Assalamualaikum.. selamat sejahtera
Masih belum terlambatkan, Nanie nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2015 DAN SELAMAT MAULID NABI untuk semua pembaca blog nanie. Terima kasih sudi singgah blog picisan nanie :)
Rata-rata bila masuk new year je mesti ramai yang dah pasang azam untuk 2015 kan? Adakah ia perlu atau kita teruskan je azam lama yang masih tak tercapai?
Jom nanie kongsikan beberapa pendapat nanie.
MAKSUD AZAM
Azam merupakan matlamat yang menjadi impian seseorang. Impian ini bukan angan-angan kosong, tetapi seharusnya adalah hasrat dan keinginan yang realistik.
PENDAPAT TENTANG AZAM BARU
- Secara umumnya, sebagai seorang individu, kita perlu sentiasa berfikiran positif dan sentiasa juga mahu maju ke hadapan dalam melakukan apa saja perkara yang baik.
- Sebagai umat Islam pula, kita digesa untuk sentiasa bermuhasabah dengan memperbaiki diri dan amalan dalam kehidupan.
Jadi..
- Pendapat nanie, azam tahun yang lalu telah tercapai atau tidak, itu bukan kisahnya.
- Azam akan menjadi tidak bermakna tahun baru itu jika tidak diiringi dengan semangat, azam dan minda baru.
- Kalau nak ada azam baru, kena ada planning macam nak capai.
SMART GOAL
S-Specific
M -Measureable
A- Attainable
R- Realistic
T -Timeline
PERSOALANNYA:
Perlukah kita semua ada azam dan minda yang baru menjelangnya tahun baru?
TEPUK DADA TANYA HATI
Gambar hiasan - my family ajak pergi shopping untuk birthday.. Next entry nanie kongsikan birthday celebration. wiwiwiw :) |
Salam nanie! happy belated birthday.. :)
ReplyDeletewaalaikumusalam awk. alhamdulillah, terima kasih jazerra.
Deletehi nanie! happy new year!!!!
ReplyDelete