SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, August 7, 2013

MURAH.. MURAH.. WAREHOUSE SALES..

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera..

Just quick update, minggu lepas, nanie beli dari Warehouse Sales di Cheras. Mula2 memang rasa macam pelik je masuk warehouse sebab first time, tapi bila da masuk je warehouse tu terus jadi naik gila. Nanie rasa UNTUNG dan JIMAT sangat2.  Nanie bukan jenis shopping branded macam kat Pavillion ke KLCC ke, nanie jenis sempoi. Janji rasa selesa pun cukup/ Berjimat kan amalan mulia. hihi

KUALITI? ohh tak perlu risau sebab kena pandai pilih. Lagipun rasa selamat sebab salah seorang staff yg kerja kat warehouse tu ialah kakak nanie sendiri. Dia akui die yg jaga pun memang rambang mata bila ada kat warehouse tu.. Adoiiiii...

TIPS MEMBELI DI WAREHOUSE SALES.

  • MASA.  Datang awal untuk elak kesesakan dalam warehouse tu, Karang dengan peluh dan udara tu, pening kepala dan sesak nafas pulak.
  • Setkan KEUTAMAAN. Sasarkan dalam kepala siap-siap apa barangan yang hendak dicari. Beg? Kasut? Make up? Tujuannya supaya apabila pintu terbuka anda boleh terus pergi ke lokasi pilihan dan memilih barangan yang di idamkan tanpa perlu bersesak kerana pada awal pagi kebiasaannya orang masih belum ramai dan  semua barangan masih bersusun rapi dan lebih banyak pilihan.
  • HARGA. Jangan terpengaruh dengan tag harga atau papan tanda, Banyakkan bertanya dengan sales person yang bertugas.
  • KUALITI. Jangan sebab murah, tak check kualiti barangpula. Kalau yg ada expired tu, sila pastikan korang tak beli barang yg da expired. Buat rugi duit aje nanti. Sobss.
  • FOKUS !! Setelah selesai mencari semua barangan keutamaan barulah boleh ronda-ronda tengok barangan lain yang  berguna dan mahu di beli. Jangan sekejap ke sana… sekejap kesini tanpa matlamat. Ingat! semakin masa berlalu, semakin ramai pengunjung yang datang dan semakin sesaklah keadaan.. hoho
***************************************

Ini antara barang yg nanie rembat. kihkih


Pencuci muka RM5
Eye Shadow RM1, RM3
Lotion RM5
Shampoo RM10
BB cream RM5
Eye liner RM1
Eye serum RM30
Kasut - harga asal RM69 jadi RM10




Paling best..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Beg Bonita ini harga asal RM109 jadi RM20. 

p.s nanti dapatlah beraya anggun di pagi raya. lalalalala



U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

1 comment:

  1. Hi Nurul, interesting posting.
    Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan saya di Malaysia dan di mana jua anda bearada.

    Selamat sejahtera kepada anda sekeluarga.
    Semadikan satu lagu dalam hati mu dan semoga sentiasa ceria.
    Teman mu dari Canada.
    Lee.

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails