SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Sunday, May 4, 2014

SHAWL MODEN

assalamualaikum.. selamat sejahtera.

SPONSOR POST


Pemakaian shawl sebagai akesori kepala buat wanita berhijab bukanlah asing lagi terutamanya di Malaysia. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum namun majoriti rakyatnya adalah beragama Islam, kita dapat lihat Muslimah wear atau pakaian Muslimah boleh didapati hampir di mana sahaja. 

Daripada butik-butik terkenal sehinggalah ke kedai-kedai kecil di sepanjang jalan yang sangat terkenal ketika musim perayaan iaitu Jalan Tunku Abdul Rahman semuanya ada menjualkan baju fesyen Muslimah terkini.


Macam-macam jenis shawl moden yang ada di pasaran. sebagai contoh


Cotton Shawl


Pasmina Shawl
 Egyptian Shawl

Satin Shawl


English Shawl


Knitted Shawl


Sekarang ni, Perkembangan fesyen Muslimah yang agak mendadak sejak akhir-akhir ini dilihat sebagai hasil usaha para individu yang terbabit dalam bidang fesyen tempatan. Malah kegigihan para pereka fesyen yang berbakat dalam menghasilkan koleksi tudung terkini serta shawl moden telah menarik perhatian para hijabista.

Kemunculan hijabista iaitu fashionista versi Muslimah ini telah mencetuskan fenomena. Gaya fesyen Muslimah moden mereka telah menjadi ikutan para wanita di luar sana terutamanya golongan muda dan remaja. Mereka begitu kreatif kerena tahu cara untuk menggabungkan unsur moden dalam persalinan stail yang sesuai dengan imej wanita berhijab.





Adakah korang perasan bahawa fesyen shawl Muslimah kini semakin moden dengan adanya rekaan yang lebih segar. 


kenapa?


sebab zaman sekarang banyak koleksi  kepada corak-corak berbeza yang memikat hati seperti 



  • corak bunga-bungaan
  • tribal print
  • Aztec print 
  • abstract print 
Kemunculan stail shawl yang berbeza ini ternyata suatu kelebihan buat wanita apabila semakin banyak pilihan boleh didapati di luar sana.  Bukan sahaja di kedai atau shopping malls, malah anda boleh beli shawl online melalui website online shopping Malaysia yang banyak di internet.



Sebagai contoh, Zalora bakal memberikan pengalaman online shopping terbaik buat kita. Reputasi mereka sebagai destinasi fesyen online terkemuka di rantau ini memang tidak mampu digugat oleh sesiapa pun. Website Zalora mempunyai barisan jenama-jenama terkemuka antarabangsa dan tempatan. 



Contoh online shopping di Zalora, semua maklumat dah ada. Harga, material, warna semua lengkap.

*******************************




ini koleksi gambar nanie bershawl dengan gaya dan jenis fabrik yang berbeza. 

*MAAF nanie budak baru belajar pakai shawl

SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA..




 



KESIMPULAN


Online shopping sangat memudahkan serta menjimatkan masa dan wang. Bayangkan, korang dah tak lagi perlu keluar untuk membeli-belah. Sebaliknya pembelian anda boleh dibuat dengan selesa dari rumah sahaja! 


Menarik bukan? 


So jangan tunggu lagi.. Jom kita beli tudung online murah dan pakaian Muslimah yang gojes2 dengan Zalora sekarang!!!
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

7 comments:

  1. wow masyuukkk.omei je menggayakan semua tudung =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. nanie tak reti sgt pakai shawl. kena belaja lagi dan lagi..

      Delete
  2. Nanieeee omey sgt tau pakai shawl...terletak je umi Qi tgk....besttt...teringin nak beli shawl zig zag tuh kenannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. umi qi - nanie beli kat sugar scarf kak.. ehem2 nanie pergi terjah ke sana ye kak. akak pakai shawl lg cantek meletup :)

      Delete
  3. akak dari dulu pashmina tetap jadi pilihan.sebab senang nak pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PASHMINA??? ohhh sy memang failed bab pashima. nampak muka sy boolat. uwaaa

      Delete
  4. Zarola mmg best saya mesti pilih..hehehe

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails