SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label review wayang. Show all posts
Showing posts with label review wayang. Show all posts

Wednesday, January 6, 2016

REVIEW WAYANG HINDUSTAN : DILWALE 2015 (KAJOL DAN SHAH RUKH KHAN)

Assalamualaikum, selamat sejahtera..

5 BINTANG!!
5 BINTANG!!
5 BINTANG!!
Hahaha belum review lagi dah bagi bintang. Bagi nanie cerita dia SUPER BEST. Come back dari pelakon top Kuch Kuch Hota Hai. FYI, nanie tengok movie ni dua kali kat panggung.  Yang tak menahan, dua dua pergi, mesti FULLHOUSE. Ramai peminat SRK ngn Kajol rupanya.

********************
SINOPSIS RINGKAS
Arahan: Rohit Shetty
Lakon Layar: Yunus Sajawal
Dialog: Farhad & Sajid 
Muzik: Amar Mohile 
Pelakon: Shah Rukh Khan (Raj / Kali), Kriti Sanon (Ishita), Kajol (Meera Malik), Varun Dhawan (Veer), Kabir Bedi (Dev Malik), Boman Irani (King), Sanjay Mishra (Oscar Bhai)Johnny Lever (Money Bhai) Mukesh Tiwari (Shakti), Vinod Khanna (Randheer Bakshi) dan Varun Sharma (Sidhu) 
Produser: Gauri Khan 
Terbitan: Red Chillies Entertainment

Dilwale bukanlah sebuah filem yang secara totalnya bergenre romantik komedi. Mungkin, hal ini akan sedikit mengecewakan segelintir peminat Shah Rukh dan Kajol kerana fokus filem Dilwale ini sebenarnya bukanlah mengenai percintaan mereka berdua. 
Babak percintaan di antara Shah Rukh-Kajol hanya diselitkan kira-kira setengah jam selepas filem ini dimulakan dengan babak kereta drift oleh Varun Dhawan sebagai Veer iaitu adik kesayangan kepada Shah Rukh Khan (Raj / Kali). 

APA YANG MENARIK DALAM DILWALE         
1. filem aksi mengenai hubungan akrab dan kasih sayang di antara abang dan adik bertunjangkan gangster
2. Banyak peralatan kereta mewah yang memiliki babak-babak kereta drift ala The Fast & The Furious
3. Element emosi, romantik serta komedi. Macam2 ada. Yang paling best ada unsur kekeluargaan (Veer / Kaali) dan persahabatan (Veer / Ishita)

ADA 2 PALING MENARIK IALAH
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Penampilan Kajol yang memang menarik. Lagi tua lagi slim lagi hot mommy. Rasa nak menangis tengok body dia. haha

Pemandangan indah di Iceland untuk lagu tema Dilwale iaitu Janam Janam. Fuhhh ingatkan teknik editing rupanya betul-betul. Nanie siap tengok the Making Of Janam


KESIMPULAN
Secara keseluruhan, Dilwale adalah sebuah filem yang mungkin dihasilkan untuk memenuhi citarasa ramai golongan .

P/S DILWALE harus ditonton kerana ianya merupakan keraian cinta. Bagaimana cinta boleh memaafkan hati yang berdendam.. Dan boleh melenyapkan segala permusuhan.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, October 30, 2015

REVIEW WAYANG : LOVE, SUPERMOON (FILEM MELAYU)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Semalam tetiba rasa macam perlu entertainment di waktu malam. Boring asyik tengo TV je, saje la ajak kawan2 pergi tengok movie cerita Melayu. Yelah, siapa lagi nak support industri perfileman tempatan kalau bukan kita rakyat Malaysia.
So, untuk sesiapa yang tercari-cari sinopsis wayang cerita Love, Supermoon, meh nanie share sinopsis ye. So, sebelum nak tengo cerita ni kena tahu dulu apa tu supermoon.
Apa itu SUPERMOON
 Istilah yang digunakan oleh para astrolog untuk menggambarkan keadaan bulan penuh ketika bulan berada dalam posisi terdekatnya dengan Bumi
TAJUK : LOVE, SUPERMOON
Tarikh Tayangan : 22 Oktober 2015
Genre : Komedi / Romantik
Pelakon : Farid Kamil, Nadiya Nisaa, Rita Rudaini, Zain Hamid, Anne Ngasri, Zain Saidin, Azhar Sulaiman,  
Pengarah : Wan Hasliza
Terbitan : Grand Brilliance
*************************
SINOPSIS

Mengisahkan tentang persahabatan lima orang sahabat yang bermula sejak bangku sekolah dan bagaimana persahabatan mereka berkembang sehingga ke zaman universiti, alam perkerjaan dan bagaimana mereka mula bertemu pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga. Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi kerana sahabat baik Razak, Sulayman (Azhar Sulaiman) merupakan kekasih kepada Nina (Rita Rudaini) yang berkawan baik dengan Triz. Razak dan Triz hanya mengetahui tentang perihal masing-masing menerusi ‘gossip’ yang disampaikan oleh rakan baik mereka.

Setelah menamatkan zaman universiti, Triz bekerja di pusat panggilan bagi sebuah syarikat automobil yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, tetapi malangnya, hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat-syarikat penerbitan sehingga menyebabkan teman lelaki Triz,
Azman (Azhar Sulaiman) tidak menyokong hasratnya untuk menjadi penulis. Walaupun Azman merupakan seorang lelaki yang ego dan senantiasa menghalang Triz dari mencapai impiannya, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.

Berlainanan pula dengan Razak, beliau berjaya menjadi seorang doktor dan amat dikenali kerana sifat ‘playboy’ dan sering bertukar pasangan. Selepas bertahun-tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, Razak dan Triz dipertemukan oleh takdir dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.
PENDAPAT PERIBADI UNTUK FILEM INI

Banyak elemen kekeluargaan dan percintaan  
  • Percayalah dengan qada' dan qadar - setiap kelakuan yang jahat seperti main kayu tiga atau 'playboy' pasti akan dapat
  • Percayalah dengan jodoh ketentuan AllahSelepas bertahun – tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, kalau ada jodoh pasti bertemu jua.
  • Jangan simpan perasaan - if you want somebody, please approach him / her. Maksudnya di sini, zaman sekarang ni dah takde perigi cari timba. Suka je terus cakap. hahaha
Secara kesimpulan, nanie nak share satu quote English yang nanie rasa patut kita jadikan sebagai panduan




U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, October 5, 2015

REVIEW WAYANG - POLIS EVO FILEM MELAYU WAJIB TONTON. AKSI DAN LAWAK BERGABUNG BERSAMA..

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera..

Inilah movie melayu yang betul-betul nanie nak dan teruja. Serius nanie rasa filem ni patut dapat BOX OFFICE movie. Gempak habis.  Tolonglah, pada siapa2 yang pandang sebelah mata untuk filem ni, korang patut tonton movie melayu ni.


POLIS EVO

PengarahGhaz Abu Bakar
PenerbitJoel Soh
Cerita oleh
  • Joel Soh
  • Kyle Gounting
  • Anwari Ashraf
  • Adib Zaini
Lakonan
  • Shaheizy Sam
  • Zizan Razak
  • Nora Danish
  • Mimie Ernida
  • Wan Hanafi Su
  • Pablo Amirul
  • Amerul Affendy
  • Harun Salim Bachik

Mengisahkan Inspektor Sani (lakonan Zizan Razak) dari Terengganu terpaksa berkerjasama dengan Inspektor luar, Khai (lakonan Shaheizy Sam) dari KL untuk menangani kes syabu naga yang giat aktif berniaga secara haram di Terengganu.

Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. 
  • Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas 
  • Inspektor Sani seorang yang lebih mengikut prosedur dan protokol.

Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani iaitu Nora Danish dan emaknya dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.


****************************************

PUJIAN PATUT DIBERI

Secara keseluruhan movie ni memang setanding movie antarabangsa dan patut dipuji dengan jalan cerita yang simple tapi aksi dan lawak yang best. 

Gandingan 2 pelakon menjadikan keseriusan watak Inspektor Khai dan kelawakan Inspektor Sani menjadi sangat best. Ye la, kalau serius sangat pon mesti krik-krik-krik. Macam tengok filem aksi omputeh pon ada haha. Jangan terkejut ada bahagian yang watak Zizan lebih serius dari filem-filem lakonannya. 

Selepas menonton filem ni, nanie rasa filem ni best! Sebab apa
  • Movie melayu yang nanie tengok TANPA ada rasa bosan dan mengantuk. 
  • Bukan nak sedapkan hati atau nak bodek ya, nanie rasa terhibur  rasa seronok dengan filem ini. Dari awal sampai habis tu memanjang ada je babak yang best dengan lawak bersahaja oleh Sani dan aksi mantap dari Khai. Gandingan pula mantap dan chemistry tu ada antara Sam dan Zizan
  • Jalan ceritanya yang menarik dan penuh dengan aksi tembak-tembak dan kejar mengejar. Ada elemen kejutan dan buat kita berdebar-debar nak tahu kesudahan ceritanya.
  • Lakonan di Terengganu dan Nora Danish berlakon dialek Terengganu. Even ramai commentar cakap tak berapa bagus, tapi bagi nanie Nora dah bagi yang terbaik.



p/s Apa kata korang terjah ke panggung wayang terdekat. Booking tiket awal2 sebab takut SOLD OUT. Kalau tengok dalam panggung lagi rasa meriah. No wonderlah 4 hari tayangan, kutipan mencecah 2.5 juta. Congratulation ^_^

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, September 28, 2015

REVIEW WAYANG THE MAZE RUNNER : THE SCORCH TRIALS

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Hari ni nanie nak share aktiviti weekend nanie dan juga anak buah nanie. Pagi-pagi lepas habis kelas Yamaha (kelas gitar) di Wangsa Walk, kami terus terjah wayang.,

Jimaat sungguh kalau masuk wayang TGV sebelum pukul 12 tengah hari. harga ialah RM8. Kalau ada Maybank Credit card dapat RM10 semua wayang TGV sebelum pukul 6pm setiap hari. Jimat :)

************************

THE MAZE RUNNER : THE SCORCH TRIALS

Pelakon
Dylan O’Brien
Kaya Scodelario
Thomas Brodie-Sangster
Giancarlo Esposito
Aidan Gillen
Barry Pepper
Lili Taylor
Patricia Clarkson
Ki Hong Lee


Pengarah: Wes Ball




Review sikit movie Maze Runner yang baru ni. Bg nanie recommended sgt2 sebab ada adegan dan scene yg rasa nak gugur jantung.

The Scorch Trials adalah sekuel kepada The Maze Runner, cerita ini bagi nanie memang sangat menarik penuh dengan aksi yang kita tidak sangkakan akan berlaku.Tak ingat? jom baca review wayang Maze Runner 2014 tahun lepas DI SINI
.
Sekuel ini juga menceritakan apa yang telah berlaku pada manusia sejagat, misteri virus Flare di mana telah menjangkiti manusia dan alam persekitaran telah bertukar kepada padang jarak padang tekukur. 

Cerita ini bermula di mana Thomas (Dylan O’Brien) dan rakan-rakan telah diselamatkan oleh satu organisasi dari WCKD (Wicked) dimana mereka lari dari The Maze, tempat itu juga menempatkan semua remaja dari The Maze lain.

Bnayak juga elemen kezutan sebab ada watak zombie jugak....memang sakit tangan anak buah nanie sebab kena cengkam dan menjerit gak masa tengok. 

Tapi nanie bukan jerit gedik2 ok...ini memang terperanjat punya jerit.... Jadi nanie bg akan bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 

Nak percaya atau tak terpulang....

WE ARE BLACK TEAM.
 pakai baju kebetulan semua sama warna.
 ini yang dikatakan #sehatisejiwa


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, August 6, 2015

FREE MOVIE - SPY 2015 AT TGV AU2 AEON

Assalamualaikum. selamat sejahtera..

Hari ni nanie nak share aktiviti last weekend. Stop kejap cerita bab makan makan makan. haha. FYI, Tempat lepak nanie sekarang ni kat AEON AU2 Setiawangsa bersama mak tersayang. Entahlaah, nak kata shopping mall tu best, xde la best sangat. Maybe sebab dekat dengan rumah.

Tapi..

tapi..

tapi..

ada New Attraction iaitu TGV.Kelebihan TGV AEON AU2 Setiawangsa 
  • Seat movie ni besar  dan selesa. 
  • Unik dari TGV yg penah nanie pergi dan cantik designnya
  • Luas walaupun hanya ada 6 panggung wayang sahaja
  • Di beri kemudahan seat menunggu sementara wayang bermula.

Alhamdulillah, nanie berkesempatan dapat FREE MOVIE iaitu cerita Spy. Kebetulan mereka buat open house movie iaitu boleh menonton percuma dan opocorn percuma. Ada pilihan movie seperti Fast and Fuirous, San Andreas, Tomorrowland dan banyak lagi..





********************

SINOPSIS MOVIE SPY 2015


Movie ini mengisahkan Susan yang berbadan besar cuba untuk menjadi Spy selepas rakan yang dicintainya Fine mati ditembak oleh Raina.
Susan telah menyamar sebagai penny untuk mengintip tindakan musuh dalam urusan jual beli bom nuklear di Eropah. Mengikut arahan pihak atasan, susan tidak boleh sama sekali mendekati apatah lagi bercakap dengan musuh.
Namun, Susan telah melanggar arahan yang telah diberikan oleh pihak atasan dengan mendekati musuh dan bercakap dengan musuh yang bernama Raina. Sekaligus menjadi pengawal peribadi kepada Raina kerana menyelamatkan Raina dari diracun.
Bayangkan perempuan yang berbadan besar handle tugas untuk spy. Korang boleh bayangkan tak lagi bila berlaku aksi mengejar macam mana?. hahaha. Walaupun badan besar tapi bukan main hebat kalau berlawan dan bijak. 😀
Selepas itu, Susan yang tengah kerja spy ni nak kena layan karenah Rick Ford (pengintip) yang poyo gila nak mampus. Cerita Rick tentang pengalaman perisikannya dulu memang nak gempak habis dan tak masuk dek akal.  Pastu, mana-mana Susan pergi mesti Rick pun ada sekali.
Lakonan komedi yang tak disangka oleh Jason Statham sebagai Rick Ford memang bagus dan menjadi lawaknya. 😀 Bukan itu je, Susan juga nak kena layan Spy lain yang gatal lagi miang suka meraba plus kalau tidur mengigau lucah.
SIAPA YANG RASA STRESS DAN NAK HILANGKAN TEKANAN TU MEMANG SANGAT DIGALAKKAN UNTUN TONTON MOVIE INI.
Movie Spy 2015 Memang Best Sebab Banyak Lawak
 P.S Kalau kat wayang da xda, korang wajib beli DVD untuk tonton. Best wooo.. Sebuah movie komedi yang terbaik!

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Sunday, May 24, 2015

REVIEW WAYANG VS NOVEL - SUAMI AKU USTAZ (2015)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Alhamdulillah, berjaya juga update blog. Subhanallah nanie sangat busy sampai terabai blog yg sayang. Sekarang nanie sempat reply email je. Maafkan nanie ye. OK, dalam busy2 tu, sempatlah nanie jejak kaki ke wayang jugak. hihi. Nanie bawa mak pergi tengok wayang. Saje nak bagi mak HAPPY :)

Buy 1 Free 1.
Hari Khamis di semua TGV (guna Maybank Card)

************************

So, kat sini nanie nak review SINOPSIS NOVEL DAN WAYANG 

SUAMI AKU USTAZ

SINOPSIS NOVEL
Penulis :Hannah Dhaniyah 
Harga : RM22.00 


Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?


Perghhhh, kalau dari sinopsis pun dah berkenan. Nanie suka cerita yang pelajar kahwin dengan cikgu ni. Nanie suka dialog dia semua berkaitan dengan Islam. Cara penulis ni tulis dialog ustaz ni, memang seronok. Rasa cara pendekatan yang terbaik. Siapa siapa yang rasa novel yang berkaitan dengan agama ni kekadang skema dan bosan, cubalah baca novel Suami Aku Ustaz ni sebab kalau baca mesti terpikat terus lah :)

*********************************

REVIEW FILEM
Lakonan :Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam, Betty Rahmad, Jue Aziz 
PENGARAH: Ghaz Abu Bakar & Adi Putra

Filem ini mengisahkan Alisa yang berusia 17 tahun yang akan menduduki SPM dipaksa untuk berkahwin dengan abang sepupunya Hafiz. Hafiz adalah seorang ustaz yang mengajar di sekolah Alisa. Dengan kedegilan Alisa suka merayap dan melepak dengan kawan - kawan lelaki sekolah membuat ibubapa sering risau. 

Ibubapanya nekad untuk menikahkannya dengan Hafiz sebelum mereka pergi ke tanah suci.  Dalam terpaksa Alisa akur dengan kemahuan ibubapanya. Pernikahan mereka dirahsiakan atas permintaan Alisa terutama dari kawan karibnya. Selepas kahwin pun Alisa masih berperangai seperti dulu. Sedikit demi sedikit Hafiz menegurnya dan mengubah perangai Alisa . Ini membuatkan Alisa tidak senang dengan teguran Hafiz. Usaha Hafiz tak pernah mengenal erti putus asa untuk mengubah isterinya


PUJIAN 
  • Nora Danish berjaya membuktikan kemampuan dirinya untuk melakonkan watak remaja 17 tahun (walaupun umur 33 tahun) yang memberontak akibat dipaksa berkahwin dengan lelaki matang tanpa rela.
  • Adi Putra  memegang watak sebagai Ustaz Hafiz dan berjaya melunaskan tanggungjawabnya sebagai pelakon dengan cemerlang biarpun turut bertindak sebagai pengarah bersama filem itu.
  • Dialog Islam - banyak unsur pengajaran tentang rumah tangga. I like :)
  • Nilai MurniKeikhlasan  dan ketabahan suami untuk melayan karenah isterinya yang seperti kebudak-budakkan patut dicontohi
  • Air mata - filem ini berjaya membuat penonton mengalirkan air mata. Sebak dan sedih dengan jalan cerita. Menyentuh jiwa.
p/s kalau ada masa, korang pergilah tonton, bagi nanie filem ini sarat dengan pengajaran. #kipidap
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, May 7, 2015

REVIEW WAYANG HINDUSTAN : GABBAR IS BACK.

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Lama dah nanie tak review filem kan. Actually, memang banyak je nanie pergi tengok wayang macam cerita Avengers dan Fast & Furious tu. Tapi macam malas nak review sebab rata2 blog akan share kan pandangan mereka tentang filem tersebut.

Tapi kali ni, nanie nak share movie Hindustan yang nanie rasa agak menarik untuk dikongsi bersama. Filem ini Disutradarai oleh Krish 

Filem : Gabbar is Back

Pelakon : 
Suman Talwar, Sunil Grover and Jaideep Ahlawat adn Akshay Kumar.

REVIEW FILEM GABBAR IS BACK



Akshay Kumar kembali membuktikan kalau filem yang dibintanginya langganan Bollywood.  Gabbar is Back bercerita mengenai Profesor Aditya (dibintangi Akshay Kumar) yang memerangi rasuah (corruption) dengan caranya sendiri. 

Apa yang menarik dari cerita ini kita boleh tahu 

  • Keburukan orang kaya yang memberi rasuah kepada polis untuk menutup mulut jika ada masalah. sanggup beri wang yang banyak tanpa mementingkan nama atau brand. 
  • Keburukan sikap doktor yang sanggup merawat pesakit.Sebagai contoh, Hospital Patil sanggup menipu orang ramai dengan berpura-pura dapat menyelamat orang mati. Mereka sanggup menipu tetapi kebijakan Aditya dalam memerangkap doktor tersebut telah membuahkan hasil. 
  • Filem ini banyak memberi jalan cerita akibat kesan dari rasuah seperti menjejaskan imej negara (nama negara akan tercemar di mata dunia), melemahkan sistem pemerintahan (lahir pemimpin yang tidak berkualiti).Allahuakbar.

Kesimpulan dan Pengajaran


Kesimpulannya, Untuk filem ini warak Gabbar harus dicontohi kerana perjuangannya dan taktiknya dalam membanteras corruption memang unik dan teliti. Walaupun ending tak berapa best sebab Gabbar dengan berani menyerahkan diri kepada polis atas kelakuannya, tapi itu adalah langkah yang terbaik dalam memerangi rasuah dan memberi impak positif kepada pelajar dan negaranya.

Ini boleh diaplikasikan di Malaysia di mana semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu bagi membanteras gejala rasuah ini agar imej negara bersih dari gejala rasuah. Hal ini juga akan menjadikan ekonomi negara kita bertambah maju tanpa rasuah. 

Nota : Gabbar Is Back adalah re-make dari film Tamil yang berjudul Ramanaa pada tahun 2002, yang disutradarai oleh AR Murugadoss.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, January 7, 2015

REVIEW WAYANG NIGHT AT THE MUSEUM - SECRET OF THE TOMB (2014)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Nanie nak share tentang satu filem yang nanie tonton dengan familyActually, kami celebrate birthday abang ipar. Segala perbelanjaan ditaja oleh kakak nanie. hahaha

Filem yang sangat santai, dan berbaloi utk tengok. Tak smpai pun 2 jam. Tak terasa lama pun bila tgk ni sebab sangat enjoy tengok. Sesuai utk semua peringkat umur jugak.

GSC WANGSA WALK
NIGHT AT THE MUSEUM : SECRET OF THE TOMB

SINOPSIS
Sekitar tahun 1938 , sepasukan ahli arkeologi telah menggali makam untuk mendapatkan artifak yang berharga. Penemuan dengan barang artifak yang dicari telah berjaya ditemui setelah anak salah seorang artifak terjatuh ke dalam sebuah lubang. 

Namun , penduduk di situ melarang untuk tidak mengusik dan memindahkan ke tempat lain. Sekiranya berdegil , musibah bakal menimpa. Keadaan di dalam muzium menjadi kucar kacir apabila binatang dan patung boleh bergerak dengan sendiri juga seperti dirasuk. 

Larry , pengawal keselamatan , telah berusaha mengkaji tentang apa yang berlaku. Tablet adalah puncanya , ayahanda Marenkahre telah memberi maklumat tentang penggunaan tablet bagi menyelamatkan keadaan dan semuanya menjadi seperti sedia kala.


REVIEW NANIE
  • Filem ni memang sesuai untuk kanak2 sebab memang have fun, kelakar dan paling best tak membosankan.
  • Best gilaaaaaaaaaaaaa! Non stop gelak tgk karakter2 yang ada dalam filem ni terutama Dexter, si monyet yang selalu tambah masalah kt Larry. Comel gila watak monyet tu.
  • Banyak nilai murni dalam cerita ni iaitu nilai persahabatan. Mereka tetap tolong menolong walaupun ada banyak dugaan yang melanda dalam journey mereka.
  • Ending memang ada touching iaitu part feeling sedih bila nak terima hakikat semua yang selalu ada seperti kehidupan biasa.
  • Last sekali, ini movie terakhir untuk Robin William, dia memang legend dan lakonan dia memang best :)

p/s Nilai RM sangat berbaloi2 walaupun harga kat Wangsa Walk ni lebih mahal dari KLCC dan Pavillion.  Best. Dari awal sampai akhir filem ditayang , tak ada yang menghampakan.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails