi tarikan pelancong ke Bali iaitu Tanah Lot.

AMARAN : Entry penuh gambar.. Sebab tanpa gambar tak best kan nak review. Harap dapat bantu kawan2 yg sedang cari informasi.

****************************
PERJALANAN TANAH LOT

Malam sebelum nanie nak pergi Tanah Lot, nanie memang buat survey dulu samada nak amek pakej perlancongan atau nak amek kereta sewa + supir sahaja.. Selepas berbincang dan convert duit Malaysia (RM) ke Indonesia (Rupiah), nanie decide hanya sewa kereta dan supir sahaja.
FYI, kat dalam entry ini, nanie ada share yg nanie jalan2 di Bali naik motor sewa kan? Tapi untuk jalan2 ke Tanah Lot ni, nanie decide sewa kereta.. Mengapa tak naek motor je?
Alasan - agak jauh perjalanan dari bandaraya Kuta. Lagi pun, jalan tak berapa tahu. Guna GPS pun takut sesat. haha

KERETA SEWA : Rp375,000/day (RM130) (include petrol + supir)
JENIS KERETA : Kijang (macam avanza)

Perjalanan ke Tanah Lot..
Musim EURO masatu. macam2 bendera ada..
Macet - perkara biasa di Bali. Apa itu macet? maksudnya jalan jammed

***************************

TANAH LOT

Tanah Lot merupakan tebing tinggi menganjur ke laut di Bali. Di atasnya telah dibina kuil Hindu. Pura Tanah Lot dan menjadi tarikan utama para pelancong.

Harga tiket masuk

Pelancong domestic - Rp 15,000 (RM5)
Pelancong asing - Rp 30,000 (RM10)

Tanah Lot terletak di Tabanan, kira-kira 20 km daripada Denpasar. Tebing tinggi ini terbentuk jutaan tahun akibat hakisan semasa pasang surut lautan.
Pura Tanah Lot ini merupakan bahagian dari pura Sad Kahyangan, iaitu pura-pura yang merupakan sendi-sendi pulau Bali. Pura Tanah Lot merupakan pura laut tempat pemujaan dewa-dewa penjaga laut. Itu dia punya sejarah lah.. kita takyah la nak percaya dengan menda macam ni..
Tempat ni juga sesuai untuk para pelancong menikmati dan menyaksikan keindahan mentari merah terbenam (sunset) di ufuk timur. Tapi macam nanie, nanie pergi siang sebab malam ada aktiviti lain. Tapi, siang pun masih ada suasana yg terbaik.

Beberapa gambar sekeililing Tanah Lot.. Indahnya ciptaan Ilahi. Ombak kuat, tapi tak tenggelam pun pura itu.






Masa kitorang sampai ramai sangat orang Hindu Bali masuk keluar sembayang, dah sampai masa kot untuk diorang semua keluar sembayang dan memuja tuhan mereka di Pura ini.
Alhmdulillah rasa bertuah Allah beri peluang kami ke Bali. Seperti nanie kata sebelum ini, Bali adalah tempat sejarah dan keindahan semulajadi yg cantik..

KESIMPULAN :

Tanah lot ialah lokasi WAJIB untuk pelancong ke Bali. Memang la agak jauh dari Kuta, tapi apa salahnya kita menikmati keindahan ciptaan Allah.. Bagi nanie, ia aktiviti honeymoon yg best, even panas dan memenatkan. Takkan la nak duduk daam hotel je kan? Tak guna pergi jauh2 kalau tak nikmati lokasi perlancongan yg ada.. Pendapat nanie la ye.. Chill~ ^_^

TIPS MEMBELI BELAH:


Ada beberapa kedai cenderahati / kraftangan yg harganya agak MURAH di Tanah Lot. banyakkan survey dulu dan pandai menawar.. Sebab penjual ni, dorang tahu, kita bukan orang Indonesia, jadi mereka akan jual cekik darah punya harga. Jalan mudah, korang pergi kedai yg memang da ada tanda harga kot.Jadi berhati2 ye sayang~

Next review - Kecak dance.. tungguuuu!!
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

10 comments:

  1. Nice.. suka tengok tempat orang.. Jauh perjalanan, luas permandangan.. :)

    ReplyDelete
  2. wow, akan di kiv untuk senarai list travel. thanks nanie :)

    ReplyDelete
  3. Wah nani berjln aje kmu...untg bdan

    ReplyDelete
  4. @aniqbukhbahary - alhamdulillah.. Memnag terbaik.. Kutip pengalaman di negara org.

    ReplyDelete
  5. @nora.. Travel list? mcm byk lg je yg nk pergi ye.. Goodluck syg..

    ReplyDelete
  6. canteknyee bali..bestnyeee jalan2 :)

    ReplyDelete
  7. @miossjue - rejeki dear, nanti kmu pon jalan2 gak la ye..

    ReplyDelete
  8. salam,..bape jam ye kuta ke tanah lot?

    ReplyDelete
  9. salam..bape jam ye dr kuta ke tanah lot?

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails