SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, February 6, 2013

REVIEW - JUVANA THE MOVIE 2013


Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Nanie nak buat ringkasan filem / sinopsis untuk cerita JUVANA..




Tajuk :
Juvana

Pelakon :
Johan As'ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan Syafie Naswip, 

Genre : 
Aksi mengenai remaja di sebuah sekolah pemulihan akhlak.


****************************




Dalam filem ni ada dua kisah. Pertama kisah kehidupan Daim. Kedua adalah kisah pelajar- pelajar Sekolah Wira Bakti yang telah dipindahkan ke penjara Indera Sakti. Dalam cerita ni, kawan- kawan Daim yang lain seperti Botak, Apek, Ayam, Komeng, dan lain- lain meneruskan tempoh hukuman mereka. 


Dekat tempat baru tu ada ketua taiko Lan Todak lakonan Shanaaz Ahmad. Lan Todak ni memang berdendam dengan budak- budak dari sekolah Wira Bakti ni sebab tak tolong adiknya yang overdose dadah sehingga mati di sekolah Wira Bakti. Macam geli tengok watak Lan Todak yang psiko.



Pada awalnya Botak ni yang sememangnya taiko di Wira Bakti memang tak nak kalah dengan Lan Todak. Apek dan kawan- kawannya lain masih berpegang dengan ajaran Cikgu Zakiah supaya tidak melawan balik dengan kekasaran. Teringat lagi, memang lawak dialog perbualan Botak dengan Apek 

"kalau kita kene tumbuk, kene lawan balik pakai matematik?"

Keadaan makin teruk sampai Jamal (orang kanan Lan Todak) hampir mati disimbah minyak panas oleh Botak. Berikutan dengan itu, mereka dikurung oleh warden. Kebetulan masa tu jugak, mak Apek meninggal dunia. Adegan saat- saat Apek menerima khabar kematian emaknya memang sangat emosi sekali. 

Kemudian, Apek terus berubah jadi jahat dan Botak pulak berubah jadi baik. Nanie respect kat warden dia sebab berjaya menyedarkan Botak untuk melepaskan dendam yang ada pada dirinya. Apa yang nanie belajar ialah kalau kita nak sedarkan budak nakal tak semestinya perlu guna kekasaran. Kekasaran macamanapun tidak dapat menangani masalah.  



Ada satu plot yg mana Botak menangis di depan Al-Quran dan tanya kepada Komeng dan Panjang 

"Adakah Allah masih terima orang yang tak pandai baca Al- Quran?"

Bila Daim dapat tahu keadaan kawan- kawannya di Indera Sakti. Dia datang melawat kawan- kawannya. Kebetulan pada masa yang sama Lan Todak dan geng nya membuat rusuhan yang sengaja dicipta di atas kematian Jamal. Kalut jugak sekolah tu, dengan kehadiran pelawat yang ada dan pelajar- pelajar merusuh. 

Daim dengan kawan- kawan pun tolong untuk menyelamatkan pelawat daripada tercedera oleh penjenayah Juvana. 



KESIMPULAN

JUVANA The Movie memang superb.. tak rugi tengok filem ni. rating yang nanie boleh bagi ialah 4/5.. 

Filem ni penuh dengan emosi yang pelbagai, Ada bahagian yang kelakar, ada bahagian yang sedih. Filem ni penuh dengan kasih sayang, semangat setiakawan, keazaman untuk meneruskan hidup. 

Mesej yang disampaikan jelas. Tak semua penjenayah itu jahat. Kritikan kepada stigma masyarakat kepada pesalah juvana ataupun banduan jelas. Setiap orang ada sejarahnya sendiri. 

** part nurse (Nabila Huda) yang tak de perasaan mengesahkan kematian Jamal memang annoying betul...huhu

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. i nk tgk tapi husband i taknak so beli astro best jelah haha

    ReplyDelete
  2. hahaha tengok je dgn kawan2.. kihkih astro pun da ade da skrg ni.

    ReplyDelete
  3. Maaf mencelah

    Part "expression" Nabila Huda tu actually potray yang perkara2 cam tu ( kematian pelatih ) tu dah biasa terjadi pada diaorang...actually her expression was superb... :)

    ReplyDelete
  4. ye la - maybe lain org lain pendapat.. betul juga kata awk, mereka da biasa dgn keadaan kematian pelatih kan?

    tq for comment :)

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails