Apa kata, bila tiba weekend korang menjamu selera di sebuah restoran yang terletak di pinggir Gombak.

**************************
MENGAPA PERLU KE SINI?
  • Persekitarannya yang dikelilingi pohon-pohon rendang, struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu serta batu-bata, selain bahan-bahan pakai dan terbuang yang memberi satu kelainan.
  • Sajian yang disediakan juga pasti mengubat kerinduan masakan emak  terutama bagi mereka yang gemarkan makanan pedas :)

************************

FAKTA RESTORAN GOLEK-GOLEK

  • Restoran ini hanya dibuka pada hujung minggu iaitu malam Sabtu, Ahad dan malam Isnin. 
  • Restoran ini milik persendirian novelis popular, Ahadiat Akashah
  • Kawasan yang terletak diatas bukit dengan kecuramannya lebih 40 darjah
  • Ada sebuah rumah tradisional Melaka tersergam indah dibina ratusan tahun di tengah-tengah kawasan restoran tersebut yang menarik minat pengunjung
  • Ada kawan2 tanya, tak ada nyamuk ker bila kawasan kampung ni? Jawab nanie nyamuk memang ada di mana-mana ketika waktu malam. Dont worry, owner ada letak bakar bekas telur untuk menghalau nyamuk. Creative kan idea sebab boleh jadi alternatif yg berfungsi sebagai ubat nyamuk. Bravo!

********************

BUFFET RAMADHAN - MENU MASAKAN KAMPUNG 

MAKANAN UTAMA
Nasi putih
Ikan bakar sambal petai
Sambal udang petai
Sotong bakar sambal
Lala goreng bercili
Ikan keli balado
Daging masak kicap
Ikan patin masak tempoyak
Ayam goreng kunyit

KUIH MUIH TRADISIONAL
Puding Jagung
Keria
Onde-onde (Buah Melaka)
Cucur udang
Cucur pisang
Keledek goreng

AIR (ais self service)
Teh tarik 
Oren
Teh O

BERAPA?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SEMUA INI HANYA RM39 SAHAJA 


 






********************

RECOMMENDATION
Sebagai pengunjung, Nanie nak suggest surau bahagian perempuan perlu diperbesarkan sebab hanya muat 2 orang sahaja. Paip untuk mengambil wuduk terlalu open. Untuk elakkan nampak aurat, kami sanggup mengambil wuduk di dalam toilet. 

Tolong consider maklum balas ini :)

********************
KESIMPULAN

RECOMMENDED

Bagi mereka yang ingin menempah atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Norhayati  017-4070007 di Alamat : Lot 2074, Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Kilometer 10, Kampung Gombak Tambahan, Gombak.

FYI, ini adalah review percuma, tiada bayaran dikenakan
Ikhlas dari Nanie