SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Sunday, November 25, 2012

ISTANBUL AKU DATANG..

As salam.. selamat sejahtera..


Just nak update cerita nanie keluar dgn satu2nya adik yg ada dlm dunia ni. even bukan adik kandung, jadilah dapat keluar dgn adik ipar :)

Ini yg dinamakan 'last minute planning'. Tapi nanie suka dgn cadangan sheda nak pergi tgk wayang.. wink2.. akhirnya termakbul jua impian kami nak 'dating' bersama.. Last dating berdua adalah pada tahun 2010 (entry ini)


Lokasi
Alamanda,Putrajaya

Disebabkan kitaorg hangout malam, jadi masa nak berpoya2 tu takdela banyak sangat. Simple activity je .Alhamdulillah..  


Mula2 kitaorang Lepak mamak je sebagai dinner ktorang. then, after kenyang terus berdesup pergi ke Alamanda. Tiket da awal2 beli online, TQ sheda tolong booking online utk wayang kali ni..

Wayang time @ TGV


Pilihan cerita melayu - ISTANBUL AKU DATANG.. 

ARAHAN: Bernard Chauly

PELAKON: Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat Amdan

GENRE: Cinta komedi

Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu - untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.

Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.


Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.


Namun, ia tidaklah semudah disangka. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki lelaki Melayu, Harris. Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras mereka masingmasing berhak tinggal di situ.


Perang dingin pun bermula antara mereka kerana masing-masing berasakan teman serumahnya begitu merimaskan. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.


Nak tahu ending filem ni, jom la ke panggung wayang.. Tengok banyak kali pun tak jemu ^_^

Jom layan beberapa gambar yg sempat kami snap sebelum masuk wayang..















ADA UCAPAN UTK SHEDA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dear adik iparku syg

mengenalmu satu keindahan..
 bergurau denganmu satu kebahagiaan..
 bergaduh denganmu bukan keinginan..
 satu harapan dari sis agar kamu tetap jadi teman sejati dan adik yg baik..
yg boleh mengerti dan menerima sis seadanya..




Ikhlas,
Nanie

Senyum tak perlu kata apa-apa 

^_________________________^

Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails