Assalamualaikum.. selamat sejahtera.
Percutian anda ke Cameron Highlands seakan tidak lengkap jika tidak berkunjung ke ladang teh. Ini sememangnya tempat perlancongan yang cantik dan kawasan penanaman teh dengan pemandangan yang sungguh indah, damai dan nyaman - terbentang luas saujana mata memandang.
*********************************
LADANG TEH BOH SG PALAS
- merupakan lokasi pelancongan terkenal di dalam dan di luar negara. Ladang ini terletak kira-kira 3.5 km dari Brinchang dan hanya 500 meter dari Kea Farm.
- Ia merupakan salah satu daripada 3 ladang teh terbesar yang diuruskan oleh Syarikat Ladang Teh Boh Cameron Highlands.
- Gelombang bukit-bukau dengan jaluran tanaman teh yang menghijau seluas 8,000 ekar yang diberi nama jolokan the big green carpet atau the green wave.
- Menjadi tempat shooting OMBAK RINDU - lakonan Lisa Surihani, Maya Karin dan Aaron Aziz.
LOKASI LADANG TEH BOH SUNGAI PALAS
- Berhampiran dengan Kea Farm dan tidak sukar untuk mencari ladang teh BOH Sg Palas kerana terdapat papan tanda untuk membantu anda sampai ke sana.
- Sekiranya anda dari Tanah Rata anda perlu memandu sehingga sampai ke Equatorial Hotel Cameron Highlands. Dari Equatorial Hotel anda perlu memandu lagi sejauh 450 m untuk sampai ke simpang Ladang Teh BOH Sungai Palas.
- Apabila sampai ke simpang ini anda perlu belok kiri dan anda perlu memandu melalui jalan sempit sejauh 3.5 km untuk sampai ke Sungai Palas BOH Tea Plantation.
TIPS KE LADANG TEH
- Pastikan anda bertolak awal bagi mengelak dari terperangkap dalam traffic jam.
- Berhati-hati - Perjalanan dari kaki ke puncak bukit ladang teh kira-kira dalam 3km dengan laluan yg sangat merbahaya dan berliku. Masa melalui jalan ni muka dan hati masing-masing memang cuak habislah.
- Jalan sempit - Bila berselisih dgn kenderaan lain memang kena bertolak ansur each other. Silap-silap boleh jatuh ke gaung dengan kereta-kereta kita!
- Hon - mana-mana kereta menyusuri jalan yang agak sempit, berliku dan perlu membunyikan hon ketika melalui selekoh tajam.
***************************
KESIMPULAN
Subhanallah cantik sungguh alam ciptaan Allah. Rasa udara 100% segar dan nyaman je masa di sini. Untung betul org-org yg tinggal disini. Hari-hari hirup udara segar. Tak macam kita di KL. Penuh dengan asap dan debu.
P/S Korang pasti tertarik dengan panorama Ladang Teh Sungai Palas dan akan kembali lagi untuk mengingati nostalgia lalu. Ianya pasti meninggalkan kenangan terindah dalam hidup.
masa cerita ombak rindu keluar dulu akak mcm pernah tgk je tmpt ni masa scene aaron & lisa kt situ.. rupa2nya akak pernah pergi tmpt ni dulu sebelum diorang shoot kt tmpt ni.. x dinafikan mmg cantik tmpt ni kannn.. tgk kehijauan kebun teh tu relax je mata memandang ;-)
ReplyDeletekak gojes, memang la dok kat ladang teh rasa nk baring2 je. sebab sejuk dan nyaman je rasanya. relax sikit kepala ni.. hehe
Deleteakak kalau naik Cameron Highlands suka singgah pekena teh kat Ladang Bharat.. sedap teh dia.. =D
ReplyDeleteohhhh kat ladang Bharat memang best. suasana harmoni je. choice pon bley tahan. hehe
Delete