SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Friday, March 28, 2014

TIPS PERCUTIAN BUDGET BERSAMA KELUARGA KE CAMERON HIGHLANDS

assalamualaikum.. selamat sejahtera kawan2.. 

Hari ni just nak update cerita tentang percutian keluarga ke Cameron Highlands. 

Percutian adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan dan sentiasa dinanti-nantikan oleh kita. Bagi yang penat bekerja, percutian dapat membawa kita keluar daripada kesibukan kerja seharian bagi merehatkan minda dan fizikal sambil melihat keindahan alam.

Justeru itu, tips merancang percutian dengan bijak ini insyaAllah dapat membantu korang bercuti mengikut bajet tanpa menggangu aliran tunai korang.
22 - 26 March 2014
 Cameron Highlands
Heritage Hotel
12 orang


Nanie akan share macam mana kami sekeluarga planning untuk ke sana.





**************************

Tips # 1 : Mulakan dengan Menabung
Dalam menguruskan kewangan dengan berkesan, menabung adalah satu kemestian untuk mencapai matlamat kewangan. Nanie nasihatkan kalau korang ada rezeki, apa kata  menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan. Jika korang menerima wang hadiah atau bonus, masukkan sebahagian wang tersebut dalam tabung atau bank lain, 
Macam family nanie, kami ada TABUNG HAR'S FAMILY. Tiada jumlah tetap. dan kiraorang Tak kisah berapa RM pun yang mampu. Disebabkan nanie belajar Finance time degree, nanie diberi tanggungjawab untuk menyimpan dan menjaga duit tabung ini. 

Nanie khaskan satu bank atau akaun untuk tabung Har's Family. Mereka hanya perlu lampirkan resit atau bukti pembayaran. its simple baby :)

Tips #2 : Pilih tempat penginapan yang sesuai
Jika korang ingin pergi bercuti bersama keluarga, nanie cadangkan menyewa apartment percutian dan ambillah 2, 3 atau 4 bilik yang selesa kerana selalunya ada kadar sewa yang lebih murah ditawarkan. 
Untuk budget muslim apartment  anda juga boleh menginap di Heritage Hotel. Di sini harga yang ditawarkan lebih murah dan menjimatkan wang.


Tips # 3 : Kemudahan Hotel bersesuaian dengan budget
This is the most important thing to take note. Ini disebabkan budget boleh menentukan kualiti hotel yang dipilih. Jika budget sekadar biasa-biasa sahaja janganlah nak memandai untuk ambil jenis hotel yang mahal. 

Cukuplah hotel itu selesa dan selamat. Hal ini berlainan jika budget korang adalah tinggi. Jadi jangan duk mengeluh jika hotel yang anda pilih tidak semewah dengan budget.


Kemudahan yang diperlukan untuk percutian bersama keluarga adalah dapur tempat memasak. 


kenapa? 

sila baca next tips. huhu 

TIPS 4 : Memasak dan bawa makanan ringan
Bawalah makanan ringan seperti biskut, roti, kek, keropok dan lain-lain makanan ringan yang disukai. Masukkan dalam plastik ´zip´ dan bawalah ke mana-mana anda pergi.

Ketika bercuti, kita selalu mahu membeli makanan disebabkan lapar kerana penat berjalan ke sana ke mari. Jadi, dengan adanya makanan ringan yang dibawa, ia boleh dijadikan alas perut sebelum sampai waktu makan tengah hari atau malam.

di bawah adalah perbelanjaan dan budget bahan- bahan masakan dan makanan ringan untuk kami sekeluarga (jumlah keseluruhan 12 orang)





p/s Semoga entry tips percutian budget  ini dapat membantu korang dalam percutian anda ke Cameron Highlands. 

Melawat Bunga Cantik di Lavendar Garden


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

11 comments:

  1. Dah lama tak pergi Cameron Highlands...looking forwards for the tips nanie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, terima kasih atas kunjungan. nanti gunakan tips percutian budget ni ye. hhee

      Delete
  2. Tips yang amat berguna.. moga yg membaca dapat mengambil iktibar..
    Nak seribu satu kemahuan jangan ada seribu satu alasan kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye awk. tp sy kagum la dengan travel awk tu. sume oversea je. ohhhh teringinnya... nk ikotttt!!

      Delete
  3. Salam nanie, pcl skeluarga memang suka buat xtvt family tp xsempat nak adakan akaun family spt nanie buat tu..bagus jgk kalau ada satu akaun khas...tak semestinya pegi.melancung saja boleh guna masa2 kecemasan keluarga. Thnks ye nanie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam pcl. ye akaun khas ni memang bagus untk hal2 kecemasan. mudah nak handle sebab semua ahli keluarga je..

      selamat menabung. hehe

      Delete
  4. thanks nanie... good knowledge n tips..

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are most welcome zarina. happy holiday :)

      Delete
  5. thanks nanie... good tips n knowledge... :)

    ReplyDelete
  6. cadangan nk gi Cameron awal tahun dpn..boleh ambil tips utk menabung ni..tq

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails