SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Friday, November 22, 2013

AL-FATIHAH - AHMAD AMMAR AHMAD AZAM..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.


Nanie hilang kata-kata bila tengok video Ahmad Ammar Ahmad Azam.


SIAPAKAH ARWAH?



AHMAD AMMAR AHMAD AZAM
  • Seorang anak muda yang telah di lahirkan 20 tahun lalu.
  • Arwah merupakan anak ke empat dan satu2nya anak lelaki Tuan haji Ahmad Azam Abd Rahman dan Pn Azlina Aziz. Ayahnya bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
PENDIDIKAN
  • Arwah merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki,untuk menjadikan dirinya bakal pemimpin negara  yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah,beliau juga fasih bertutur dalam bahasa Turki .
PERIBADI YANG MULIA
  • Biasanya orang mengalun suara mengaji al quran sekadar menjadi halwa telinga, namun tidak anak muda ini...beliau akan mengaji dalam jangka waktu yang panjang sebelum keluar rumah.
  • Sept 2013 - arwah telah menyertai misi kemanusian ke Syria, letupan kiri dan kanan tidak di hiraukan.
  • Ammar begitu cekal untuk menyertai misi itu hinggalah dia selamat pulang ke Turki. Sejak beliau pulang dari misi itulah, rakan2nya mengelarnya 'syahid yang tertangguh'.
PEMERGIAN 'BERTEMUI ILAHI
  • Arwah mengalami kemalangan jalanraya dan pergi meninggalkan kita pada 2 November 2013.
KEISTIMEWAAN
  • Arwah telah di semadikan di Perkuburan Eyub Sultan mengadap laut Goden Horn
  • Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi,auliya',panglima uthmaniyyah dan orang2 kenamaan di sana.
  • Ini bermakna,beliau adalah satu2nya rakyat Malaysia yang di tempatkan di perkuburan itu.

Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam
Arwah seorang anak muda yang aktif, dan bercita2 untuk mati syahid.

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-2

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-4

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-5




KESIMPULAN

Dari pengamatan kita, arwah hanyalah seorang anak teruna yang normal, macam anak2 muda yang lain juga, cuma sikap perihatin pada masyarakat selain rajin menyumbang tenaga dalam apa jua aktiviti kemanusiaan yang di adakan.


Sama-samalah kita berusahalah untuk menjadi yang terbaik! 

Al fatihah....
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah. jasa dan pengorbanan untuk Islam. allahuakbar

      Delete
  2. Al fatihah.. semoga roh arwah ditempatkan dikalangkan orang2 beriman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. al fatihah. semoga yg hidup dapat jadikan iktibar. insyaallah.

      ameen

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails