SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Saturday, March 16, 2013

REVIEW : ROCK Oo RIMBA RARA KEMBALI..

assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Hai hai hai.. Hari ni nanie nak share cerita wayang yg sempat nanie dating dengan hubby {entry ini}.. 


SINOPSIS - ROCK Oo RIMBA RARA KEMBALI

Pelakon
Hasnul Rahmat sebagai Zubir @ Zack
Que Haidar sebagai Amy Mat Piah
Khir Rahman sebagai Jijo Alfonso
Norazmi Bahron sebagai Black
Pekin sebagai Slash Haji Tapah




Cerita dia memang sempoi aje. Takdela berat sangat. Mula2 memang blur sangat sebab nanie memang tak percaya yg nanie akan tengok cerita ni. hahahaTapi lepas baca review dan hubby yg request nak tengok cerita ni, terus nanie ON..

Point2 yg nanie ingat cerita ni sebab agak lawak / macam tak masuk akal / geli hati ialah

1) Studio jamming dalam cerita ni sangat creative dan old school. Sebab apa dorang bole guna bekas telur tu.. adoiyaiii memang tak boleh lupa laa..

2) Que Haidar dalam cerita ni muka dia agak2 comeyla. sekali imbas kalau x perasan macam perempuan. Rambut dia mengurai dan muka dia rasa nk cubit2. haha

3) Slash Haji Tapah, seorang gitaris yang berbakat, sanggup mengenepikan kekasihnya demi impian untuk menjadi seorang pemuzik rock berjaya bersama Rimba Bara. Tak mahu ‘spoil’,korang tonton sendiri babak Slash sanggup menghalau kekasihnya yang dicintai. lawak gileeeeee.



4) Dalam cerita ni ada pengajaran telah diselitkan Mamat Khalid dimana kumpulan Rimba Bara langsung tidak menyentuh bahan-bahan terlarang

5) Part ending ada selitkan  filem ni menyokong usaha kerajaan dengan memotong rambut panjang demi membersihkan imej rockers. 

6) Part lagu background die memang awesome. contoh lagu yg ada seperti Cintamu Mekar Di Hati, Dari Kacamata, Sendiri (May), Meniti Titian Usang, Rozana dan Pawana (Search), Ku Di Halaman Rindu (Lefthanded), Tika Dan Saat Ini (Medicine), Sejuta Wajah, Teratai (Sweet Charity), Untukmu Sayang (Febian), Misteri Mimpi Syakila & Intanku Kesepian (Wings), Srikandi Cintaku (Bloodshed) serta Suci Dalam Debu (Iklim).


ada byk lagi tapi x berapa nak ingat sangat :p Korang tengok jela trailer dia..







********************************

Next, nanie nak review lagu dalam cerita ni, fuyooooo memang tangkap feeling la lagu dia..

Tika - OST Rock Oo Rimba Rara 
Lagu - Jamil Ahmad & Mamat Khalid
Lirik - Allahyarham Loloq

p/s untuk yg nak gelak2 hilangkan stress ke apa, antara filem wajib tengok untuk tahun ni. Dah la pengarah dia Mamat Khalid. Sempoi je filem dia. Haha

hubby, jom tg wayang lagi ^_^
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

5 comments:

  1. dulu2 studio jemming mmg guna bekas telur utk serap bunyi dan nak elakkan bunyi echo..

    ReplyDelete
  2. u tgk tak rock 1? kalau tengok lg senang nak faham. tp rock 1 dh lama sgt haha. i tgk rock oo ni sampai 2 kali sebab lawak wahahah :p

    ReplyDelete
  3. 1.Studio tu mmg wujud dan menggunakan bekas kulit telur.

    5.Bukan menyokong usaha kerajaan tp mjlis itu mmg terjadi dan di shoot kembali oleh mamat khalid

    ReplyDelete
  4. saya suka GIS - ohh really,? laa nanie x tahu pulak, memang trend sudio..

    ReplyDelete
  5. @cha - i memang x tgk rock oo. hahaha tapi okla setakat nak gelak2 memang have fun cite ni

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails