Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Kecoh baru-baru ini dengan timbulnya video yang menunjukkan seorang wanita diserang histeria ketika menonton filem Highland Tower keluaran MIG. Tidak pasti samada ia benar-benar berlaku ataupun sekadar drama untuk melariskan filem ini di pawagam. huhu
Dah tengok ke klip video tu? tak tengok lagi ye? nah nanie kasi link untuk tatapan semua
****************************
Cerita ni nanie tengok pada waktu malam. nanie pergi dengan mak, kak noi dan BFF nanie. Jadi disebabkan mak nanie duduk rumah sorang2, nanie pun ajaklah dia sekali. Excited mak nanie bila dengar NAK TENGOK WAYANG. hehehe
SEJARAH TRAGEDI TANAH RUNTUH DI HIGHLAND TOWER (1993)
- Tragedi tanah runtuh tersebut berlaku pada 11 Disember 1993.
- Ia telah berlaku mengakibatkan salah satu daripada blok Highland Tower tersebut runtuh dan mengorbankan puluhan nyawa warga tempatan dan juga warga asing.
- Ada salah seorangnya yang dijumpai meninggal sambil memeluk AlQuran, subhanallah. Ada pula yang memeluk anak-anak dan ada yang anggota badannya bercerai daripada tubuh. Allahuakbar, sedih hanya tuhan je Tahu.
Nak tahu lebih lanjut tentang tragedi tersebut, sejarah berlakunya tanah runtuh di Highland Tower, kronologi, kajian geologi, punca runtuhan dan siapa yang meninggal dunia boleh klik SINI.
Mari sama-sama sedekahkan Al-fatihah untuk mangsa yang telah meninggal dunia.
*******************************
SINOPSIS WAYANG HIGHLAND TOWER (2013)
Pelakon-pelakon Highland Tower |
Mika dengan Nizam mempunyai idea untuk membuat dokumentari dekat tempat berhantu jadi mereka buat rakaman di Highlands Tower.. Dengan bantuan MIG production dokumentari Mika dengan Nizam berjaya..
Dorang dengan satu pasukan dalam satu pasukan tu ada 7 orang di antaranya Shima , Eddy , Atikah dan Anuar termasuk Mika dengan Nizam telah berjanji untuk menjayakan dokumentari ini
Hari yang dinantikan sudah tiba harini dorang kena rakaman apa yg terdapat dlm Highlands Tower
Pada malam pertama kumpulan Mika dan Nizam berasa seram.. Macam macam scene yang ada. Contohnya
- Dorang terdengar suatu benda pelik melalui earphone..
- Tiba tiba blackout dan semua orang terkejut sebab Shima disembunyikan tempat lain
- Lighting tetiba terpadam bukan sebab masalah bateri
- Lokasi letak barang menjadi aneh dengan kedudukan kerusi yang disusun tinggi
- Mika dengan Nizam rasa tak sedap hati bila berlaku dekat Shima dan Atikah.. Meracau-racau dan berkelakuan aneh.
Bila dah pelik tu, dorang terus tinggalkan Highlands Tower dan yang pasti ada benda yang mengekori mereka..
Ini gambar scene tengah berubat dengan ustaz, ada 2 orang yg terkena 'benda aneh'. Time ni memang nervous dan suspen punya pasal, shawl dah jadi macam selimut dan tangan jadi penghadang muka. hahaha.
***************************
PENDAPAT JUJUR TENTANG HIGHLAND TOWER
- Cerita ini banyak elemen berunsur suspen yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit terutamanya sakit jantung, dan sakit tekak sebab banyak menjerit. Nak tunggu scene seterusnya mak aihhh, kalah nervous masa nak interview kerja. haha
- Nasihat nanie, untuk sesiapa yang nak pergi tempat yang dah ditinggalkan lama, yang dah tak berpenghuni, paling penting sekali kita kena jaga adab, kena ada ilmu. Ni nak pergi tempat macam tu tapi adab tak jaga, mulut tak jaga, dengan mencarutnya. Yang penting iman di dada kena kuat.
- Filem ini memang agak seram dan saspen time penghujungnya itu. Adakah ada Genting Highland Part 2. tunggguuuuu!!!
p/s: Dah dah, abes da review cerita wayang ni. BTW, Nanie masih menanti filem terbaru bulan Nov "Ustaz, mu tunggu ku datang.
Tak sabar. Siapa nak temankan nanie ni..
Ustaz Azhar Idrus berlakon tuuuu.
|
Nanie, akak smpai arini tak paham dgn cerita ni.. film ni betul2 ke happened masa diorang shoot tu atau dibuat2 dan tokok tambah? yess mmg kita kena jaga adap bila ke tmpt ni, tp bila statement nanie kata 'kena jaga adab & kena berilmu' tu akak pelik jg diorang tak kan tak tahu kalau pergi ke tempat2 mcm tu kenapa tak menjaga adab? soryy just keliru je ni :))
ReplyDeleteactually certa ini memang ade beeberapa konflik, dia buat ala2 dokumentari.
Deletepsal adab dan ilmu ni, itu opinion nanie. nanie nak bagi cadangan kepada meraka yg gatal nak sgt discover tmpt2 yg da lama tak penghuni, kena ada ilmu di dada sblum main masuk je 'tmpt' tu.