Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Hari ini nak share tentang review ADNAN SEMPIT 3. Nanie da tengok hari Rabu lepas lepas kat Wangsa Walk. Walaupun seat paling bawah sampai terdongak2 tengok, janji puas hati. lalalalala
4 Bintang nanie bagi sebab filem ni sesuai untuk orang yg nak release tension. Sumpah lawak habisssssss..
*******************************
PENERBIT: MIG Pictures Sdn Bhd
PENGARAH: Ismail Bob Hashim
GENRE: Aksi/Komedi
DURASI: 82 minit
PELAKON:
Intan Ladyana,
Shaheizy Sam,
Along Cham,
Yana Samsudin,
Shima Anuar
Angah Raja Lawak
SINOPSIS ADNAN SEMPIT 3
Kali ini Adnan Sempit 3 die lebih fokus kepada cerita selepas berada dalam alam rumahtangga. Adnan dan Nadia serta Bobby dan Wawa yang sudah pun melangsungkan perkahwinan. Selepas berkahwin, Adnan dihadiahkan kilang Maggi oleh bapa mentuanya. Slurppppppp~
Apa yang menarik, Nadia dan Wawa didapati mengandung dan pelbagai konflik yang muncul dalam melayari alam rumah tangga mereka.
Biasalah dalam mana2 cerita melayu yang melibatkan perkahwinan mesti ada elemen skandal. Nak tahu siapa skandal siapa, korang tengoklah cerita ini. Huhuhuhu.
Meskipun Adnan dan Bobby pernah terbabit dengan aktiviti merempit sebelum ini, namun perkahwinan itu mengubah cara hidup mereka menjadi manusia yang bertanggungjawab. Walaupun sikit, jiwa mat rempit tetap tidak mampu dibuang sepenuhnya oleh mereka berdua.
Bak Adnan punya favourite tagline ''Di mana ada kemahuan di situ ada HIGHWAY!!''
Bak Adnan punya favourite tagline ''Di mana ada kemahuan di situ ada HIGHWAY!!''
Yang bagus tentang cerita ini, pengarah banyak menitik beratkan elemen kasih sayang, kesetiaan dan tanggungjawab suami dan bakal ayah kepada bakal zuriatnya.TABIK SPRING!!
KESIMPULAN
Overall memang sangat RECOMMENDED untuk mereka yang stress dan nak kurangkan tekanan. Bahkan pada kamu kamu yang beremosi normal juga boleh menonton sama ya. Memang confirm gelak sakan secara berjemaah dalam panggung.
hahaha...skandal adui terkantoi
ReplyDeleteawak - opss terkantoi ke? btw, banyak paparazi la kat blog ni. haha >_<
ReplyDelete