SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, September 19, 2012

TAMBAT SUAMI DENGAN AIR TANGAN ISTERI..

As salam.. selamat sejahtera..



Hari ni saja nak share menu yg nanie masak last weekend. Ini semua panahan MASTERCHEF, haha.. xdelah. gurau je.. Actually, nanie nak share satu artikel yg nanie baca dalam internet tentang air tangan isteri.

***********************

TERDAPAT pelbagai cara untuk mengecapi kebahagiaan hidup berumahtangga. Tidak dinafikan, memang terdapat banyak aspek harus diambil kira. Pendek kata, semuanya perlu serba-serbi. Tak sempurna pun tak apa. Apa yang penting cukup segala aspek tersebut.Salah-satu aspek yang akan diketengahkan dalam artikel itu ialah 'masakan ‘air tangan’ isteri.

Ya, memang tidak boleh dinafikan lagi, di zaman ini kebanyakkan isteri mempunyai kerjaya yang memaksa mereka untuk memikul tanggungjawab dan tugasan di pejabat lebih berat. Akan tetapi kita harus ingat, jangan sampai kita abaikan 100% aspek memasak untuk suami ini. Kelak buruk padahnya.

***************************

Jom baca 8 tips agar kita boleh terus mengikat tali perkahwinan kita dengan penuh bahagia melalui masakan ‘air tangan’ :

1. Jangan jadikan alasan kita tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan. { nanie belajar dari emak je :p }

2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur. { nanie suka tengok masterchef dan 5 rencah 5 rasa }

3. Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran. ( nanie beli buku 1 hari 1 resipi dan goole je dalam internet )

4. Pada hujung minggu, boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu. { nanie beli barang dapur kering dgn suami, kalau barang dapur yg basah, kirim dengan mak je dari pasar }

5. Jika penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua. { nanie tak pernah cuba }

6. Kita boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang { nanie tak pernah tanya lg, sebab suami tak tahu juga }

7. Jangan biarkan dapur langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami. { masak frozen food memang sangat mudah, hehe}

8. Untuk menjimatkan masa,kita boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. { ini memang approach nanie, selalu sediakan pada waktu malam}


********************************

HASIL 'AIR TANGAN' (14 SEPT hingga 18 SEPT 2012)
(bukan semua menu nanie capture gambar)

Sotong masak kari

ri

Ikan siakap masak sweet sour


Makaroni goreng
Sayur campur & cendawan
Sotong masak kicap

Ayam masak burma

resipi dan masakan yg simple - nanie update dalam entry ini - Kemanisan rumah tangga.. click here

p/s Tiada yang lebih bermakna dan indah selain anda menerima kata-kata ucapan "terima kasih sayang" daripada suami ketika dia merasa masakan. Ketika itulah isteri akan merasai satu kepuasan sebenar hanya utk suami.



Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

3 comments:

  1. sedap..sedap.... leh masuk mastercheff.. :)

    ReplyDelete
  2. tq ned.. belum layak masuk masterchef lg.. sobss! byk usaha utk nanie teruskan..

    ReplyDelete
  3. amalkan setiap kali memasak atau sedang basuh beras dgn bismillah dan selawat ke atas nabi rasulullah s.a.w 3x atau teruskan je selawat dlm hati sambil masak insyaAllah. tips dari mak :)

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails