SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, September 26, 2012

PENGALAMAN RAMADHAN SEBAGAI ISTERI DAN MENANTU..


as salam semua..

Alhamdulillah sekarang bulan Ramadhan bulan yg mulia.. Nanie rasa sangat besyukur kerana tahun ini adalah tahun pertama menyambut Ramadhan bersama keluarga baru.. Ye, maksud nanie adalah bersahur dan berbuka puasa utk Ramadhan bersama keluarga mertua di Shah Alam..

pertama kali sebagai seorang isteri..
pertama kali sebagai menantu..

pertama kali sambut ramadhan di rumah mertua..

Tapi sebenarnya, macam2 ada dalam hati ini.. Nanie rasa agak berbaur / sayu hati ini. Mana taknya, selama nanie hidup di dunia, inilah pertama kali tanpa mak dan ayah di sisi utk berbuka dan bersahur utk 1 Ramadhan.. Lagi la nanie ni anak bongsu.. Memang senantiasa dok berkepit dgn parents.. hehe

Tapi itu tak mematahkan semangat nanie.. (ayat cover). Nanie akan cuba sehabis baik untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mertua.. Bagi nanie, walaupun 1 Ramadhan tak dapat bersahur dan berbuka puasa dengan parents, insyallah ada kelapangan nanie akan ajak hubby ke rumah Keramat utk bersahur dan berbuka bersama mereka..

APA YG MENARIK BERSAHUR DAN BERBUKA PUASA DENGAN MERTUA?

Dapat belajar skill memasak dan buat kuih dengan jayanya.. Hoyeayyy!!

Semalam first time duk menggentel karipap kat dapur. Mula2 tu memang la hampeh rupanya, tapi bila da lama2, wahhhh rasa macam tak caya boleh gentel sendiri karipap tu. Dalam kepala, teringat Masterchef edisi Siti Nurhaliza dengan Dato' Fazley buat kapipap pusing.. hehe


*************************


KESIMPULAN

Apa yg nanie boleh cakap inilah yg dinamakan pengorbanan seorang wanita yg bergelar isteri.. Tempat isteri adalah di sisi suami. Ke mana dan apa yg diperlukan suami, perlu dituruti selagi ia tidak melanggar syariat Islam..
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."

(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Bagi nanie, seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka. Subhanallah..
p/s hubby, i ♥ u
update : kalau yg belum baca tips duduk sebumbung dengan mertua, check this --- entry
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. Salam Ramadhan nanie :) nora minggu depan balik umah mertua hehe

    ReplyDelete
  2. ooo, thanks for the tips.. Nak buat preparation awal ;)

    ReplyDelete
  3. @nora - salam ramadhan to u dear.

    ReplyDelete
  4. @miss jue - why not awk baca link ini utk persediaan mental dan fizikal, hehe

    http://nurulharnanikasmari.blogspot.tw/2012/06/duduk-sebumbung-dengan-mertua-ok-ke-tak.html

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails