SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label review drama. Show all posts
Showing posts with label review drama. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

LAKONAN MAK CUN DALAM SPAIN UOLLS MELETUP..



Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Nanie just nak share review TV3 Ahad lepas, pukul 9 malam. Cerita santai dan lawak ni memang buat gelak kawkaw


PELAKON
Shaeheizy Sam (Akif)
 Nora Danish (Halimatun)
 Erma Fatima (Mak Cun)
Betty Rahmad





SINOPSIS

Mak Cun memenangi hadiah bernilai Rm10 000 ribu. Dia bercadang melawat anaknya Halimahtun di Spain. Malangnya, dia tersesat di sana. Banyak adegan lucu dan kelam kabut Mak Cun bila kat sana. Mak Cun tu asalanya dari Kodiang Kedah. Mak Cun ni agak kampung sikit pemakaian dan pemikiran. Biasalah, anak muda kalau dah merantau ke luar negara ni, macam tak sedar diri sikit yang asal dari Malaysia. Halimatun rasa malu dengan kehadiran maknya di Spain dan mula menjauhkan diri dari mak dia.

Banyak scene yang menarik. Antara ayat paling popular ialah ayat tanggang betina yang diucap oleh Mak Cun (Erma Fatima) kepada Halimatun (Nora Danish). 


Memang best drama ini. Tapi bab ending tu buat tertanya-tanya samada Akif tu macam main mata dengan Arah. Drama ini akan ada kesinambungan dalam ajaibnyaCinta di TV3 nanti.

KESIMPULAN
Tahniah Diucapkan kepada mereka yang terlibat di dalam drama Spain Uolls ini. Drama ini menerima banyak pujian dan kritikan positif.  Banyak pengajaran yang boleh diambil
  • Jangan lupa daratan bila dah belajar oversea. Ingat kita orang MALAYSIA dan Melayu.
  • Kita perlu saling maaf memaafkan kerana keluarga ini ibarat air yang dicincang takkan putus. 
  • Sambutlah Hari Raya Aidilfitri dengan gembira. Kalu nak lagi syok, dapat pakai raya sedondon antara mak dan anak tu, memang legend dan klasik :)
Duit tak boleh beli kebahagian,
 hargai ibu bapa selagi mereka masih lagi ada bersama kita

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, February 14, 2014

ARIANA ROSE DRAMA TV3 YANG MELETUP..

Assalamualaikum.. selamat sejatera..

Semalam berakhirlah ARIANA ROSE. hahaha.. memang tak lekang kat TV time tu. By the way, bagi nanie cerita ni memang best dan banyak unsur pengajaran walaupun ada unsur romantis yg buat anak buah nanie tutup mata. hahaha >_<

Pelakon yang berbakat. Keep it up :)


Sinopsis dan barisan pelakon drama Ariana Rose slot akasia TV3. 
  • Masa: 7.00 malam
  • Hari: Isnin hingga Khamis (Mulai 30 Disember 2013)
  • Siaran Eksklusif: TV3
Barisan Pelakon Drama Ariana Rose
  • Keith Foo – Datuk Wira Tengku Adam Kamil
  • Nur Fathia – Ariana Rose
  • Hisyam Hamid – Harith
  • Arja Lee – Ramzul
  • Nabila Huda – Liyana
  • Syatilla Melvin – Sophie
  • Tasha Shilla – Tengku Juwita
  • Ziela Jalil – Datin Asra
  • Jalaluddin Hassan – Datuk Wan Jusoh
  • Mustapha Kamal – Tan Sri Tengku Mukhriz
  • Liza Abdullah – Puan Sri Lisdania
  • Dayana Amerda – Amalina
  • Atikah Suhaime – Tasha
  • Anne Abdullah – Mak tiri Ariana
  • Jasmin Hamid – Tengku Marsela
  • Rahim Omar – Tengku Sudin
  • Wan Sharmila – Linda
Sinopsis Drama Ariana Rose


ARIANA ROSE mengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.

Pengakuan palsu Ariana itu ternyata telah memporak-perandakan majlis itu dan perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita juga dibatalkan. Bukan reputasi Tengku Adam sahaja di pandang rendah malah maruah keluarga Tengku Adam turut tercalar. Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali Ariana. Jadi, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya.


Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad untuk menculik Ariana dan membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba untuk memerangkap Ariana dengan memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan. Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi.
Tengku Adam masih tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya mengakui kebenarannya. Ariana mula membenci Tengku Adam dan sejak itu dia tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.


Selepas 2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Ketika majlis amal diadakan Ariana hadir bersama rakan sepejabatnya, Harith. Entah mengapa Tengku Adam cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

Tengku Adam mula menyukai Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam dituduh tidak pernah berubah. Cara Ariana melayan Tengku Adam juga ternyata berbeza jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul.


Tengku Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab setelah mengandungkan adiknya, Liyana suatu ketika dahulu. Liyana juga kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Liyana bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin mendalam.Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Liyana kerana baginya kewujudan Liyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana.


Sementara itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut pilihan keluarga. Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana. Malah Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, sanggup melutut dan merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami.




SYABAS TV3. 

SYABAS PELAKON ARIANA ROSE. 

BEST! MENARIK! MELETUP! 

^_^

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, February 3, 2014

REVIEW DRAMA : ANAK AKU BUKAN MILIK AKU (TV3)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.


Nanie nak share review drama TV3 semalam. Best dan bagi nanie banyak unsur pengajaran. 


Judul : Anak Aku Bukan Milik Aku 
Tarikh : Ahad, 2 Februari 2014
Siaran : 10.00 malam di Slot Festival TV3
Pengarah : Azma Aizal Yusoof
Penerbit : Pena Kreatif

Pelakon :
Nabila Huda
Remy Ishak
Zamarul Hisham
Elizadsharifuddin
Zarynn Min
Fauziah Nawi



Sinopsis


Maya dan Daud  telah berkahwin selama bertahun-tahun (7 tahun), tetapi mereka tidak dikurniakan rezeki untuk mempunyai anak. Mereka telah merancang untuk mengambil anak angkat di suatu pusat atau rumah perlindungan remaja terbiar. Mereka sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk si  ibu dan bayi yang bakal lahir iaitu pelajar universiti yang hamil bernama Ema. Tetapi sebelum penyerahan anak itu, mereka sudah membuat syarat bahawa Ema (ibu kepada bayi itu) tidak akan meminta anaknya kembali.

Tetapi biasalah, masa dan takdir menentukan segalanya. Ema telah berubah dan sudah berkahwin dengan lelaki yg mengandungkannya. Ema insaf dan mula mencari Maya dan Daud untuk berjumpa dengan anaknya yang diberi nama Damia Aisyah.

Pengajaran
  1. Janji Allah itu pasti. Setiap kejahatan  atau kekhilafan yang berlaku di dunia ini akan dibalas jua. Sebagai contoh, di hujung cerita selepas berkahwin, doktor mengesan yang Ema tidak boleh mengandung lagi kerana rahim telah rosak (mungkin akibat mengandung tanpa sah
  2. Ibu bapa haruslah memantau dan memperbanyakkan ilmu dunia akhirat untuk disalurkan kepada remaja zaman kini kerana sekarang terlalu banyak gejala sosial di Malaysia
  3. Maya dan Daud adalah pasangan yang harus dijadikan contoh kerana mereka tidak pernah berputus asa dengan rezeki anak untuknya. Sentiasa tawakal dan berkasih sayang walaupun rezeki anak belum tiba.




p/s cerita ini memang membuat nanie sedar bahawa Allah takkan menduga setiap hambanya. Setiap ujian Allah akan ada hikmahnya. Bersangka baik dan sentiasa muhasabah diri itu yang terbaik.


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, October 17, 2013

DRAMA REVIEW : ARTIS PUN BERTUHAN


Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Baru perasan, blog nanie takde cerita tentang AIDILADHA 2013Sempena Aidiladha, apa yang nanie buat ialah solat sunat Hari Raya di surau, menziarahi pusara arwah bapak nanie, ziarah sedara di Kg Baru dan paling syokkk bersantai dengan keluarga tengok TV.  Macam2 cerita TV9 akan disiarkan.. Memang TERBAIK!!


****************************
Artis Pun Bertuhan 
8.30pm (TV9)

 Drama ini di bintangi Fouziah Gous, Faralyna Idria, Zain Hamid, Zeila Jalil, Erma Fatima.




Cerita ini sangat sesuai dengan orang yg selalu mempersoalkan kehidupan orang seni. Serius kalau nanie jadi orang seni, sedihh kot bila ada masyarakat yg selalu beri impresi yg negative dengan duit yg diterima hasil duit berlakon, nyanyian atau muzik adalah HARAM.

Ia mengisahkan seorang artis popular, Juwita berniat untuk mengerjakan umrah namun menghadapi pelbagai halangan. Juwita sanggup menolak beberapa tawaran berlakon demi menunaikan umrah dan merahsiakan pemergiannya ke Tanah Suci.

Selain itu, Juwita turut diperkotak-katikkan oleh jemaah umrah yang lain sewaktu dia berada di sana. Mereka lebih sibuk mempertikaikan wang yang digunakan oleh Juwita untuk mengerjakan umrah daripada menjalankan ibadat umrah mereka sendiri. Mereka mengatakan wang yang Juwita gunakan untuk mengerjakan umrah itu adalah wang haram.

****************************
PERSOALAN DAN PENGAJARAN


Dalam drama ini, banyak unsur-unsur pengajaran dan persoalan yg timbulkan oleg pengarah untuk berfikir sejenak.




  • Kenapa harus diperkotak-katikkan wang yang digunakan artis untuk mengerjakan umrah? 
  • Kenapa manusia mudah menghukum orang dari luar sedangkan manusia sentiasa berubah?
  • Kenapa masyarakat selalu menuding jari dengan orang lain, sedangkan manusia memang tak sempurna di mata Allah?

KESIMPULAN


Sesungguhnya manusia gemar melihat kelemahan orang lain tanpa sedar kita juga membuat kesilapan itu. 

Sesungguhnya mengata dan menfitnah adalah berdosa besar, kalau orang yang dikata tu tak tau tapi Allah tau dan nampak apa yang anda katakan. 

Masya Allah. Hentilah mengata orang dan percayalah, Setiap perbuatan baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan jahat akan dibalas jahat.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, December 12, 2012

REVIEW DRAMA TV3 - CINTA DARI SYURGA..



As salam, selamat sejahtera..




Just nak update, lately cerita drama TV3 memang awesome. Memang kena dgn jiwa nanie la. Cerita yang penuh dengan pengajaran.. Kisah pergolakan rumahtangga.. jom baca sinopsis *ingat2 lupa la ni*

***************************





Tajuk : Cinta Dari Syurga


Pelakon : 
Azlee Khairi sebagai Zarul Aiman
Foziah Gaus sebagai Damia
Anzalna Nasir sebagai Hannan


SINOPSIS - 


Zarul & Hannan bercinta.. Hannan plak sambung study kt oversea..Disebabkan fitnah.. percintaan Zarul & Hannan terputus (hati2 ye korang yg kekasih korang ngh study oversea tu) hihihi.. Nak jadi cerita mak zarul berkenan kat damia sbb alim..lemah lmbut n baik budi. 


after 5 years married... they still have no child.. at the same time Hanan will back to Malaysia, soon.. Zarul ni suka stalk FB Hannan. Nak jd cite lg.. Hannan adalah doktor yg handle kes Damia. Damia mmg cam muka hannan. dia nak kahwinkan Zarul dgn Hannan... MasyaAlah... isteri solehah katakan..

Lepas kawin Zarul x berapa nak adil. asyik2 Hannan... Ape lg... Damia failkn perceraian. yg kuang ajaq tu time damia packing2 beg nak kuar umah zarul dtg dkt Damia..tau pe dia ckp kat mia? "biar abg tolong" siottt...nk tolong angkat beg.. nampak sgt x sabo nk halau mia...tp.. Yg suwweettt tu time adegan g kaunseling. Zarul xnk cerai.. sampaikn masa nk lafaz cerai... tergagap2 dia lepas cerai... 


Drama ni diakhiri denggn sebaris ayat berbunyi

CINTA ITU TAK PERNAH DISEDARI.. SEHINGGALAH HADIR SAAT PERPISAHAN"

* di sebabkan nak cepat sampai tajuk yg nanie post dlm FB pun da terbalik2.. haha

Nak tahu ending dia - pergi tengok kat tonton.com.my. ^_^

***************************

PENGAJARAN :



1) Jangan bertindak melulu - contoh macam dalam cerita ni, masa nak clash dgn Hannan, masa kahwin ngn Mia (semata2 rasa tercabar) & masa nk cerai.  semuanya buat keputusan melulu. Tak fikir betul2.

2) Jangan sesekali berlaku curang di belakang isteri. Buruk padahnya.. *ehem2*
3) Poligami - Bersikap adil dengan isteri. Sebab tu org kata..kalau x leh adil... jgn kawin lebih dr 1. Memang Islam membenarkan poligami.. tp..hakikatnya madu memang manis... bermadu...pahit woooo...

4) Menyesal di kemudian hari, jadinya dia terpaksa skodeng FB 'bekas' dia... bekas gf.. pastu bekas isteri.. ntah pape.. Tu la sebabnya... sesal dahulu berpendapatan... sesal kemudian..x de guna... 

****************************
KESIMPULAN

Hargailah yg di depan mata.. Allah jua penentu segalanya.. ingatlah semua...bahawa poligami dibenarkan dalam Islam... Namun berlaku adillah wahai suami dan cuba elakkanlah perceraian...


Dari Umar, ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian" [H.R. Abu Daud dan Hakim]
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, December 3, 2012

REVIEW DRAMA TV3 - KE PINTU BAHAGIA..

As salam.. selamat sejahtera..


Just nak quick update tentang drama yg nanie tonton di malam anniversary.. Sorang2 tanpa ada gangguan orang ke dua atau ke tiga.. haha..



Tajuk : Ke pintu Bahagia

Drama - TV3
Pengarah : Murali Abdullah 
Pelakon : Fauziah Latiff, Fahrin Ahmad, Faizal Hussein, Nad Zainal 






SINOPSIS


Al-kisahnya tentang seorang wanita bernama Raudah lakonan Fauziah Latiff yg telah bercerai dgn suaminya Azman kerana melihat sendiri kecurangan suaminya dgn orang gajinya dirumah sendiri..


Kemudian suaminya ditimpa kemalangan dan dibuang kerja..dan dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat.. Benar kata lelaki yg datang ke hospital.. kecacatan itu adalah balasan tuhan atas kecurangannya.. ehem3, jaga2 bila ada orang gaji dirumah ek !!..ha2x.. bukan semua lelaki dapat menahan godaan !!!


Di pertengahan cerita, Raudah bertemu dengan Shaiful di masjid.. Selepas kenal shaiful seorang peguam bekas suaminya Azman datang utk memohon maaf &ingin kembali padanya dan anak..tetapi Raudah tidak dapat memaafkan kesalahan bekas suaminya itu..


Shaiful cuba merapatkan semula raudah dgn bekas suaminya.. mula2 raudah enggan menerima bekas suaminya semula tetapi shaiful berkata kita tetap kawan selamanya !!..akhirnya raudah kembali semula kepada bekas suaminya..ehem bukan semua orang dapat memaafkan bila suaminya curang tau !!..


Nak tahu apa pengajaran cerita ini??? Jom baca :


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Banyak pengajaran yang boleh dikutip. Antaranya :

1. Jangan terlalu percaya kepada suami & orang gaji.. 
2. Pantau anak2 yg ditinggalkan dipusat jagaan. kerap sangat berlaku penderaan skrg ni hingga menyebabkan kematian.. 
3. Memaafkan kesalahan suami biarpun ianya pahit ..
4. Kurangkan ego dan belajarlah muhasabah diri untuk masa hadapan (anak2 dan keluarga).


P/S Kemaafan itu dendam yang terindah ^_^
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails