Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
time raya, nanie memang banyak tengok wayang je.. Bila kawan ajak, nanie join. Bila family ajak, nanie pun join. Senang sekarang hobi nanie tengok wayang la. hihi
Jadi, bila ada kelapangan masa, nanie akan menonton wayang tak kira tempat. Semua shopping complex nak cuba pawagam dia. Nak tengok dan dengar sound system dia best ke tak.
Sebelum tengok wayang, kita makan dulu kasi kenyang2. hihi |
************************
Jom baca review wayang untuk Kali ini, semua REVIEW WAYANG nanie ada cerita dalam entry ENTERTAINMENT
FILEM : INTO THE STORM
PLACE : PAVILION, KL
Filem 'Into The Storm' mengisahkan seorang ayah penyayang dan dua anak lelakinya yang kemudian salah sorang mereka terpisah kerana puting beliung dahsyat itu.
Dalam masa yg sama, ada sekumpulan pemburu puting beliung bersama peralatan paling canggih yang mahu berada di tengah-tengah pusat puting beliung itu untuk tujuan penyelidikan bagi keselamatan generasi akan datang.
Walaubagaimanapun, ada satu kumpulan penyelidik ini pula bertembung dengan satu lagi kumpulan pemburu puting beliung yang 'gila-gila' yang mahu merakamkan peristiwa itu dalam youtube untuk mendapat populariti melalui hit dan like tertinggi.
CEMAS..
RISAU..
BERDEBAR..
TAKUT..
KESIMPULAN
Kepada mereka yang tiada sejarah sakit jantung, ingin menyaksikan pengalaman seperti berada di tengah-tengah pusat puting beliung sebenar, boleh tonton filem ini yang sudah mula ditayangkan di panggung-panggung wayang di Malaysia mulai 8 Ogos lepas.
p/s Keluar saja dari panggung nanie terus muka pucat menahan kesejukan sambil mengurut dada berkata: "Ya Allah, nasib baik di Malaysia tak ada puting beliung sehebat itu, Syukur".
No comments:
Post a Comment
komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..