SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, May 13, 2013

AL- FATIHAH - BAPAK KEMBALI MENGHADAP ILAHI UNTUK SELAMA-LAMANYA..


Assalamualaikum.


Maaf sudah lama tak update entry. Harini genap seminggu bapak kami meninggalkan kami buat selama2nya. Alhamdulillah, semakin hari nanie cuba menyesuaikan diri dengan ketiadaannya. 

Hanya Allah je tahu apa yg kami rasa, satunya2 lelaki dalam keluarga kami. Satu2nya hero dalam keluarga Kasmari dan Rokiah pergi menghadap Ilahi.

Terima kasih Allah pinjamkan kami seorang bapak yang sangat baik, bertanggungjawab, kasih sayang darinya buat kami sentiasa bermain dalam fikiran.

Sama2kan sedekahkan AL-FATIHAH dan surah YASIN utk ayahanda tercinta

HAJI KASMARI BIN AHMAD - 13 May 13

gambar kenangan raya, kebanyakan hari raya nanie akan duduk di belakang bapak.
Tahun ni tiada lagi kenangan kita bersama. Allahuakbar :-(
*****************************


Puisi utk diri sendiri sebagai pembakar semangat

Aku bukan perempuan kuat.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
Paling kuat menangis.
Paling goyah dan tumbang di banyak masa.
Tapi aku ada penyakit degil.
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
Degil untuk biar jiwa tersepah.


Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari-hari sukar aku.
Aku tak ada apa-apa untuk bikin kau-kau semua percaya kemujarabannya.
 Aku cuma ada aku sebagai bukti.
Titik tolaknya—
Kena percaya janji Tuhan seratus tujuh puluh peratus bila Dia kata “minta— dan aku bagi”.
Dan jangan sekadar minta sekali.
Kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita—
Lambat laun sampai juga ke tangan kita. Kalaulah tak kunjung tiba—
Ajarlah hati untuk terima yang Tuhan itu Maha Tahu.
Sesungguhnya Dia pencipta segala.
Dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati—
Dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.


P/S Maaf, nanie tak dapat nak cerita bagaimana dan punca arwah bapak meninggal. Tapi entry ni nanie publish pada tarikh dan masa bapak nanie meninggal dunia. Doakan nanie tabah dengan dugaan ini.


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

5 comments:

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails