Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Baru perasan, blog nanie takde cerita tentang AIDILADHA 2013. Sempena Aidiladha, apa yang nanie buat ialah solat sunat Hari Raya di surau, menziarahi pusara arwah bapak nanie, ziarah sedara di Kg Baru dan paling syokkk bersantai dengan keluarga tengok TV. Macam2 cerita TV9 akan disiarkan.. Memang TERBAIK!!
****************************
Artis Pun Bertuhan
8.30pm (TV9)
Drama ini di bintangi Fouziah Gous, Faralyna Idria, Zain Hamid, Zeila Jalil, Erma Fatima.
Cerita ini sangat sesuai dengan orang yg selalu mempersoalkan kehidupan orang seni. Serius kalau nanie jadi orang seni, sedihh kot bila ada masyarakat yg selalu beri impresi yg negative dengan duit yg diterima hasil duit berlakon, nyanyian atau muzik adalah HARAM.
Ia mengisahkan seorang artis popular, Juwita berniat untuk mengerjakan umrah namun menghadapi pelbagai halangan. Juwita sanggup menolak beberapa tawaran berlakon demi menunaikan umrah dan merahsiakan pemergiannya ke Tanah Suci.
Selain itu, Juwita turut diperkotak-katikkan oleh jemaah umrah yang lain sewaktu dia berada di sana. Mereka lebih sibuk mempertikaikan wang yang digunakan oleh Juwita untuk mengerjakan umrah daripada menjalankan ibadat umrah mereka sendiri. Mereka mengatakan wang yang Juwita gunakan untuk mengerjakan umrah itu adalah wang haram.
****************************
PERSOALAN DAN PENGAJARAN
Dalam drama ini, banyak unsur-unsur pengajaran dan persoalan yg timbulkan oleg pengarah untuk berfikir sejenak.
- Kenapa harus diperkotak-katikkan wang yang digunakan artis untuk mengerjakan umrah?
- Kenapa manusia mudah menghukum orang dari luar sedangkan manusia sentiasa berubah?
- Kenapa masyarakat selalu menuding jari dengan orang lain, sedangkan manusia memang tak sempurna di mata Allah?
KESIMPULAN
Sesungguhnya manusia gemar melihat kelemahan orang lain tanpa sedar kita juga membuat kesilapan itu.
Sesungguhnya mengata dan menfitnah adalah berdosa besar, kalau orang yang dikata tu tak tau tapi Allah tau dan nampak apa yang anda katakan.
Masya Allah. Hentilah mengata orang dan percayalah, Setiap perbuatan baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan jahat akan dibalas jahat.
Sesungguhnya mengata dan menfitnah adalah berdosa besar, kalau orang yang dikata tu tak tau tapi Allah tau dan nampak apa yang anda katakan.
Masya Allah. Hentilah mengata orang dan percayalah, Setiap perbuatan baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan jahat akan dibalas jahat.
Akak tengok jugak cite nie.. mmg banyak pengajarannya lebih2 utk mereka2 yg suka bergosip psl org tue.. hehehe
ReplyDeletekakak, memang ramai orang yg beri negatif thinking terhadap mereka. pucuk pangkal hati. kan? kan?
DeleteOh my....suka judge orang lain dan suka berburuk sangka satu amalan plg tidak disukai Allah....harap kita semua tidak tergolong dalam budaya mcm nih kan nurul....bgus perkongsian ini nurul...sekurang-kurangnya membuka mata kita seluas2nya betapa fitnah dan mengata org itu sgt besar dosanya...kecuali meminta ampun kepada org berkenaan....ya Allah.
ReplyDeleteKAKAK.. allahuakbar. panjangnya akak komen, i like.. dosa org fitnah lagi sukar nak dimaafkan. hopefully kita tak termasuk dlm golongan itu :)
Delete