SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Friday, August 9, 2013

SAYA BAHAGIA BILA AWAK BAHAGIA..

#ENTRY HATI KE HATI UNTUK DIRI SENDIRI

Wahai hati, Nurul Harnani.

Selagi mana kau merelakan hati kau untuk dirantai silam, selagi itu memang kau tidak akan kenal erti bahagia yang sesungguhnya. Hidup tidak seperti yang kita mahu. Memang benar ianya tak seperti yang kita mahu. Tapi hidup adalah mengenai bagaimana kita mampu usaha yang benar benar usaha mencorak hidup kita seperti yang kita mahu. 



Biar jika dipanjangkan Tuhan usia kita nanti, di akhir hidup kita, kita mampu tersenyum kerana kita telah pun menjalani hidup yang hampir kepada yang kita mahu.

Bila mana kita cinta dan sayangkan seseorang itu, sebagai sesama manusia biasa, kita tiada hak untuk memaksa mereka merasakan yang sama dengan apa yang kita rasaKejam jadinya jika kita memaksa seseorang itu untuk cinta kita.

Cinta pada manusia jangan melampaui cinta kita pada Tuhan. Biar sehebat mana pun dia dalam hidup kau, kau kena ingat, kau dengan dia langsung tiada beza. Sama. Masing masing Tuhan yang ciptakan.


Tamat sudah tempoh itu. Genap.  Teruskan melangkah, jangan risau ALLAH bersama kita.

Selamat  Hari Raya Awak ^_^



P/S Anggaplah ini pengorbanan terakhir nanie. Melihat orang yang kita sayang bahagia dah cukup buat kita happy jugak. Tapi kan lebih bagus kalau kita penyebab dia happy macam dulu2 ^_^
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails