SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, October 28, 2013

COFFEE BEAN ATAU STARBUCKS HALAL KE?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Ini nak cerita ni, actually nanie ni ragu2 sikit kalau nak minum Coffee Bean. Sebab kalau nanie nak lepak mana2 pun, kalau rasa was-was baik tak payah masuk. haha Macam kat Singapore, tak semua coffee house ni HALAL, jadi nanie dah terbiasa dengan sikap macam tu. Selidik dulu baru berani lepak. haha


Standartlah sekarang semua anak remaja sudah biasa dengan coffee house macam Starbucks atau Coffee Bean.  Memang tidak dapat dinafikan coffee house yg aa jenama ni memang sedap dan lazat. Lagi2 tang bau dia, aduyaiiii menusuk kalbu. hikhik


*******************************

PERSOALAN :  Adakah Starbucks dan Coffee Bean halal?

Baru-baru ini, nanie ada lepak la kat Coffee bean Jadi nak bagi kesahihan dan kepastian, nanie ada google dan check JAKIM.

Contoh beberapa ADUAN dari pengguna


MAKLUMAT PALSU DAN KHABAR ANGIN

  • Emulsifier yang digunakan adalah dari sumber yang haram.
  • Raspberry frap telah dicelup alcohol dan tiramisu mengandungi rum (sejenis alcohol).  

KAJIAN dan KAJI SELIDIK MELALUI WEBSITE

Kita sebagai pengguna ISLAM jangan sambil lewa mengetahui status HALAL yang sebenar, kita perlulah merujuk kepada JAKIM. Dari website JAKIM, didapati bahawa Starbucks dan Coffee Bean adalah pemegang sijil halal yang sah.

Maklumat halal ini diperkukuhkan lagi dengan salah satu aduan yang diterima JAKIM. JAKIM telah membalas aduan tersebut dengan jawapan berikut:

Tekan link ini {JAKIM - ADUAN HALAL}

Tarikh Aduan:
28/04/2008 - 11:16:52
Jawapan :
Salam, Cafe yang tuan nyatakan merupakan pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah. Namun, pihak tuan perlu pastikan premis tersebut mempamerkan sijil pengesahan halal JAKIM di premis bagi memastikan premis tersebut sudah mendapat pengesahan halal.JAKIM memberi pengesahan halal berdasarkan alamat premis dan bukan keseluruhan. Namun begitu, cafe Starbucks dan Coffee Bean di Malaysia secara amnya merupakan pemegang sijil halal yang sah. Terima kasih

Sumber - Starbucks dan Coffee Bean

KESIMPULAN 
Starbucks dan Coffee Bean adalah pemegang sijil halal yang sah. Makanan, minuman, bahan2 dan cara2 penyediaan telah diiktiraf JAKIM sebagai halal.


Hati riang dan tiada was-was..
Sentiasa mencari yang halal ^_^

p/s Like atau Share entry ini jika anda rasa anda pengguna Islam yg mencari kesahihan restoran Halal 

Published with Blogger-droid v2.0.10
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

26 comments:

  1. btul tu.. sy pun kalau dpt apa2 info pasal halal n haram ni terus bukak website Jakim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIN - dlu nanie jarang bukak JAKIM, sekarang je terRajin. hehe

      Delete
  2. dulu ada rumours mengatakan starbucks haram..
    baru je lepak kat starbucks last week.. Alhamdulillah nasib dpt jwpn sahih dari Nanie. .thx for the info Nanie ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zaza - u r most welcome kak.. nanie just sharing information yg ada je :)

      Delete
  3. Nani tq sgt2 sbb bg pencerahan! Lega sgt. Sbb nina ni pgunjung setia starbucks..lega aihhh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nina - sama2 kasih.

      alhamdulillah, lega dpt bg pncerahan pada semua..

      Delete
  4. sentiasalah mencari yg halal kerana ia boleh mendatangkan kebahagiaan ke dalam kehidupan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, biar yg halal je yg masuk dlm tubuh badan kita kan :)

      Delete
  5. hi nani..lama dgr cite..fb dh xde ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awk.. insyaallah nanie activate semula FB ya..

      Delete
  6. kita pun selalu lepak kat starbuck nanie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy jarang lepak strabucks. tak mampu sgt. hahaha

      Delete
  7. Alhamdulillah halal kan.. dh la akak pengemar coffee tegar..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun penggemar coffee kak.. alhamdulillah, hala dan disahkan JAKIM ^_^

      Delete
  8. nsb baik halal =) sy xpnh lg msuk starbucks ni wlpn teringin..sbb dlu ada isu haram..trus xambil thu smpai skrg..skrg dh thu boleh la try msuk skali..pehhh..bleh tahn..lepak kt starbucks n coffee bean..bukan murah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fais SKA - alhamdulillah, sekarang ni nanie baru rasa lega juga bila buat entry ni. tapi kena fikir HARGA la plak kan, sekali sekala bole la, kalau selalu, budget burst :)

      Delete
  9. Replies
    1. macam nak ajak, awk pun sy tak kenal. munculkan diri, letak nama n no phone la. haha

      Delete
  10. Alhamdulillah halal sebab pernah dpt info katanya haram. Bukan apa, suka sgt minum starbucks nyer frapuccino caramel tu ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. yummy, dgr nama frapuccino caramel pun da sedap. nanie x pernah minum lagi rasa tu :)

      Delete
  11. I am caffeine addicted...so, benda-benda ni mmg sally titik beratkan awal-awal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally, i'm a caffein addicted too. argghhh tapi x elok utk kesihatan n diet. adoiyaii

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails