SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, October 29, 2014

JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI WAHAI PENGGUNA JALAN RAYA..

Assalamualaikum, selamat sejahtera..

Nanie minta maaf yang da lama tak update blog. Sebab nanie kena bantu kakak nanie uruskan anak kakak di rumah, hantar ke rumah, balik sekolah dan hantar ke Kumon dan Pusat Yamaha (Wangsa Walk)

Korang pernah dengar kan? “Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah insan yang tersayang” ? Ia merupakan motto kempen keselamatan jalan raya yang paling popular di negara kita. Biar pun ia sudah dicanangkan sejak sekian lama, namun statistik kemalangan di jalan raya masih membimbangkan.Kita bukan tidak faham atau tidak cuba untuk menjadi seorang pemandu/pengguna jalan raya yang baik dan berhemah. Tetapi kadangkala sikap pengguna yang lain kadangkala mencabar kesabaran kita ini.


Contohnya, salah seorang daripada keluarga nanie terlibat dengan kemalangan akibat kecuaian orang lain. Pemandu kereta berhenti kereta dengan tiba-tiba dan terus pergi meninggalkan abang ipar nanie.

TOLONGLAH, JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN INGATLAH SETIAP MUSIBAH YANG ALLAH BERIKAN ITU ADA HIKMAH DAN KESANNYA.

Lihatlah kesan daripada orang yang tak bertanggungajawab itu..



Abang ipar dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur
naik ambulance (dengan bantuan polis)


Abang ipar ditukarkan hospital ke Hospital Ampang Puteri

Kami sekeluarga datang melawat, bilik Premier
di Ampang Puteri macam hotel. hihi

Patah tangan dan bukan luka-luka biasa.
Doktor pun tak boleh simen tetapi kena operate letak titanium plate :(

PERHATIAN!
  • Tolong jangan membelok ke kiri dan kanan tanpa memberi isyarat awal sebenarnya akan mengundang padah bukan saja pada diri sendiri, juga pengguna lain terutama penunggang motosikal. 
  • Kecuaian pemandu sesuka hati tanpa memikirkan pemandu kenderaan sehinggakan ada orang lain teraniaya adalah berdosa dan pasti mendapat pembalasan nanti.

Pandu cermat, jiwa selamat.
Ingatlah insan yang tersayang
” 

KESIMPULAN

Sebagai ingatan kepada semua, Sila letakkan rasa ihsan dan simpati kepada penunggang motosikal. Jangan pentingkan diri sendiri sebaliknya sentiasa bertanggungjawab ketika memandu apa juga kenderaan di jalan raya kerana nyawa adalah amanah perlu dipelihara

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. Allahu akbar, terkejut sis tgk keadaan abg ipar nanie....Allahurabbi...betul apa yg nanie perjelaskan disini, kalau la semua tanamkan sifat saling jaga satu sama lain hak di ats jalan raya mahupun dimana sahaja, pasti kejadian mcm ni tak kan terjadi...harap sgt abg ipar dpt recover segera...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. amin. die kena tahan hospital dlm seminggu gak la. allah nak cuci dosa-dosa kecil utk abg ipar. sama2 kt doakan :)

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails